Share

Dua puluh tiga

Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri.

Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu.

Tetapi apakah ia?

POV LIAN

AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya.

Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang.

Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya?

Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas?

Entah mengapa, aku jadi curiga.

Apa motif dia yang sebenarnya? Kenapa dia sanggup nak menyamar menjadi seseorang yang lain?

Janggal. Ia memang janggal. Tapi lagak bersahaja dia tak mencerminkan seorang ayah yang benar-benar merindukan anaknya.

Tiba-tiba, titisan hujan mula turun lalu membasahi perumahan Kampung Serai Wangi.

Ah, sudah. 'Bencana' dah mari.

Aku terpaksa cancelkan misi penyiasatan aku untuk ke Pulau Batu.

Pada keadaan cuaca lembap sekarang ini, laut turut bergelora sama. Bahaya kalau aku nekad menyeberang ke sana.

Huh. Terpaksalah aku menginap di tempat lain buat sementara waktu. Niat nak berpatah balik ke rumah, aku hapuskan.

Aku kena cari hotel-hotel murah dan dekat sana nanti aku akan cuba mencari tahu akan apa yang sebenarnya Albert ingin lakukan.

Aku terpaksa menggunakan pelitup muka agar identiti aku tak dikenali oleh warga penduduk. Khuatir tersebar pulak ke telinga lelaki asing tu.

Okey, baiklah. Mujur ada sebuah penginapan yang terdekat. Alamak! Hujan semakin lebat dan kilat petir pun turut tumpang sekaki.

Seusai membayar sewaan, aku dibawa menuju ke bilik yang bernombor 11. Ah, terbaiklah! Ditakdirkan ia berhadapan dengan samudera biru. Kiranya senang saja aku nak memantau arena bergelombang itu.

Penjaga penginapan tadi dah meminta diri lantas berlalu keluar. Jadi, bolehlah aku teruskan misi tersirat aku. Fuh!

Album yang aku bawa kuselak perlahan-lahan sambil mengamati. Semalam, aku tak dapat nak tumpukan perhatian sebab aku letih sangat. Pak Cik Albert pulak asyik nak berborak.

Masuk ke dalam bilik tidur, aku tak adalah lena sangat - selang beberapa minit, aku terjaga. Aku risaukan sesuatu yang samar-samar...

TAMAT POV

* * *

TIK! Tik!

Titisan air yang turun dari atas langit semakin lama, semakin deras. Ia mengakibatkan D dan Hifza dihambat dek kepanikan.

"Kita kena menjauh dari kawasan pantai. Takut-takut nanti, akan terjadinya banjir besar kalau hujan selebat begini berterusan."

"Tapi D, kita nak pergi ke mana? Tempat ni saja yang selamat daripada penjahat-penjahat tu-"

"Tak apa. Kita akan pergi ke tempat lain. Ingat tak apa yang terjadi pada kita sebelum kita terpisah? Lagi pun, kau jugak kata yang dekat pulau ni berkemungkinan banyak jerangkap samarnya. Jadi, tak ada beza hanya duduk diam di sini atau menyorok di tempat lain."

Gadis itu mengangguk. Sekilas kejadian sebelum ini terpapar di kornea matanya.

Tanpa berfikir panjang D dan Hifza segera berlari mengikut gerak kaki. Mereka berdua mesti mencari tempat untuk berteduh dan sekali gus bersembunyi daripada kelompok penjahat.

Terlintas di benak si lelaki akan sebuah tempat.

"Kita akan cari sebuah hospital tinggal. Tetapi ia mungkin agak jauh di tengah hutan. Tempat tu, aku dah pernah pergi sebelum ni. Kalau kau masih larat nak berjalan, aku akan cuba cari jalan untuk pergi ke sana."

Dalam basah kuyup begitu, Hifza hanya menurut. Dia pasrah.

"InsyaAllah, saya larat lagi nak berjalan."

D senang mendengarkannya. Dia juga berniat ingin kembali ke sebuah rumah kepunyaan keluarga Syaz. Walaupun dah hangus terbakar, dia kena meninjau kembali keadaan di sana.

Dia yakin sekali, para penjenayah itu tidak akan mengunjungi kembali tempat yang telah mereka periksa. Ditambah lagi dengan hujan lebat sebegini.

Mereka berdua akan selamat daripada dijejak dan pada waktu itu jugalah dia akan cuba memecahkan misteri Pulau Batu sampai ke akar umbinya.

* * *

OMBAK yang setinggi lima meter tersebut membuat Leo dan Mior cemas sebelum ia menghempap bot mereka.

