Share

bab 6

“ADAM.. kenapa you tak masuk lagi?  Bukankah malam ni first night you?” soal Puan Sri Jane lebih kepada sindiran dan cebikkan bibir.  Adam Rycarl sekadar tersenyum sumbing.  Manakala Tan Sri Jeffri pula masih lagi melayani para tetamu yang hadir di rumah agam dan kini berada di ruangan depan biar pun keletihan kerana baru sahaja sampai  ke Villa. 

      Adam Rycarl menapak lemah menuju ke arah tangga berpilin.  Puan Sri Jane membawa keluar telefon Nokia 6600 lalu membuka aplikasi FRIENDSTER dan laju ibu jarinya menari-nari di permukaan butang aksara.  Bahagian messenger juga di bukakan sekali.  Dia bagaikan ingin menghubungi seseorang dari alam maya. 

      Manakala Adam Rycarl pula mendengus kerana niatnya terbantut dek syarat papanya, Tan Sri Jefri yang menyatakan dia tidak dibenarkan untuk keluar pada malam itu jika tidak segala perjanjian mereka terbatal.  Adam mengahwini Kyla kerana syarat tersebut sedangkan pada pihak Tan Sri Jefri perjanjian itu sekadar asbab, sebenarnya dia mahu Adam melayani Kyla sebaik mungkin. 

      Mungkin dahulu dia telah melukakan hati Rose, tetapi tidak mungkin Kyla.  Kyla terlalu naif dalam menempuh alam penuh pancaroba ini.  Tan Sri Jefri juga sedar akan satu lagi risiko yang bakal dia tempuhi sekiranya perjanjian tersebut diketahui oleh Puan Sri Jane.

       Berkeriut bunyi pintu dibukakan.  Adam nampak Kyla masih lagi dalam pakaian pengantinnya hanya veil sudah tertanggal.  Mungkin bagi lelaki lain malam inilah yang amat mereka nanti dengan rasa keterujaan tetapi tidak bagi diriya.

      “Engkau mahu aku ‘merasa’ diri kau tu lagi ke?” soal Adam sinis.  Kyla yang berpaling menelan liur mendengarnya.  Kyla memang sudah bercadang mahu menggoda serta melayan Adam sepertimana suami lain tetapi tatkala telinga terdengar akan pernyataan tersebut.  Terbejat segalanya.  Bibir dikebam.  Adam nampak dan terasa sesuatu pada perlakuan Kayla namun dia bentengkan dengan dinding keegoaan. 

      “Nah baju aku ni... nak sangat jadi isteri aku kan...” ujar Adam membuka baju pengantin satu demi satu di hadapan Kyla lalu tanpa sebarang perasaan terus dibalingkan ke muka Kyla.  Kyla sekali lagi terkena begitu dengan pantas dia menariknya.  Kyla bangun menapak mendekati Adam Rycarl.

      “Hei! Berani kau sentuh aku?” tempik Adam seraya menepis tangan Kyla.  Kyla sekadar tersenyum kemudian menunduk seketika sebelum dia letakkan semula kedua belah tangannya langsung memicit bahu bidang itu dengan lembut.  Adam terpanar seketika.  Bergerak-gerak halkumnya kini.  Entah kenapa imbasan momen antara mereka berdua kembali terlayar bagaikan sebuah filem.  Adam memejamkan matanya seketika dan melayani perasaan nyaman itu.

     Tok!  Tok!  Tok!

      Adam tersedar dengan pantas menepis dan menolak tubuh Kyla sehingga wanita itu terduduk dan terhantuk dahinya ke bucu kaki katil.  Adam membuka pintu dalam keadaan teruja kerana mengingatkan mungkin dia datang  tetapi hampa.  Memang ada orang datang pada saat itu tetapi hanyalah bibik untuk memberikan air susu pada pasangan pengantin atas arahan Tan Sri Jefri.

      “Herm.. letaklah atas meja tu!” arah Adam tanpa memandang keadaan Kyla pada masa itu dia terus keluar dari kamar tersebut.  Bibik masuk ke dalam sambil menatang dulang matanya memerhati keadaan Neng Kyla.  Bibik memanggil Kyla dengan nama Neng Kila.  Dia menggelengkan kepalanya dan meletakkan dulang dengan pantas atas meja sebelum dia bantu wanita itu untuk bangun.

      “Waduh Neng Kila ngapain ni?  Waduh kok memar dahi tuh... Tunggu bentar ya bibik pergi ambilkan ubatnya.. sakit kok tuh...” ujar Bibik Elsa mahu bangun namun tangan Kyla lebih pantas lagi menariknya agar duduk kembali seraya menggelengkan. “Waduh Neng ngapain Neng?” soalnya resah kesan lebam makin membiru.  Adam entah lesap ke mana.

