Share

BAB 63

KAKI Sofea menggigil ketika melangkah ke pintu bilik hotel yang di maksudkan. Tubuhnya dibasahi peluh ketakutan. Mujur Amira menemani. Jika dia seorang diri, tidak mungkin dia bertekad dan seberani ini.

Tiba di hadapan pintu yang dimaksudkan, Sofea cuba mengetuk pintu. Rupa-rupanya pintu-nya memang sudah sedia tidak berkunci. Daun pintu ditolak perlahan, Amira memegang bahu Sofea lembut dan menyusulnya dari belakang.

Sofea benar-benar tidak faham. Apa perlunya dia menyusup ke bilik persendirian sebegini rupa. Kelihatan pakaian berselerakan di atas lantai dan dalam kesamaran cahaya, tiba-tiba lampu bilik dihidupkan terang.

“Kejutan! Aku dah ‘curi’ malam ‘pertamamu!” Syasya berteriak gembira melihat Sofea sudah tersembul hadapannya yang sedang dipeluk erat oleh Haris, juga dalam keadaan tanpa seurat benang!

Sofea hampir rebah tetapi Amira sempat menyambutnya. Haris sedar dari lena dan terkejut melihat Sofea dan Amira ada di situ. Berang Haris mula menggelegak, ingin sahaja dia membunuh
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status