Share

bab 5

KYLA ERNISYA tetap menayangkan tubuhnya yang kelihatan anggun dalam persalinan pengantin putih susu.  Adam nampak dan agak terpesona dengan kejelitaan Kyla walau tubuh itu sudah beranak satu namun kerana ego dia sekadar menjeling sekilas.

       ‘’Encik Adam!’’ panggil si pengusaha butik sambil terlambai-lambai tangannya ke muka Adam Rycarl yang sedari tadi berulit dengan telefon NOKIA ‘sabun’ nya saja.  Sedangkan tujuan ke butik untuk ‘fitting’.

     ‘’Kyla.. you jangan take off dulu baju ya nak ambil gambar atas pelamin baru kami… alang-alang dah berbaju pengantin kan?’’ ujar penjual bernama Maria itu pada Kyla.  Kyla mengangguk lantas menanti Adam menukar pakaiannya pula.

     Kyla tahu Adam terpaksa menemaninya ke butik tapi apa dia kisah.  Mereka bakal berkahwin nanti, tak salah menemaninya ke butik lagipun ada beberapa barang yang Rose mahu Kyla carikan.

     Kyla mengerling ke arah telefon Adam.  Di ambil lantas menekannya untuk melihat mesej siapakah yang bakal suaminya itu asyik melayan.  Kyla tanpa ada rasa takut terus menekan butang aksara pada kekunci telefon, membalas.

     Kyla tahu beberapa nama lagi.  Kyla tanpa pengetahuan kedua ibubapanya curi-curi keluar dari dalam biliknya dengan menuruni tingkap menggunakan simpulan kain cadarnya dari  aras dua rumah sederhana besar mereka untuk pergi ke rumah agam Adam selain mengekorinya. 

      Adam memandang biasan dirinya yang terpacak bertanjak serta sampin berselit keris di pinggang.  Memang sangat kacak Adam.  Sudah tentu meramaikan lagi ‘stok’ gadis-gadis simpanan.

    ‘’Encik Adam..sudah ke?’’ soal Kak Mariah sedikit teruja.  Adam dengan rasa malas menyelak langsir dan tegak berdiri memandang mereka berdua.  Hampir melopong kedua-dua wanita itu memandang kekacakan Adam Rycarl.

     Terutama sekali Kyla.  Kerana itulah dia sanggup menyerahkan segalanya termasuk maruah.   Kak Maria terus bergerak ke arah Adam, Kyla juga sama mengikuti dari belakang.  

    ‘’Terletak je baju ni pada badan awak, Adam.. Mari kita bergambar dahulu..oh iya, ada apa-apa yang perlu diperbaiki tak?’’ soal Kak Maria masih lagi meneliti atas bawah.  Adam sekadar memberikan gelengannya. 

    ‘’Kalau begitu tak mengapalah.  Mari Adam.. Kyla paut lengan Adam ya untuk bergambar ni nanti…’’ arah Kak Maria juga merangkap jurukamera butik tersebut selain mak andam.

     Adam memalingkan wajahnya saat lengan dipaut erat Kyla.  Kyla tetap tersenyum biar hati sakit dengan tingkah Adam.  Jijik sangatkah dirinya?  

      Kak Maria memang sengaja berbuat demikian atas arahan seseorang.  Dia juga berasa kasihan pada Kyla Ernisya dipinggir sebegitu rupa sedangkan wanita ayu itu dah banyak melakukan pengorbanan.

        Bercahaya tatkala lampu flash dari setiap kamera dalam studio itu bernyala setelah menekan butang on dan potret indah di depannya itu bakal menghiasi bukan sahaja pada brochure butik malahan majalah PEREMPUAN.  Ini juga telah diarahkan oleh orang yang sama.

        Kak Mariah teramat yakin sekali semua peminat fanatik CEO Adam Rycarl akan kecewa setelah melihatnya.   

       Kak Maria bergerak ke atas pentas dengan selambanya dia mengangkat  kedua belah tangan Kyla lalu dibawakan ke arah leher Adam yang pada saat itu  berwajah  tanpa sebarang  reaksi langsung dia paut dan satukan kedua belah jemari Kyla tika sudah merangkul leher lelaki itu.

