Share

BAB 62

SEPASANG mata berkaca hitam itu tidak berkelip memerhatikan sepasang kekasih yang sedang beriringan menuju ke sebuah kereta yang telah menunggu di hadapan lobi pejabat. Senyuman dan kemesraan lelaki itu kepada sang gadis membibitkan rasa cemburu yang bukannya sedikit.

Haris membukakan pintu kereta untuk Sofea, kemudian melambaikan tangannya dengan begitu mesra tatkala punggung Sofea sudah selamat dilabuhkan pada sofa. Pemandu kereta berkenaan adalah Amira.

“Aku pinjam tunang kau sekejap ya. Nanti aku pulangkan. Jangan risau, aku bukan perampas. Hehe.” Amira mengusik Haris. Jejaka itu hanya mencunggit senyum.

Haris mengizinkan mereka berdua keluar membeli-belah sambil melengkapkan apa-apa keperluan perkahwinan.

“Terima kasih, Haris.” Sofea mengucapkannya sambil melambai kepada Haris.

Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Amira berlalu pergi, wanita berkaca mata hitam tadi bergegas mengintil Haris dari belakang. Tiba di satu sudut tersorok, perempuan berkenaan menyapa bahu Haris dengan
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status