Share

bab 4

‘’HEI perempuan!  Kau ingat kau tu dah cukup bagus ke hah?  Ada hati ya nak bergandingan dengan jutawan muda?’’ sindir satu suara pabila dia telah berjaya merentap tangan Lizzy.  

      Lizzy pada ketika itu sibuk dengan kerjanya  agak tercengang menerima herdikan dari seorang gadis berkacamata hitam dengan di temani jeans ketat serta baju baby T yang hampir menampakkan segala bonjolan dada.

      ‘’Er.. by the way ..who are you tiba-tiba saja datang menengking I?’’ soal Lizzy acuh tak acuh disebabkan kesibukan melaksanakan tugas hakikinya.  Pada masa sama sempat juga dia mengerling sekilas wajah jelita tetapi kelat si penegur.

      ‘’Sophea..  Malaysia  Top Model..  takkan you tak kenal?’’  Sophea Erin menyindir Lizzy yang pada pandangannya buat-buat tidak mengenali akan dirinya.   Lizzy sekadar menghadiahkan gadis berlagak itu herotan bibir.

     ‘’Hurm...kalau tak ada perkara penting I think you can go now because i’ve got work to do ...too many work ...herm..’’  Lizzy menyahut malas dan terus bergerak ke depan mendekati mesin cetak membiarkan Sophea terkebil di tepi kubikel. 

     ‘’Maman ni betullah siap kau nanti..’’ bebel Lizzy berang dengan ‘jaga’ pejabat  kerana terlalu mudah  membenarkan orang  bukan staf pejabat datang waktu begini.   

      Sophea Erin juga menapak ke arah Lizzy.  Amarah masih membekas di dada.  Dia perlu diberi amaran agar jangan cuba mendampingi Adam Rycarl jika mahu selamat.  Sophea tidak akan teragak-agak mengupah orang untuk mengugut malahan membunuh.

      ‘’Hei,  you listen here… jangan berani lagi kau keluar dengan Adam Rycarl… dia bakal jadi suami aku… kau ingat wajah aku kerana wajah ini jugalah yang kau akan hadap sekiranya kau degil!’’  tempelak Sophea menarik semula tangan Lizzy sehingga bertaburan kertas-kertas percetakan betul-betul di tepi kaki model terkenal tersebut.

      Sophea nampak sambil menyunggingkan senyuman dia terus memijak dan melenyek-lenyek permukaan kertas berukuran A4 sehingga berlubang.  Manakan tidak berlubang kasut yang dia kenakan pada tengahari itu, stiletto.

      ‘’Hei,  berani sungguh kau ya perempuan buat kacau dalam pejabat orang!’’ herdik Lizzy betul marah sudahlah kertas dalam mesin cetak habis,  nanti menyusahkan dia lagi untuk membeli.  Tanpa berlengah lagi,  Lizzy mengangkat gagang telefon serta mendail sepantas mungkin.

       ‘’Helo security datang atas segera ada orang gila buat kacau….cepat!’’ tempik Lizzy berlakon sebenarnya sambil di jeling tajam oleh Sophea.  Hati panas makin membara apatah lagi Lizzy sewenangnya memanggil dia perempuan gila!

      ‘’Hei..wait ...bukankah you girl yang?’’ soal Lizzy lalu terhenti pabila menerima senyuman kemenangan Sophea.  Lizzy mengangguk sendiri dari senyuman itu dah menyakinkan dia bahawa perempuan gila inilah penyebab dia terjun ke dalam kolam renang tempohari!

      ‘’Ya, ada apa?’’ soal Maman merangkap pengawal keselamatan hadir dalam mengah kerana berlari.  Dia pada waktu sedang memantau bangunan bawah.  Dalam dia tertunduk sempat lagi mata nakalnya memerhati betis dan paha putih milik perempuan di sebelah Lizzy.

