Share

BAB 61

SOFEA menerima kiriman pos berupa bara-ngan yang diisi dalam kotak kecil. Setahu-nya dia tidak memesan pembelian dalam talian. Diambil barang itu daripada penghantar lalu terus membawanya masuk ke bilik.

Kotak itu dibuka. Sebutir loket kristal berbentuk hati yang diukir seperti berlian adalah isianya. Apabila digerakkan ukiran itu ia akan memancar-kan warna pelangi. Sofea menggeng-gam loket itu dan membawanya ke dalam dakapan. Air matanya hampir luruh.

“Pelangi ...” Getusnya perlahan.

Sepucuk kad kecil yang terselit bersama loket tersebut diambil. Dibaca isinya.

‘Apabila hujan reda, pasti mentari akan menyin-ari. Senyumlah kerana pelangi indah pasti akan menyusuli. Selamat pengantin baru. Allah adalah sebaik-baik perancang. Semoga berbahagia.’

Bait-bait kata yang bertintakan dakwat hitam itu amat ringkas dan padat. Meskipun tidak tertera nama pengirimnya, Sofea amat tahu siapakah gerangannya. Benih-benih jernih akhir-nya jatuh berjurai menodai pipi mulusnya.

Dikesat air mata yang tump
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status