     “Tak apa Bik... sikit saja ni” Kyla beralasan kerana dia tidak mahu perkara tersebut menjadi hebah pula nanti.  Tentu mereka yang berada di tingkat bawah akan bertanya nanti kenapa Bibik Elsa tergesa-gesa mencari kotak First Aid.  Tambah-tambah bapa mertuanya, Tan Sri Jefri.  Sebelum ini jenuh dia mereka pelbagai cerita penafian mengenai Adam Rycarl termasuklah cubaan penguguran.

     “Lho jika begituan.. bibik berangkat duluan ya... ya benar nggak mahu diubatin?”

    “Benar bik tak usah khuatir dan ribut ya.. bik tolong rahsiakan ya... bukan apa saya tak mahu Adam dimarahi oleh Tuan nanti” pesan Kyla sebelum wanita berusia awal 40 an itu bangun.  Bibik Elsa pada mulanya mahu membuat laporan tetapi apabila dia melihat airmuka Kyla sewaktu dia berpesan akan perkara itu penuh dengan simpati.

     “Baiklah Neng.. Bik keluar ya..” pamit Bibik Elsa mengangguk sebelum menapak keluar.  Ketika Bibik Elsa mahu menutup pintu telinga mereka berdua terdengar bunyi deraman kereta mewah meluncur keluar dari Villa.  Dan tahulah Kyla bahawa Adam tetap akan meninggalkan seorang diri pada malam pengantin mereka.  Laju menyeka lelehan airmata, Kyla bangun sambil tersenyum seolah-olah tiada apa-apa telah berlaku.

     “Kyla positif Kyla positif!” tekannya lagi dan lagi.  Pakaian Adam terus dicapai untuk dia masukkan ke dalam bilik Dry cleaning.   Memang kesemua bilik dalam Villa Amanda mempunyai satu bilik untuk cucian kering atau Dry cleaning.

    “Aku pun tak tahulah apa nak jadi dengan orang-orang dalam rumah ini... kita hanya tunjuk kita ni bahagia sekadar di hadapan orang saja tetapi sebaliknya..” omel Tan Sri Jefri benar-benar tidak berpuas hati dengan sikap Jane dan Adam.  Tan Sri Jefri tiada perasaan untuk menyambung pembacaan suratkhabar dihempas dengan kuat sebagai isyarat hati tengah panas pada Jane yang masih lagi terkipas-kipas di depannya itu.  Dan lelaki lewat 50 an tetapi masih kacak itu menapak pantas untuk ke tangga berpilin.

     “Huh... buat amal kebajikan konon... macamlah aku tak tahu agenda di sebalik..” sindir Puan Sri Jane.  Entah bagaimana dia terbayangkan wajah Rose sedang tersenyum mengejek padanya seraya dia balingkan bantal berbentuk hati ke arah dinding sambil dilihat oleh Bibik Elsa serta Pak Mat pemandu.

     Sementara itu,  Adam Rycarl telah sampai di salah sebuah kelab malam terkenal ibukota.  Ketika dia mau memarkirkan kereta sempat telinganya mendengar siulan halus para gadis yang berkeliaran di kawasan itu,  Adam mengenyitkan matanya pada salah-seorangnya.  Dan gadis yang hanya memakai tube merah dan hot pant berbisik dengan si rakan sebelum dia melangkah ke arah kereta Adam Rycarl.

     “Hai you...” Sapaan pertama dari gadis berpakaian seksi itu setelah tiba ke kereta.  Adam terus menutup pintu keretanya lalu bersandar sambil melemparkan senyuman.  Sempat lagi mata helangnya menilik tubuh mungil yang sengaja didedahkan itu dari bawah membawa ke atas.  Gadis itu pun apalagi makin menggeletik sambil tersenyum-senyum.  Adam mengangguk seraya memuncungkan bibirnya ke arah kelab. 

     “Guys... sorry guys i’ve a new date tonight.. if you guys nak balik dulu...baliklah ya... daa” ujar gadis tersebut telah pun berada dalam dakapan mesra Adam Rycarl.   Adam tidak perasan pada petikan lensa kamera para ‘paparazzi’.  

      ‘Kau yang serahkan diri kau kan.. alang-alang Lizzy sibuk... Eliana pun sama.. baik aku ‘kerjakan’ betina buas ini’ hati nan hitam berbisik pada telinga Adam.  Spontan Adam Rycarl tersengih sambil mengerling bahagian atas abdomen gadis yang terdedah kerana tube sendat yang dipakai olehnya hampir  lucut.  Tapi sebelum dia ‘makan’ buah yang tidak pasti masih ‘ranum’ atau tidak dia mahu berhibur serta minum dahulu.

      ‘Ah..persetankan perjanjian papa.. tahulah aku nanti’  bisiknya lagi sambil tersenyum pada dua orang Bouncer dengan sut hitam dan kacamata sebelum melangkah kaki ke dalam kelab malam eksklusif itu.