     ‘’Hoi, kau tengok apa Man?  Cepat bawa keluar perempuan gila ni...tengok apa dia dah buat… habis berselerak..’’ sindir Lizzy kali ini giliran dia pula.  Lizzy pasti akan kenakan semula Sophea habis-habisan.

      Maman masih lagi menganga sambil memandang Sophea dengan lama.  Dia amat terkejut melihat wajah tersebut  tatkala Sophea menanggalkan kacamatanya.  Sophea model terkenal tu.  Adik kepada model Azura, deskripsi lelaki itu yang seringkali membacaa majalah GLAM.  

       Dan kini adiknya pula mendominasi carta model Malaysia dan antarabangsa terkenal 2000.  

   

     ‘’Habis dah?  Aku tahu kau suka majalah model.. Tapi sekarang aku sibuk ni..boleh ke tidak kau halau je model kesayangan kau ni keluar..’’ sindir Lizzy menyebabkan Sophea memakai semula kacamata hitam dan melangkah sambil menolak tubuh Maman.

     ‘’Hah kenapa tak ikut?  Tak nak tandatangan dia ke?  Nama je model terbaik 2000 tapi perangai langsung tak melambangkan apa yang dia ucapkan masa ambil trofi dalam tivi,huh…’’ sela Lizzy terus menunduk dan mengutip semula kertas atas lantai,   dengan harapan  masih  ada lagi  kertas  boleh dikepilkan semula dalam fail.   

    ‘’Oh my goodness hey boy what are you doing here?  Ke kau nak tolong aku kutip semua kertas ni.. boleh jer…’’  Lizzy sengaja bertempik untuk meleraikan ikatan lamunan pengawal keselamatan tersebut.

    Maman tersengih bak kerang busuk sambil tertunduk-tunduk dia membuka langkah manakala Sophea entah ke mana halanya.  Lizzy menepuk dahi lalu merenung jam tangan, mengeluh kerana dah terlewat untuk menemui Adam Rycarl di cafe yang biasa mereka pergi.

     

CAFE…

KYLA ERNISHA tetap melangkah walau hati keberatan gusar ditepis lagi oleh Adam Rycarl.         

      ‘’Biar   berkali aku ditolak aku tetap menunggu mu…’’bisiknya dengan ungkapan sama setiap kali mahu berdepan dengan jejaka tampan berkenaan.  

      Adam Rycarl masih leka menyisip minuman kopi.  Client yang papanya minta jumpa masih tidak nampak walau bayang.  Dah berapa kali jam ditenung sambil- sambil dia memandang ke arah luar cafe melalui kaca jendela.

      Di saat mata masih terpaku pameran luar, ada seorang gadis menarik kacamatanya.  ‘’Adam Rycarl…’’ serunya perlahan sambil tersenyum mesra,  Adam terdengar lantas menoleh.  

      Jeda..

      Adam jenuh menilik wanita di hadapannya itu.  Atas membawa ke bawah.  Ya, dia memang anggun dengan potongan rambut bob cut membuatkan wajah bujur tetapi kecilnya itu makin comel laksana barbie.

       Tetapi siapakah dia?

        Kyla melambai-lambaikan tangannya agar Adam keluar dari alam lamunan.  Adam tersedar lalu menggelengkan kepalanya.  ‘’Siapa awak?  Is it we already meet before?’’ soal Adam serius.

         Kyla tersenyum lagi.  Dia yakin dengan perubahan seratus persen yang telah dia lakukan inilah menyebabkan Adam tidak mengenalinya  walau seinci.

        ‘’Awak Adam Rycarl CEO RYCARL AND JEFRY COMPANY LMT?’’ soal Kyla melabuhkan punggung walau tiada sebarang pelawaan dari Adam.  

        ‘’Sekejap...kenapa suara awak macam saya pernah dengar sebelum ini ya?  Kita pernah berjumpa ke sebelum ini?’’ soal Adam makin teruja mahu mengenali identiti sebenar wanita anggun di depannya itu.