        Kemudian dia dongakkan muka Kyla agar memandang tepat ke wajah Adam.  Setelah yakin posisi mereka berdua cantik dari pelbagai sudut serta dalam kamera Kak Maria turun dari pelamin menapak ke kamera kembali.  Dia tersenyum dari balik lensa kamera sekurang-kurangnya dia sudah cuba membantu pasangan itu mana yang termampu.

      “Lepaskan tangan kau tu, perempuan!” arah Adam tegas sambil menatap tajam Kyla yang dapat dia rasakan bagaikan sengaja mengeratkan lagi rangkulan pada leher.  Kyla buat-buat tidak mendengarinya.  Adam tahu Kyla memang sedang mencabar kesabarannya dengan pantas dia rentap lalu tolak tubuh Kyla menjauh sambil diperhatikan oleh Kak Maria yang tercengang.

     “Adam what’s going on?” Kak Maria terpaksa meninggikan sedikit suaranya kerana sewaktu berlakunya perkara tersebut, Kak Maria sedang mencari sudut paling cantik dan secara tiba-tiba boleh pula Adam menolak Kyla.  Kyla sekadar membuat wajah tanpa reaksi walau jauh di sudut hatinya dia malu.   Begitu juga dengan Kak Maria jika diikutkan plan dia tadi semakin terhasil entah bagaimana Adam Rycarl boleh berbuat begitu pula.  Itu baru di depan Kak Maria jika di hadapan penonton dalam dewan hotel tu nanti?  Tak ke jatuh air muka Kyla?

    “Kak, Adam ke mari dalam keadaan tergesa-gesa akak tahu tak?  Semata-mata nak jaga hati kamu berdua...”  Adam ketika dah membuka segala tengkolok, keris dan sampin terus bersuara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengar.  “Now Adam dah buat apa yang sepatutnya dan Adam rasa tak perlu kot nak bergambar bagai di sini... akak kan banyak lagi model lain so cari jelah!” sahut Adam dengan selamba membaling baju pengantin yang telah dia bukakan itu ke Kyla.  Selepuk menutupi wajah yang terhias indah dengan mekap itu dalam keadaan tidak bersedia.  Kak Maria terkejut lantas menutup mulutnya sungguh inilah pertama kali dia melihat dan berhadapan karenah bakal pengantin paling teruk. 

      Kyla menarik pantas baju lalu dia bagaikan mahu pitam terus terduduk.  Kak Maria menjerit memanggil nama Kyla serta Adam.  Namun Adam sudah jauh melangkah dan bakal mendekati kereta mewahnya.

     “Akak...” lirih Kyla teresak-esak dalam pangkuan Kak Maria. 

     “Sabar sayang.. ingat orang yang bersabar ni banyak ganjarannya..” ujar Kak Maria menenangkan Kyla dengan pelukan serta belaian kecilnya pada bahu wanita tersebut.

     “Kerana Kyla terlalu cintakan Adam...” ujar Kyla lagi.   Kak Maria terangguk-angguk membenarkan luahan tersebut memang itu yang dia nampak selama ini tanpa mereka berdua sedari.  Jauh di sudut hati,  Maria dia benar-benar kasihankan Kyla seandainya wanita itu dia kenali sedari dahulu mungkin nasib Kyla akan berubah.

    

Adam Rycarl terus merebahkan diri atas tempat duduk beralas empuk serta lembut itu dengan menyilang kedua belah tangan ke belakang penyandar bertulis STRIKER.  Wajah tiada manis perlahan-lahan mengendur apabila pintu sebelahnya dibuka oleh seorang wanita berwajah Pan Asia sebelum dia bolos ke dalam.   Sekurang-kurangnya dapat merehatkan mata Adam saat panahan matanya jatuh ke paha putih milik empunya tubuh dengan skirt merah membaluti tubuh.

      “Hai sayang..” sapa gadis jelita seraya menanggalkan kacamata Aviator coklat jernih sebelum telapak tangan lembut miliknya menepuk paha Adam Rycarl. 

       Hampir melorot Kyla ketika terpaksa menjadi penonton drama swasta depan mata.  Sungguh kejam kau Adam Rycarl!

        Bukan sengaja Kak Maria tidak menemani Kyla turun tetapi dia perlu merakam sesuatu.  Dan rakaman tersebut segera dia forward kan kepada si penerima atas arahan dia juga.  “Aku juga kasihankan si Kyla tu.. Umpama melukut di tepi gantang..” sahut Maria sambil menaip mesej di telefon jenama SIEMENS.

