SEDETIK NAFAS BERLALU...(  BAHASA MALAYSIA)

SEDETIK NAFAS BERLALU...( BAHASA MALAYSIA)

By:  ALISSA ALEE  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
5 ratings
18Chapters
2.4Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

KYLA ERNISYA TERLALU MENYINTAI ADAM RYCARL SEHINGGA DIA SANGGUP MELAKUKAN NODA-NODA HITAM YANG BAKAL MENGGELAPKAN LAGI KEHIDUPANNYA... ''Tapi kenapa? You tahukan betapa sayang dan cintanya I pada you? You ingat cinta I ini satu permainan,hah?'' KYLA ERNISYA ''Aku tak pernah cintakannya macamana aku nak hidup dengannya? Dia yang bodoh 'serah' so dialah yang tanggung.. dah kenapa aku pula?'' ADAM RYCARL

View More
SEDETIK NAFAS BERLALU...( BAHASA MALAYSIA) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Arena Yidin
Teruskan update............
2021-08-02 21:41:05
1
user avatar
Ruby RA
Komplikated jgk jd pempuan ni. Cinta tu jgk yg dikejar walaupun hati disakiti. Huhuhu... sambung lagi. 😄
2021-07-13 20:54:05
1
user avatar
Miss Tery Novelist
the best! keep it up
2021-07-11 21:31:48
1
user avatar
Miss Tery Novelist
sambung plss
2021-07-08 21:22:52
1
user avatar
Hi you
good story' 🤩 next !!
2021-07-03 14:48:05
1
18 Chapters
BAB 1
BIBIR dikebam dengan begitu rapat, jemari pula menggenggam hujung bantal sekuat yang mungkin dalam menahan kesakitan tatkala air ketuban pecah diikuti bukaan yang terbuka.       Dirinya tidak seperti pasangan yang lain, masuk ke dalam wad dengan ditemani pasangan.  Tetapi,  dia hanya bersendirian dalam menghadapi perjuangan tersebut.   Sedih memang terlalu sedih…       Sementara itu,  susuk tubuh lengkap berseragam korporat itu hanya  duduk sambil bersilang kaki  dan mata menatap skrin pada permukaan telefon pintar dibangku menunggu.  Tiada sedikit pun riak resah yang terlukis pada roman tegang tersebut.          Yang pasti sedari mereka datang, kerlingan matanya tid
Read more
bab 2
JAUH kau termenung?" soal satu suara muncul dari arah belakang.  Bunyi keriut pintu dan derapan tapak kasut sedang melangkah tiada sedikit pun membuatkan lelaki yang masih lagi ralit memerhati pemandangan kota raya dari balik jendela cermin itu berpusing badan.            ‘’Adam, kau dengar tak? Adam Rycarl Im talking to you!"  Ton suara terpaksa susuk tubuh yang baru masuk itu pertegaskan kerana kata-katanya tadi bagaikan bercakap di angin lalu.           ‘’Hah? Papa. Sorry
Read more
BAB 3
TAN SRI JEFRI meminta supaya Adam Rycarl tidak naik atas dahulu kerana mereka ada tetamu.  Adam kenal siapakah tetamu itu oleh sebab itulah hatinya liat mahu bersama mereka.  Disaat Adam mahu duduk,  sempat matanya mengerling ke arah mamanya yang sedang menusuk satu jelingan.       Rose dan Rahim cuba tersenyum biarpun dalam hati keduanya tiada hanya ALLAH SWT tahu betapa remuk-redamnya hati ketika telinga mendengar penolakan Adam terhadap anak mereka, Kyla.       Puan Sri Jane sebenarnya kurang suka jika Adam bersama dengan Kyla.  Bagi wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri itu menganggap Kyla terlalu kekampungan tidak seperti yang lain.  Dan dia juga menyetujui sekiranya pertalian yang Rose mahu sambungkan itu terputus selamanya.
Read more
bab 4
‘’HEI perempuan!  Kau ingat kau tu dah cukup bagus ke hah?  Ada hati ya nak bergandingan dengan jutawan muda?’’ sindir satu suara pabila dia telah berjaya merentap tangan Lizzy.         Lizzy pada ketika itu sibuk dengan kerjanya  agak tercengang menerima herdikan dari seorang gadis berkacamata hitam dengan di temani jeans ketat serta baju baby T yang hampir menampakkan segala bonjolan dada.       ‘’Er.. by the way ..who are you tiba-tiba saja datang menengking I
Read more
bab 5
 KYLA ERNISYA tetap menayangkan tubuhnya yang kelihatan anggun dalam persalinan pengantin putih susu.  Adam nampak dan agak terpesona dengan kejelitaan Kyla walau tubuh itu sudah beranak satu namun kerana ego dia sekadar menjeling sekilas.       ‘’Encik Adam!’’ panggil si pengusaha butik sambil terlambai-lambai tangannya ke muka Adam Rycarl yang sedari tadi berulit dengan telefon NOKIA ‘sabun’ nya saja.  Sedangkan tujuan ke butik untuk ‘fitting’.     ‘’Kyla.. you jangan take off dulu baju ya nak ambil gambar atas pelamin baru kami… alang-alang dah berbaju pengantin kan?’’ ujar penjual bernama Maria itu pada Kyla.  Kyla mengangguk lantas menanti Adam menukar pakaiannya pula.     Kyla tahu Adam terpaksa menemaninya ke butik tapi
