Share

Lima

Sambil-sambil menganyam ingin tahu, pelbagai rahsia pula yang memunculkan diri...

SEL-SEL otak D sama sekali tidak berfungsi tatkala bekas ikan yang berwarna oren tadi kosong.

'Hmm... dia orang nak buat apa sebenarnya pergi ke Pulau Batu?' bisik anak muda itu dalam hati sebelum suara seseorang kedengaran jelas menderu laju masuk ke deria pendengarannya.

"Jangan risau. Kami dah nak sampai..." Panggilan telefon lantas dimatikan.

"Err... tuan."

"Ha. Kenapa Pak Hanif?"

"Anak pak cik, macam mana? Dia baik-baik saja, kan?"

Lelaki yang dipanggil 'tuan' itu tersenyum sinis.

"Selagi Pak Hanif tak buat bukan-bukan, anak pak cik masih dalam keadaan yang 'memuaskan'..."

"Err... tapi sampai bila tuan nak 'simpan' dia? Dia masih remaja. Tak sesuai lagi bila dia hadap benda-benda yang macam ni..."

"Aish, Pak Hanif ni. Sabar sikit, boleh tak! Anak Pak Hanif tu kan sebagai jaminan supaya Pak Hanif boleh tutup mulut."

"Pak cik mohon sangat-sangat. Tolong bebaskan Hifza. Dia gadis yang naif, tuan..."

"Sudahlah, Pak Hanif. Kita bincang lain kali sajalah pasal benda ni. Sekarang, Pak Hanif kena bersiap-siap. Tak lama lagi, kita nak jumpa TM."

Pak Hanif menunduk menahan tangis. Gumpalan kesedihan serta kerinduan terhadap anak seorang telah merajai jiwanya.

D hanya hanya memasang telinga.

'Kasihan pak cik tu. Tapi... sebelum aku nak bantu dia, aku kena tahu dulu hujung pangkal cerita. Aku kena tahu apa yang dah jadi di pulau ni dan apa pula kaitan Pak Hanif dengan orang-orang jahat tu semua...' bisiknya pula.

Gear pemikiran ligat mencerna maklumat sebelum dia perlahan-lahan merangka strategi.

D nekad ingin menyelamatkan Pak Hanif serta anak perempuannya.

*****

HOLOGRAM di hadapan mata menjadi santapan penglihatannya. Setelah sekian lama menyepi untuk bersendirian, Mior kembali turun padang 'mencemar duli'. Gambaran kedudukan geografi Pulau Batu terpampang kini. Di situ juga memaparkan beberapa jalan tikus serta pangkalan markas penjahat-penjahat tersebut.

"Dekat sini kita boleh lihat kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan dalam berselindung. Boleh dikatakan pada setiap hari, akan ada penculikan kanak-kanak dan juga remaja dalam skala besar di sekitar bandar kita." Fid membentangkan maklumat-maklumat yang telah dikutip oleh orang bawahannya kepada Mior.

"Jadi... kau syak, kelompok tu sedang jalankan sindiket pemerdaganggan orang ke atau yang seumpamanya?" soal Mior yang sejak tadi diam membisu.

"Ha'ah, Mior. Lagi satu, menurut sumber yang terpercaya... mereka semua tu masih ahli yang sama. Cuma sekarang, TM dah ambil alih tugas sekaligus menyandang pangkat kepala ketua."

Dahi Mior berlapis, "TM? Siapa dia tu?"

"TM itu hanyalah nama singkatan si ketua. Tapi nama asli dia, kami masih tak tahu."

"Oh..." Mior mengangguk sudahnya. Namun, jentera otak lelaki berkenaan dapat menangkap sesuatu.

"Kalau M tu mungkin merujuk kepada Mior--"

"Apa yang kau merepek ni, Mior? Kenapa tiba-tiba kau sebut nama kau?"

"Fid, arwah abang kau tak pernah bagitahu kau pasal benda ni ke?" soal Mior kembali. Soalan berbalas soalan.

Fid cuba mencungkil segala isi di kantung memori dirinya bersama Oji, si abang sulung.

Akhirnya, dia menggeleng.

"Tak adalah pulak. Dalam buku catatan harian arwah Oji dulu, dia hanya bercerita pasal misi pelik-pelik dan aneh. Entahlah. Aku pun tak faham. Itu pasallah aku ceburi 'bidang' ni. Jadi aku boleh tahu sesukar apa 'pekerjaan' abang aku ini yang sebenarnya."