         Adam menurunkan kaca jendela sambil melemparkan senyum sindir pada Kyla saat kereta mewahnya melalui di hadapan wanita yang melutut itu.  Manakala gadis jelita di sebelah Adam pula terus melentokkan kepalanya.  Kak Maria semakin kuat membaham bibir sendiri ketika merakam adegan-adegan makan kaki antara Adam Rycarl dan perempuan miang tersebut.

         Kaki Kak Maria tidak jadi menuruni tangga tatkala ada seorang pemuda sedang menghulurkan tangan dan bantuan pada Kyla Ernisya.  Kak Maria mahu jadi pemerhati dahulu seandainya dia tampak mencurigakan Kak Maria akan menyerangnya tanpa kompromi.

         “Thanks for your hand...” ucap Kyla kala dia telah pun tegak berdiri sambil laju jemarinya menyeka lelehan airmata di pipi.  Pemuda tersebut seraya tersenyum dan sempat memperkenalkan diri sebagai Zoey.   Sebelum dia melangkah pergi dengan pantas dia menarik keluar dompet dan membukanya sekeping kad ditarik langsung dihulurkan pada Kyla.  Kyla teragak-agak mahu mengambilnya namun tatkala dia teringatkan jasa lelaki itu tadi dia sudi mengambilnya.

Setiap hembusan nafasmu bagaikan ritma rindu..’

HARI yang Kyla nantikan selama ini telah pun tiba.  Wajah jelitanya semakin terlihat anggun pabila diberi sentuhan mekap artis terkenal kota atas pertolongan rakan sekerjanya.  Kyla semakin sihat semenjak dia bakal berkahwin dan diberi kelonggaran oleh Rose dan Rahim untuk  bekerja semula namun bukan Department sama dengan CEO ADAM RYCARL.  Rose minta pertukaran tersebut pada Tan Sri Jeffri demi kemaslahatan anaknya.

       “Auww.... you look so anggun Kyla!”  puji Jem mekap artis terkenal setelah selesai menyudahkan lakaran masterpiece-nya ke kanvas kosong milik Kyla Ernisya.  Pintu dibuka agak kasar dan dua orang gadis juga jelita dengan persalinan masing-masing berebut untuk asuk ke dalam.  Sengaja sebenarnya sebagai hiburan kerana kedua-duanya tahu kisah kelam pengantin baru dalam bilik itu. 

       “Ya ALLAH Kyla cantik sungguh awak malam ni!  Mesti abang Adam tak berkelip mata kejap lagi..” puji Rina dengan ikhlas.  Tangan sejuk Kyla seraya diangkat lalu digenggam erat.  Rina merupakan sahabat yang paling banyak tahu akan kisah suram Kyla. 

       “Jem apa kata you make over we all pula...”  sahut Lila juga  cuba merancakkan suasana yang makin suram apatah lagi kala matanya terpandang wajah Kyla kian mendung walau mekapnya kelihatan cukup gah.

       “Bisa aja doang.. yang penting ongkosnya lumayan kok..” sengaja Jem buat jenaka kerana dia juga seakan dapat merasai kesedihan yang bakal pengantin itu rasai.  Jem perasan wajah Kyla tiada serinya langsung.  Cuma dia tidak mahu memberi sebarang andaian takut jatuh hukum fitnah pula.

       “Hai Lila takkan kamu sahaja kot? Aku ni lagilah pengapit Kyla..” sanggah Rina buat-buat marah dan memuncungkan bibir.  Kyla cuba memaniskan roman mendungnya dengan tersenyum apabila melihat telatah rakan-rakannya itu.  Walau dalam masa sama,  dia khuatir penerimaan Adam malam nanti.  Dapatkah dia merasainya lagi?

     “Kak Kyla... Abang Adam sekeluarga dah sampai dah tu nak ambil akak..”  celah satu suara yang tiba-tiba terjengol kepalanya.  Rina dan Lila saling berpadangan sedangkan wajah mereka berdua masih belum dihiaskan lagi.  Nak tak nak terpaksalah mereka lupakan hajat itu kerana mereka kenal Adam bagaimana.  Begitu juga dengan Kyla hati makin kuat goncangannya.

      Manakala Jem si mekap artis bersedia untuk pulang tetapi sebelum itu Kyla meminta untuk makan dahulu.  Jem tersenyum dan beredar dari bilik.  Rina dan Lila mengambil barang yang patut mereka bawa ke hotel nanti.