       ‘’Terlalu lama kita tak bersua kan?  Sampai abang lupakan siapa saya?’’ soal Kyla seakan cuba menarik tali.  Berkerut dahi Adam kini.  Memang Adam seperti pernah mengenali perempuan jelita ini tetapi dia kurang berkeyakinan.

         

‘Adakah ini?’ bisiknya pada hati.   Adam tersenyum sambil mengerling jendela mahu menafikan segala apa yang terlintas di benak.  Setiap perilaku lelaki itu Kyla sedang membacanya.

         Kyla memang gembira setelah mendengar berita kedua ibubapanya itu tetapi tetap terselit rasa curiga mana mungkin terlalu mudah Adam Rycarl menerima dirinya sebegitu tanpa ada sebab yang kukuh.

       ‘’Adam… Adam tentu kenal benda ni kan?’’ soal Kyla menolak seutas rantai kaki dengan loket beraksara AK ke arah tangan Adam Rycarl.  Dan Adam kembali memandang Kyla sebelum dia talakan pula mukanya ke bawah dan tertancap tajam pada rantai kaki tersebut.  

       Gulp!

      ‘’Adam.. kenapa membisu?  I really sure that you recognize it, right?’’  Kyla sambil tersenyum melirik menebak apa yang terpasang dalam pita pemikiran Adam Rycarl.

     ‘’No!  I tak kenal you and I tak apa benda merepek yang you bagi pada I?’’ Adam laju menyanggah langsung menolak kembali rantai tersebut ke arah Kyla.  Bohonglah jika hatikecil Kyla tidak tercuit dengan penolakan Adam.

      Namun Kyla tersenyum semula lantas membuka clutch bag dan wajah tertunduk seketika saat tangan ralit memunggah barang dalamnya. Kyla menarik keluar foto kecil dan kad perkahwinan sebelum itu mengerling sejenak wajah tampan yang teramat dia rindui itu sebelum menghulurkan barangan tersebut kepada Adam yang makin tidak keruan.

     ‘’Saya pasti Encik Adam Raycarl Tan Sri Jefri akan lebih ingat lagi pada saya setelah melihat gambar itu…’’ sindir Kyla pada anak jutawan terkenal bandar metropolis itu.

     ‘’Saya ingat se...mua… tentang you,sayang...harum tubuhmu….pewangi kesukaanmu HUGO BOSS.. tentang layanan you pada I dahulu… And tak lupa juga pada kelajuan kereta  JAGUAR you, sayang…’’

      Menggeletar tangan Adam bingkas bangun lalu mencampakkan barang yang Kyla hulur padanya tadi ke muka wanita anggun tersebut.  Kini baru dia kenal siapakah perempuan anggun di hadapannya itu.

     ‘’Aku dah bersetuju untuk berkahwin dengan kau pun dah cukup bagus!  So what do you want lagi,hah?  Bitch!’’  maki Adam menyebabkan Kyla juga turut bangun sambil menancap tajam padanya.

    ‘’Kalau kau nak tahu semenjak keluarga miskin kau itu datang dalam rumah agam aku, hati aku menjadi runsing kembali.. Kau nak tahu sebab apa?  Sebab aku terpaksa hadap semula wajah-wajah yang dah lama aku buang.. Apa tak cukup lagi ke wang aku selama ini hah,perempuan tak guna!’’

      Kyla sedang menahan asakan larva amarah yang bila-bila masa sahaja pasti akan muntahkan laharnya.  Kyla sekadar mengutip kembali semua barang yang dia bagi tadi lalu dimasukkan kembali ke dalam tas tangan sebelum dia letakkan sekeping kad perkahwinan bertulis ADAM RYCARL DAN KYLA ERNISYA atas meja.

      Tiada sebarang kata Kyla tinggalkan pada Adam.  Biar lelaki itu terseksa.  Bagi Kyla, Adam Rycarl memang akan jatuh ke dalam genggaman jua.  Dia akan pastikan lelaki akan jatuh cinta padanya kembali.

     

        

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status