Share

bab 7

“ABANG bangun subuh bersama bang..”  Kyla tetap berusaha menggerakkan tubuh kejung tanpa disalin pakaian atas sofa berdekatan katil mereka.  Kyla tidak tahu jam berapakah suaminya itu pulang ke Villa mungkin baru sahaja memandangkan baju pun masih ada dan sorot mata Kyla merenung ke bahagian kolar dia mendekati sambil mata dikecilkan.  Jantung mulai berombak hanya wuduk sebagai penyejuk.  Kesan lipstik siapa?

        “Abang bangun bang nanti subuh habis..”  panggil Kyla lagi.  Pagi itu merupakan paginya pertama dengan sang suami jika tidak selama ini dia subuh sendirian.  Kadang buat kadang tidak.  Namun Kyla mengingati pesanan Rose agar menjaga solat begitu juga dengan suami.

       “Kau ni kenapa hah?  Siapa kau nak suruh aku solat?  Kau ingat kau tu layak ke berimam kan aku hah betina sial!”  Adam bangun dengan pantas dek tidak tahan diganggu lena tangan Kyla masih dikilas walau wanita itu mengaduh sakit.  Bau masam arak menerawang keluar dari dalam wap mulut Adam Rycarl.

       “Sakit abang... tolong lepaskan sayang..” pinta Kyla dengan lirih dan bergetar suara.

       “What?  Say again?  What did you call yourself hah bitch?  Say sayang?” sindir Adam terus menarik tangan Kyla yang masih dia kilaskan itu agar mendekati dengan dirinya.  “Hei perempuan sundal... kau dengar sini ya.. Aku tak layak untuk perempuan macam kau.. kau kena tahu tu!  Jadi jangan nak memandai-mandai panggil aku sayang atau sebut kau tun sayang... sekali aku bagi penyepak melayang!”  tekan Adam Rycarl dengan pantas tangan sama dia kilaskan tangan Kyla menarik telekung yang wanita itu pakai setelah tangan dilepaskan.

      “ALLAH bang.. jangan bang.. jangan buat Kyla begini bang..” desah Kyla kesakitan tatkala rambut dalam telekungnya sakit ditarik kuat oleh sang suami.  Habis terkeluar segala rambut Kyla kini.  Kyla juga tiada lagi wuduknya saat tangannya disentuh Adam.  Adam begitu pantas sekali dalam menarik keluar telekung dari dalam kepala Kyla lalu telekung tersebut dibuat tadahan muntahnya yang berbau masam sekali sebelum dia lemparkan semula ke Kyla.

      Kyla menarik turun telekung dengan pipi yang kebasahan beserta berlumuran muntah suaminya.  Adam seraya menyembam ke atas sofa untuk menyambung lena yang tergendala sekejapan tadi tanpa menghiraukan keadaan Kyla sang isteri.

       Adam terjegil dengan perut pula tanpa alasan memulas-mulas terus bangun langsung berlari ke arah tandas.  Kyla terjelepuk dilanggar Adam.  Kyla risau akan keadaan suaminya itu terus bangun untuk ke arah tandas apatah lagi dia mendengar jeritan Adam Rycarl.

      “ALLAH abang!” pekiknya kelam-kabut menanggalkan telekung.  Subuh terpaksa dia qadha kan.  Kyla berlari ke arah bilik air tanpa ada rasa segan terus menolak pintu lalu tergamam melihat keadaan Adam Rycarl yang terduduk bersebelahan tandas duduk.  Di tepi kaki ada sebuku sabun mandi. 

     “Abang!” pekik Kyla bergegas mendapatkan Adam kerana mahu membantunya untuk bangun semula.  Sebelum itu sabun diambil lalu diletakkan atas bekas sabun.  Kyla terduduk tepi suaminya dengan niat mahu membantu.

     “Aduh!” pekik Kyla betul-betul tergamam apabila kepalanya diketuk dengan kuat oleh Adam.   “Abang apa ni bang? Kenapa abang buat isteri abang begini?  Apa lagi salah Kyla bang?” soal Kyla semakin rapuh kesabaran.

     “Kau memang sengajakan letak sabun atas lantaikan supaya bila aku masuk aku akan terjatuh dan kau boleh tersenyum lebar?” tuduh Adam melulu.  Kyla melopong sungguh tak dia sangka sampai begitu sekali Adam fikir tentang dirinya.  Buruk sangat Kyla di mata lelaki bernama Adam Rycarl.

     “Hoi cakaplah dah bisu pula ke? Atau kau memang nak aku bisukan kau terus?” soal Adam entah kenapa saat matanya terpandang tubuh Kyla yang hanya memakai gaun tidur pada masa telah menaikkan sesuatu yang selama ini tidak dia inginkan.  Apatah lagi minda serta kewarasan telah hilang dek dinodai air minuman kuning berbuih yang entah berapa kali diteguk semasa dia berseronok dalam kelab tadi.  Entah kenapa keinginan yang telah dipuaskan oleh gadis seksi tadi kini menerjah kembali pada Kyla Ernisya.