Bush!

Kedua-dua mereka terhumban ke dalam laut. Mior sukar untuk bernafas angkara ikatan di tangannya.

Setiap kali matanya terpejam, sebuah suara milik seorang lelaki kian bergema di benaknya.

"Pak Cik Mior!"

Mata lelaki itu terbuka kembali. Namun, denyutan di kepala sejak tadi semakin ganas menyerang.

"Pak Cik Mior, D akan selamatkan pak cik!"

Pelbagai peristiwa pahit dan manis berganti tayang. Hal berkenaan menyebabkan Mior membuka paksa matanya.

'D? Itu suara D...' Ditakdirkan memorinya kembali sedikit demi sedikit.

Mior cuba untuk melepaskan diri daripada simpulan tali dengan secepat yang mungkin kerana air laut terlalu banyak dia tertelan.

Sesak nafasnya.

Kulit pada pergelangan tangan yang melecet, tidak dia pedulikan. Dia memutuskan tali tersebut dengan paksaan sehingga ia mengeluarkan darah.

Akhirnya, Mior berenang naik ke permukaan.

"Uhuk! Uhuk!" Di sekelilingnya tidak dia temukan sesiapa. Hanya badan bot yang terbalik sahaja dia lihat.

Dalam terkapai-kapai dek pukulan gelora, Mior berenang menuju ke arah kenderaan air tadi.

Tiba-tiba, ada sesuatu yang terhentak di lutut kanannya. Dia segera menyelam kembali untuk memastikan apakah ia.

Ternyata, jasad Leo yang sudah tidak sedarkan diri terpampang di depan mata.

'Siapa pulak dia ni?' bisik Mior tapi dia segera menolong individu itu keluar daripada tersepit di pengemudi.

Mungkin juga angkara hempasan ombak tadi yang sangat dahsyat sehingga membuatkan kaki Leo tersangkut di besi bulat berkenaan.

'Ya Allah, permudahkan semuanya. Lindungilah kami berdua.'

Sekali-sekala, Mior naik ke permukaan air untuk bernafas seketika. Tangisan awan pula semakin lebat dan dia kena cepat membantu orang tadi.

Kemudian, dia menyelam kembali. Dengan bersusah-payah, dia menarik kaki Leo untuk naik ke permukaan.

"Hei, bangunlah!!" Mior menampar kecil pipi Leo. Mungkin agak sukar sekali jika dia berenang sambil membawa jasad Leo. Dia kena berusaha untuk menyedarkannya.

"Hei, bangun! Kau dengar tak!"

Baru sahaja kelopak mata Leo terbuka, badai besar telah menggulung mereka berdua.

"Arghh!!" Hanya tinggal gema jeritan mereka sebelum kawasan itu berubah menjadi tenang kembali.

* * *

PANG! Pipi kanan Fid ditampar untuk ke sekian kalinya.

"Haish. Aku geram betullah dengan kau ni, Fid! Berapa banyak perkara lagi yang kau nak sembunyikan daripada aku? Aku ni, ketua kau!"

Lebam pada muka, tidak Fid pedulikan. Dia cuma berlagak tenang sambil menahan perit.

"Saya tak tahu apa-apa, kapten-"

"Bengap! Jangan fikir aku akan termakan lagi kata-kata kau tu! Aku yakin sangat yang kau bersekongkol dengan budak berdua tu. Mengaku sajalah!"

Perbuatan Kapten Naz tersebut disaksikan oleh seseorang dari tempat persembunyiannya.

Tiada siapa yang sedar akan kewujudan figura berkenaan kerana dia tidak memunculkan diri sebaik pasukan itu tiba di situ.

'Aku akan selamatkan kau, Fid. Tapi... bagi aku masa untuk buat sesuatu,' monolognya lagi sebelum berlari laju dalam hujan.

Ada sebuah tempat bak gudang besar dia masuki. Segenap celah dan penjuru, dia perhatikan.

'Tempat ni macam tempat tahanan dikurung. Tapi yang anehnya, di mana mereka semuanya?' soalnya sendiri.

Pistol di sisip ke belakang pinggang seraya memeriksa dinding dan juga lantainya.

Dia menemukan sesuatu pada lantai.

'Corak dan bentuk lantai ni, tak sama dengan yang lain.' Dia cuba meraba dan dia tersentuh akan sebuah besi kecil.

Tanpa banyak kata, dia menarik besi kecil yang berbentuk cincin tersebut.

Lampu suluh di kepala dia nyalakan untuk mengenal pasti.

'Ini kan...'

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status