Share

bab 8

“KYLA kenapa kau boleh jadi selemah begini?  Mana Kyla Ernisya yang aku kenali selama ini ya? Mana ya?”  soal si rakan bukan mahu menyindir tetapi untuk wanita di sebelahnya itu menyedari di mana kesilapannya.   Bagi dia definisi cinta itu sendiri tersangatlah luas tetapi bukan memperhambakan diri pada cinta!

      Kyla masih lagi tetap membisu sambil menyimpul alas meja.  Bukan dia sengaja mahu mematungkan diri.  Kyla juga ada sebab kenapa dia rela jadi hamba pada cinta tetapi bagaimana mahu untuk dia meluahkannya.  Takkan ada sesiapa yang dapat memahami keadaannya sekarang ini.  Fiza nampak lelehan tersebut namun dia terpaksa mengatakan apa yang sepatutnya kerana dia tak mahu kawan sekolej merangkap kawan baiknya itu lemah sehingga diperkudakan saja oleh orang.

      “Bila Adam pulang?” soal Fiza lagi.  Dia tahu waktu kian merangkak ke petang dan waktu habis kerja warga kota.  Kyla terus mendongak lalu memandang jam yang tergantung di dinding begitu juga Fiza.  Kyla tertunduk semula seraya menggelengkan kepalanya.  Adam tidak menentu pulangnya ada ketikanya langsung tidak nampak muka walau dah berkali di beri amaran oleh Tan Sri Jefri tetapi Puan Sri Jane pula tukang back up !

      “Kyla Ernisya aku tanya ni bila laki yang kau pujakan tu balik? Kau takut aku sembur dia ke kalau kau beritahu aku waktu dia balik hah?” Fiza terpaksa tinggikan suara.  Kyla seakan cuba mencabar tahap sabar.  Fiza cuba memasang telinga jikalau ada dengar bunyi kereta masuk namun tetap sunyi.  Lalu dia kembali semula menoleh ke arah Kyla selain bibik yang pada waktu sedang menyapu laman rumah.  Fiza teringatkan sesuatu bila terlihat Bibik Elsa.  Wanita awal 40 an itu pernah cuba beritahunya sesuatu namun tak kesampaian.

       “Bukan aku tak nak bagitahu engkau Fiza tapi aku sendiri tak tahun sama ada dia akan balik atau tidak..”  Kyla bersuara setelah beberapa minit menyepi setelah disembur oleh Fiza semasa dia mahu meluahkan rasa hati.  Tetapi dimarahi pula lagilah dia sentap.

       Fiza tersenyum mengejek seperti yang dia andaikan.  Bukan dia tidak pernah Adam Rycarl melepak di shopping mall  ada masa kelab malam berdekatan tempat kerja Fiza waktu malam waktu yang sepatutnya dia berada di rumah mengulit si isteri.  “Aku nak keluar sekejap ada barang yang mahu aku bagi pada kau. Tunggu sekejap..” ujar Fiza sekadar beralasan hakikatnya dia mahu menemui Bibik Elsa sebelum dia pulang memandang waktu makin lewat tidak elok pula berada dalam rumah orang dalam jangkamasa lama walau rakan sekalipun.

       Kyla sekadar mengangguk lemah.  Fiza menjauh Kyla menarik keluar telefon Nokia ‘Butterfly’ miliknya lalu mendail nombor Adam Rycarl seperti kebiasaannya walau dia tahu tak pernah sekalipun lelaki ego itu mengangkat panggilan dari dia.

      Yang pulang hanya kereta mewah milik Tan Sri Jefri.  Kereta Adam Rycarl tetap tiada walau bayang sekalipun.   Tan Sri Jefri nampak Fiza sedang bersembang dengan Bibik Elsa setelah pintu dibuka oleh Pak Mat dia membolosi keluar sambil mata masih lagi tepat pada perbualan keduanya yang pada pandangannya seakan ada sesuatu.

       Fiza menganggukan kepalanya pada Tan Sri Jefri ketika lelaki yang telah buka kot hitamnya itu melangkah untuk masuk ke ruang tamu Villa.  Ayunan kaki terhenti tetapi dia membuat lencongan dan terus menghala ke arah Fiza dan Bibik Elsa.  Bibik Elsa kerisauan dan dia meminta diri cepat-cepat sambil diperhatikan oleh majikannya itu.  Fiza juga tahu apakah puncanya dan dia mengangguk.  Fiza tahu ayah mertua pada Kyla mahu menemuinya dan dia bersedia.  Kenapa perlu takut sedangkan dia tidak membuat sebarang kesalahan!

       “Assalamualaikum Fiza kawan Kyla kan?” sapa Tan Sri Jefri. 

       “Ya Tan Sri...” jawab Fiza seraya mengulum senyuman.

       “Kamu ni kan Fiza... dah berapa kali uncle cakap tak usah panggil panggilan itu..”  sahut  Tan Sri Jefri juga tersenyum kerana dia tahu Fiza seorang gadis manis yang suka berjenaka dan happy go lucky tidak seperti Kyla senantiasa dihinggapi awan berarak mendung  ada ketikanya hujan nan lebat.

        Fiza tersenyum. 

      “Fiza dah makan petang ke?” soal Tan Sri lagi dalam masa sama mata keduanya terhala pada luncuran laju sebuah kereta berjenama Sport warna merah metalik dan terus ke arah garaj bukan halaman depan.  Dan sudah tentulah keduanya tahu kereta itu dimiliki oleh siapa.  “Pulang pula?” bisik Tan Sri perlahan namun Fiza tetap dapat menangkapnya. 

      ‘Jadi benarlah kata Kyla... Lelaki macam ni kau sayang Kyla.. kyla...’ desis hatikecil Fiza pula sambil tersenyum mengejek.  Fiza perlu bantu Kyla itu nekad gadis berperwatakan lincah serta tegas itu.  Adam menonong masuk sambil menanggalkan kacamata hitamnya biarpun dia tahu ada tetamu di halaman.  Dia kenal tetamu itu baginya bukan tetamu penting pun.

      “Abang..” sapa Kyla kelam-kabut bangun untuk menyalami Adam.  Bukan tangan yang Adam hulurkan tetapi beg briefcase miliknya itu pun secara kasar.  Senak perut Kyla rasakan tatkala hujung beg yang tajam serta tebal itu mengenai perut.  Kyla menuruti suaminya itu sehingga ke tangga berpilin.   Dan Adam seperti biasa menggunakan kedunguan isterinya itu dengan mengambil kesempatan dengan semahunya.  Kot dibalingkan ke belakang lalu menyerkup wajah Kyla yang sedang menaiki tangga.  Akibat terkejut dan berada dalam gelap dek serkupan tersebut Kyla hilang imbangan lalu menjunam jatuh dari tangga berlingkaran tersebut sambil menerima kekekan halus Adam Rycarl yang langsung tiada rasa belas kasihan.

     “ALLAH non!” pekik Bibik Elsa berlari ke depan setelah telinganya menangkap ada bunyi benda berat jatuh.  Pekikan tersebut mengejutkan Tan Sri serta Fiza mereka berdua bergegas masuk ke dalam. 

     “ALLAH Kyla!”  pekik keduanya serentak.  Kyla pula terus jatuh pengsan.

     “Adam Rycarl turun!!!”

         

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status