Kelihatan Mior meraup wajah seketika. Dia kembali senyap tanpa sebutir aksara. Ada sekilas peristiwa yang sedang menghinggapi diri.

"Err... apa yang dah berlaku sebenarnya ni, Mior? Abang aku meninggal dunia---"

"Ledakan pada malam itu..." Mior laju mencantas bicara Fid. Dia ingin segera memuntahkan segalanya. Sudah tidak sanggup lagi pundak jiwanya menanggung beban berseorangan.

"Abang kau... Oji, Fateh dan beberapa rakan agensi kami yang lain telah tewas dalam letupan pada malam tu. Setahu aku, tak ada sesiapa yang selamat selain daripada aku dan seorang bayi lelaki."

"Oh, okey. Habis tu?"

"Tapi selepas aku dengar khabar kelompok ini muncul kembali, aku jadi was-was. Aku khuatir, mungkin ada di antara mereka yang masih selamat di pulau tu dan sambungkan semula rancangan Cobra..."

Giliran Fid pula yang kebingungan. Ada sebaris nama asing yang baru dia dengari.

"Eh? Siapa pulak Cobra ni ?"

"Huh! Rasanya, kau tak perlu tahu pun, Fid..."

"Eh? Tapi kenapa, Mior? Sedangkan aku teringin sangat nak teruskan misi yang pernah abang aku tangani berpuluh tahun yang lalu..."

"Aku bimbang kalau kau belot daripada penegak kebenaran. Aku juga takut kau akan percaya bulat-bulat dengan apa yang baru kau tahu."

"Tak mungkin aku macam tu. Mior, kau kena ingat yang aku betul-betul nak tuntut bela atas kematian abang aku..."

Mior tersenyum sambil merenungnya.

"Fid, Fid. Perangai kau ni saling tak tumpah macam abang kau. Persis sangat, seorang pembela kebaikan dan tak nak mengalah. Aku bangga dengan semangat kau!"

"Tak, Mior. Abang Oji lebih hebat berbanding aku. Dia rela mati supaya orang di sekitarnya hidup dengan aman tanpa kekacauan..."

*****

BINOKULAR hitam digerakkan seiring tangan yang memegang. Joni selaku pemerhati sedang menjalankan tugasnya untuk memeriksa dan memastikan keadaan markas mereka senantiasa selamat.

"TM, dia orang dah sampai." Dia segera melaporkan perkara itu apabila sebuah bot bersederhana besar sedang menghampiri jambatan di situ.

Lelaki yang dipanggil sebagai TM tadi cuma mengangguk sambil menanti seorang wakil akan dirinya untuk melakukan sesuatu di bandar berdekatan.

"TM, semuanya dah settle. Takkan ada sesiapa yang boleh halang rancangan kita, lepas ni. Saya dah buat macam yang TM arahkan." Bob segera membuat penjelasan tentang perkara yang telah menjadi tanggungjawabnya di Bandar Jesselton.

"Kau yakin ke kalau pihak penguasa dan angkatan keselamatan tak akan masuk campur dan mematahkan rencana kita nanti?" soal TM dengan riak yang serius.

Bob mengangguk.

"TM jangan risau. Saya dah sogok seluruh lapisan teratas serta para kementerian yang terbabit. Bukan itu saja, tetapi saya juga dah gunakan ancaman bunuh bagi keluarga mereka kalau mereka bertindak senekadnya. Sudah pasti, mereka akan ketar lutut dan kecut perut nak apa-apakan kita. Hehe.." jelas Bob dengan nada yang bersungguh-sungguh.

"Huh. Kau jangan over confident. Kau kena ingat, Bob. Tak semua manusia itu adalah mata duitan dan mudah kau suap dengan duit. Ada di antara mereka yang teguh dengan pendirian..." TM bangkit daripada duduk. Dia merapati Bob sebelum berbisik sesuatu terhadapnya.

"Tapi kalau semuanya berantakan, nyawa kau dan seluruh ahli keluarga kau yang akan menjadi galang-gantinnya. Mengerti? Sila tampal yang kucakap ni dalam kepala otak kau tu..."

TM berlalu keluar selepas mengatakan hal itu. Dia juga tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan orang bawahan. Tragedi yang menimpa kumpulan mereka terdahulu telah banyak mengajarkan dia erti berjaga-jaga.

Bagi dirinya secara peribadi, kena ada plan sampingan jika rancangan utama menyimpang daripada aturan. Apa yang bakal berlaku seterusnya, tiada siapa yang boleh jangka. 

Perkara di kemudian hari kan tak ada orang yang dapat ramal. Benar, bukan?

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status