     Kyla mula terasa sesuatu dari pandangan mata Adam.  Kyla mengengsotkan tubuhnya agar ada jarak di antara mereka.  Adam menyunggingkan senyuman penuh makna hilang sengal di punggungnya.  Adam semakin menaikkan badannya dan sekali pautan tubuh Kyla kini dalam rangkulan.  Kyla meronta bukan cara ini yang dia ingini.

     “Jangan Adam.. jangan Adam!” ancam Kyla meronta-ronta saat wajah lelaki itu mendekati wajah serta lehernya yang sememangnya terlalu terdedah.  Jenuh Kyla menolak serta memukul tubuh Adam tetapi lelaki itu tetap berdegil apatah lagi dia masih dalam keadaan mabuk. 

     “Bukan ini ke yang kau mahu sayang..” bisik Adam Rycarl penuh menggoda. 

     “Tolong Adam bukan begini Dam.. jangan Adam.. Jangan!!”  Kyla memekik apabila Adam menolak tubuhnya sehingga terlentang atas lantai bilik mandi.  Keadaan Kyla yang sebegitu rupa makin membuakkan lagi keinginan Adam. Kyla tiada daya dengan tangan serta mulut terpekup.    Hanya airmata menjadi peneman paling setia Kyla Ernisya.

       Adam terbangun lalu terus terbangun.  Liar memerhati sekeliling.  “Apa aku buat dalam bilik air?” soalnya memegang dahi.  Berkerut kening kerana kepala masih lagi berpusing.  Memang kuat kuasa air kekuningan tersebut kerana yang dia beli itu peraman entah beberapa tahun punya.  Tergeleng-geleng lalu pandang sebelah.  Halkum sekali lagi bergerak melihat rupa Kyla.  Dia cuba mengingati apa yang dah berlaku semalam ternyata sukar.

     Adam memandang Kyla.  Peluh mulai keluar.  Adam pandang pula dirinya.  Agak terkejut kerana selama ini dia jijik untuk bersama dengan perempuan yang sedang terbaring di sebelahnya itu.  Namun entah kenapa saat mata terpandang sesuatu hakmilik terpelihara Adam gelisah.  Baru sahaja Adam mahu memusingkan tubuhnya dan pergi semula ke wanita tersebut ketukan pada pintu berbunyi. 

     Kyla juga turut terbuka dan terjegil matanya tatkala melihat posisi Adam tanpa mengambil kira apa akan terjadi Kyla terus bangun langsung menolak tubuh Adam dan terus keluar dari dalam bilik air sambil menangis teresak-esak dan Adam pula menelan liur sahaja.

      Bibik Elsa baru mahu menyengih terus terbantut melihat rupa Kyla seperti itu.  Kemudian beralih pula pada Adam juga baru keluar.  Berdentum dulang terjatuh manakala Bibik Elsa berlari sambil mengucap panjang.  Adam yang tersedar dari  kesan alkohol yang semakin berkurang  terus menepuk  dahi tatkala mata terjunam bawah.

       Tan Sri Jefri tercengang melihat bibik dia pula berlari bak lipas kudung dan seolah ada hantu di sebelah atas.  “ Kenapa pula ni?  Tadi menantu aku kini bibik pula?”  soalnya seraya memandang arah tangga berpilin kelihatan Adam sedang menuruni tangga tersebut.  Manakala dari arah pintu dah menderu jauh kereta milik Puan Sri Jane keluar entah ke mana bertanya tidak pula mahu cakap.

        Saat Bibik Elsa mahu menuang air kopi ke dalam cawan Adam Rycarl.  Adam sempat menjelingnya sebagai isyarat apa yang bibik itu nampak tadi dirahsiakan dari pengetahuan semua.  Bibik pula terpaksa berbohong pada Tan Sri menyatakan Kyla mahu membantunya memasak makanan Adam hakikatnya Kyla kini sedang menangis di dinding luar dapur. 

        Adam mahu menyenduk bihun untuk mangkuknya terhenti apabila Tan Sri menghulurkan dua tiket penerbangan ke Maldives.  “ Aku mahu kau bawa isteri kau tu ke tempat ini...tiada sebarang bantahan!”  arah Tan Sri Jefri dan kerana dua tiket itulah dia dengan Puan Sri Jane sekali bergaduh.  Jane mahu Adam ikuti dia dan rakan-rakannya ke Tokyo dan Jefri tahu isterinya itu sedang merancang sesuatu apatah lagi Natasha anak kepada Puan Sri Joyah juga tumpang sekaki dalam trip tersebut.

        “Aku tanya ni kau dengar tak?” soal Tan Sri Jefri yang telah menukar bahasa ‘aku’ serta ‘kau’ tiada lagi papa-papa.  Adam kadang-kala harus diberi ajaran sebegitu rupa barulah anak tunggalnya itu faham erti kasih sayang serta sakit hati seorang isteri.  Tan Sri Jefri sudah seringkali mendengar kata cacian Adam terhadap Kyla anak kepada Rose.  Adam tidak ubah seperti Jane bila bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa mahu memikirkan perasaan orang yang menelinga.

           

         

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status