Read more
bab 6
“ADAM.. kenapa you tak masuk lagi?  Bukankah malam ni first night you?” soal Puan Sri Jane lebih kepada sindiran dan cebikkan bibir.  Adam Rycarl sekadar tersenyum sumbing.  Manakala Tan Sri Jeffri pula masih lagi melayani para tetamu yang hadir di rumah agam dan kini berada di ruangan depan biar pun keletihan kerana baru sahaja sampai  ke Villa.       Adam Rycarl menapak lemah menuju ke arah tangga berpilin.  Puan Sri Jane membawa keluar telefon Nokia 6600 lalu membuka aplikasi FRIENDSTER dan laju ibu jarinya menari-nari di permukaan butang aksara.  Bahagian messenger juga di bukakan sekali.  Dia bagaikan ingin menghubungi seseorang dari alam maya.       Manakala Adam Rycarl pula mendengus kerana niatnya terbantut dek syarat papanya, Tan Sri Jefri yang menyatakan dia tidak dibenarkan untuk keluar pada malam itu jika t
Read more
bab 7
“ABANG bangun subuh bersama bang..”  Kyla tetap berusaha menggerakkan tubuh kejung tanpa disalin pakaian atas sofa berdekatan katil mereka.  Kyla tidak tahu jam berapakah suaminya itu pulang ke Villa mungkin baru sahaja memandangkan baju pun masih ada dan sorot mata Kyla merenung ke bahagian kolar dia mendekati sambil mata dikecilkan.  Jantung mulai berombak hanya wuduk sebagai penyejuk.  Kesan lipstik siapa?        “Abang bangun bang nanti subuh habis..”  panggil Kyla lagi.  Pagi itu merupakan paginya pertama dengan sang suami jika tidak selama ini dia subuh sendirian.  Kadang buat kadang tidak.  Namun Kyla mengingati pesanan Rose agar menjaga solat begitu juga dengan suami.       “Kau ni kenapa hah?  Siapa kau nak suruh aku solat?  Kau ingat kau tu layak ke berimam kan aku hah betina sial!”  Ada
Read more
bab 8
“KYLA kenapa kau boleh jadi selemah begini?  Mana Kyla Ernisya yang aku kenali selama ini ya? Mana ya?”  soal si rakan bukan mahu menyindir tetapi untuk wanita di sebelahnya itu menyedari di mana kesilapannya.   Bagi dia definisi cinta itu sendiri tersangatlah luas tetapi bukan memperhambakan diri pada cinta!      Kyla masih lagi tetap membisu sambil menyimpul alas meja.  Bukan dia sengaja mahu mematungkan diri.  Kyla juga ada sebab kenapa dia rela jadi hamba pada cinta tetapi bagaimana mahu untuk dia meluahkannya.  Takkan ada sesiapa yang dapat memahami keadaannya sekarang ini.  Fiza nampak lelehan tersebut namun dia terpaksa mengatakan apa yang sepatutnya kerana dia tak mahu kawan sekolej merangkap kawan baiknya itu lemah sehingga diperkudakan saja oleh orang.      “Bila Adam pulang?” soal Fiza lagi.  Dia tahu waktu kian merangkak
Read more
bab 9
ROSE dan Rahim masih lagi membatu di tepi pinggir katil wad di mana sebelah atasnya terbaring satu tubuh kelihatan tidak bermaya ditemani seliratan wayar di bawah hidung serta tangan.  Rose tersedu-sedan Rahim masih tak jemu memujuk.  Pintu berkeriut seperti sedang dibuka oleh seseorang Rahim terus berpaling.       Tan Sri Jefri hadir dengan ditemani isteri serta anaknya, Adam Rycarl.  “Jefri..” ujar Rahim cuba memaniskan wajah dan menyalami huluran salam ahli korporat terkemuka itu.  Adam sekadar tersenyum tanpa sebarang huluran salam.  “Adam!  Papa tak pernah ajar anak papa berkurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita” tegas Tan Sri Jefri walau menerima jelingan dari si isteri.     ‘Suka hati Adam lah... dah mula lah tu nak tunjuk baik depan perempuan tak guna tu!’ bisik hati Puan Sri Jane menjeling penuh rasa menyampah pada d
Read more
BAB 10
SENGAJA Puan Sri Jane tidak mahu memberitahu apa yang Rahim pinta pada dirinya tadi.  Bagi Puan Sri Jane itu semua bukan urusan Adam mahu pun dia.  Segala apa yang terjadi beberapa jam yang lalu semuanya berpunca dari anak mereka yang tak tahu malu itu.  Adam sudah lama buang dia,  namun dia  berdegil sanggup  merempat dalam Villa indah miliknya itu.  Ikutkan hati Jane, mahu saja dia perhambakan Kyla.  Untuk  menyebut namanya pun sudah jijik apatah lagi mahu menganggap diri itu sebagai menantu?        “Mama!” Adam Rycarl sudahlah masih dalam keberangan pasal hal tadi dan kini  mamanya pula mahu tambahkan lagi bahang.  Dah berkali dia memanggil namun wanita  merangkap isteri kepada ahli korporat terkenal itu sekadar jadi patung mannequin saja.  Puan Sri Jane tersedar pantas dia menyoal kembali anak tunggalnya itu kenapa.  
Read more
DMCA.com Protection Status