     “Rin, Lila naik dengan Joe ya..” ujar Lila menyengih lebar.  Rina sekadar menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.  Lila dan Joe umpama belangkas memang tak boleh dipisahkan.

     “Kyla ada apa-apa lagi nak dibawa tak?” soal Rina melingaskan mata ke setiap arah bilik pengantin tersebut.  Yang terlihat di mata hanyalah deretan hadiah serta barang hantaran dari pihak Adam.

      “Semua ok Rina.. Rin..” seru Kyla perlahan sambil memegang tangan rakannya itu.

      “Apa dia?” Rina menyoal kembali dalam masa yang sama sempat lagi dia membetulkan letak duduk mahkota kecil bermutiara atas sanggul Kyla.

      “Aku..”  Kyla teragak-agak mahu menyatakannya namun Rina memahami seraya mengenggam seerat mungkin tangan Kyla sebelum bersuara.

       “Kyla.. kau jangan risau aku yakin semua akan ok nanti... jangan risau ok...senyumlah sikit..apa ni hari bahagia wajah sendu..”  ujar Rina berlawak jenaka  menggamit Kyla agar mendekati lalu dengan pantas tubuh itu di dakapnya.  Makin berlinangan air mata Kyla saat diri menerima pelukan tersebut.

       “Ky..”  Kata-kata terhenti setelah melihat adegan tersebut.  Kyla dan Rina melepaskan diri masing-masing sebelum mulai bergerak.  Adam dah mula bising di bawah.

DE MARIA BALLROOM, HOTEL REGENCY.

9.00 PM

KEDUA-DUA pengantin baru diarak menuju ke pelamin yang berada di sebelah atas pentas ballroom tersebut.  Adam Rycarl memang kacak dalam pesalinan Tuxedo hitam dan Kyla Ernisya pula kelihatan anggun jelita dalam persalinan off shoulder white lace dress with tail dan ekor pada hujung kain menyapu lantai.

       Seri Kyla semakin bertambah dengan selitan mawar merah sederhana besar di tepi telinga kanannya.  Riasan di kanvas polosnya pula adalah dari hasil air tangan mekap artis terkenal masa kini Jem atau nama sebenarnya Jamallualail.  Ketika Kyla sedang menapak keliaran mata menyinggah ke satu lagi wajah selain wajah rakannya.  Agak lama juga bola mata Kyla berhenti pada wajah pemuda yang juga sedang memandangnya dari arah meja tepi.

      “Hoi naiklah cepat!” bisik Adam tatkala dia lihat Kyla tiada sebarang pergerakan sedangkan dia jikalau boleh mahu majlis resepsi ni cepat habis.  Adam juga tidak menyedari ada beberapa pasang  mata para kekasih gelapnya sedang memandangnya dengan keadaan makan hati dan ada juga yang tak kisah janji Adam hulurkan duit sudah.

       Berkelipan cahaya flash dari pelbagai jenis kamera para jurugambar.  Termasuklah jurugambar dari setiap media fizikal serta tivi.

        Di tepi pasangan pengantin yang sama cantik sama padan itu berdirinya sebuah kek perkahwinan hadiah dari pihak hotel pada Adam Kyla sebanyak enam lapis.  Lapisan atas berdirinya sepasang patung icing comel berpakaian pengantin.

         Setelah selesai acara memotong kek dan para hadirin di minta makan.  Jurugambar pihak butik meminta agar Adam serta Kyla mengadakan sesi penggambaran romantis dalam kamar pula.  Kyla tersenyum luas kerana ini juga antara keinginannya berlainan pula dengan Adam Rycarl.

       “Kau tak payah nak beria sangat nanti ya.. ingat aku hadap sangat ke nak bergambar dengan perempuan jijik macam kau,hah? Ingat sikit siapa kau tu jangan ingat dara lagi,huh!” sindir Adam membuatkan senyuman Kyla terus terpadam.  Adam senyum kemenangan.

      “Kau tahulah nasib kau malam ni sayang..” sindir Adam lagi.  Dalam masa sama,  ketika berpapasan dengan seorang gadis tak kurang hebatnya tangan Adam sempat memegang tangannya sambil mata kedua bertatapan.  Gadis itu turut tersenyum malam nanti dia akan menati ketibaan Adam di suite-nya.

     

      

      

         

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status