       Manakala Kyla di Villa agam atas bukit paling atas dalam kawasan taman perumahan elit itu hanya tunduk menekur lantai berpermaidani tenggelam seorang diri tanpa ditemani sesiapa.  Sesekali jari menyeka lelehan airmata yang rajin membasahi pipi bermekapnya itu.  Kyla masih lagi tidak menanggalkan pakaian pengantin serta mekapnya walau telah sememeh dan kelihatan kotor jika dilihat dalam cermin atau sesiapa yang melihat atau terlihat.

       Pintu terkuak dengan pantas Kyla mendongak tersenyum lebar sambil menyeka lelehan airmata.  Terdiam dan terpinga apa yang diharapkan muncul masih lagi tiada.  Puan Sri Jane tersenyum mencebir pabila melihat rupa Kyla sebegitu.  Liar matanya melihat timbunan hadiah yang masih dalam balutan lagi tanda belum dibuka oleh pasangan pengantin.

        Melangkah dengan gaya angkuh kipas di tangan seraya dilipat. 

        “Tepi sikit aku nak duduk!” arahnya pada Kyla.  Kyla faham lalu bangun dan berdiri tegak ibarat anak murid mendepani guru.   “Kau dah tahukan Adam takkan pernah sukakan kau... yang engkau masih berdegil nak kahwin dengan dia  tu kenapa?  Lagipun kau bukan buncit dah pun..  anak pun mampus!  So, kau nak apa lagi dari anak aku hah betina?” soal Puan Sri Jane selamba menendang kaki Kyla dengan hujung jari kaki sahaja.  Jijik sungguh Kyla pada pandangan wanita berkaliber berkenaan.

        Kyla walau pedih hati dia tetap zip kan mulutnya dari berkata-kata.  Apatah lagi mahu menyanggah setiap tohmahan dari mama Adam Rycarl. 

       “Hoi! Kau ni dahlah hodoh nak mampus!  Pekak pulak tu... aku tanya kau ni perempuan!” tempelak Puan Sri Jane dengan sengaja dia balingkan pula kipas miliknya itu ke muka Kyla.  Kyla tidak bersedia lalu terkena lagi dan kali ini kipas mama Adam pula. 

       ‘Kau ni kenapa Kyla?  Lawanlah bengap!’  bisik hati hitam. 

       ‘Kyla... jangan ingat... biar orang buat kita jangan kita buat orang..’  bisik hati suci Kyla.

       ‘Bersabar apa lagi?  Tak nampak ke apa perempuan tua tu dah buat pada kau?’ Hati hitam Kyla tetap meracun minda Kyla Ernisya agar bersuara dan menyanggah.

       “Kau ni memang nak cari nahas dengan aku ya!” tengking Puan Sri Jane terus bangun lalu memukul tubuh Kyla yang laksana patung itu dengan bertubi-tubi. 

       “Kau ni memang dari keturunan sial!  Ibu anak sama sahaja pembawa sial!”  bentak Puan Sri Jane sambil memukul tubuh Kyla.  Kyla entah kenapa masih lagi sanggup bertahan walau dia dalam kesakitan luar dan dalam.

       “Mama!  Nak hina Kyla silakan tapi tolong jangan hina mama Kyla!” 

       “Siapa mama kau?  Perasan!  Jangan kau ingat aku akan anggap kau tu menantu aku tahu tak!  Aku akan pastikan Adam akan ceraikan kau setelah dia aku kahwinkan lagi dengan perempuan pilihan aku!”  Tengkingan Puan Sri Jane makin memanaskan telinga si pendengar dengan pantas dia menolak pintu.

       “Jane!”  sergah Tan Sri Jefri menenggelamkan herdikan nyaring si  isteri pada menantunya itu.  Kyla teramat malu namun dia tetap memaku diri biar tubuh serta hati sakit sesakitnya!

      “Masuk bilik sekarang!” arah Tan Sri Jefri juga berapi.  Puan Sri Jane tiada gentar malah terus duduk semula tanpa menghiraukan jelingan maut suami.  Tan Sri Jefri memandang Kyla dalam dia berasa kasihan dia juga terasa dirinya sedang dicabar oleh isteri sendiri di hadapan menantu!

      “Are you deaf dear?  I said now!”  jerkahan Tan Sri Jefri melatari segenap ruang dalam tingkat itu nasiblah kesemua tetamu telah lama pulang jika tidak memang keluarga korporat terkenal itu akan malu.  Puan Sri Jane langsung bangun terus keluar dan sengaja tubuhnya melanggar bahu Kyla sehingga menantunya itu mahu terduduk atas katil nasib sempat tangan berpaut pada kaki katil.  Makin laju gelengan Tan Sri Jefri sambil melihat kenaifan Kyla tak ubah Rose.  Reda dilakukan apa sahaja!

      ‘ALLAH kenapalah Jane tak sepertimu, Rose?’

      “Hah tunggu apa lagi?  Tak dapat yang tua muda pun nak ke?” sindir Puan Sri Jane berpaling tak mudah untuk dia meninggalkan suaminya itu dengan Kyla.

      

         

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status