Share

BAB 3

TAN SRI JEFRI meminta supaya Adam Rycarl tidak naik atas dahulu kerana mereka ada tetamu.  Adam kenal siapakah tetamu itu oleh sebab itulah hatinya liat mahu bersama mereka.  Disaat Adam mahu duduk,  sempat matanya mengerling ke arah mamanya yang sedang menusuk satu jelingan.

      Rose dan Rahim cuba tersenyum biarpun dalam hati keduanya tiada hanya ALLAH SWT tahu betapa remuk-redamnya hati ketika telinga mendengar penolakan Adam terhadap anak mereka, Kyla.

      Puan Sri Jane sebenarnya kurang suka jika Adam bersama dengan Kyla.  Bagi wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri itu menganggap Kyla terlalu kekampungan tidak seperti yang lain.  Dan dia juga menyetujui sekiranya pertalian yang Rose mahu sambungkan itu terputus selamanya.

      ‘Aku takkan benarkan kau sambungkan pertalian ini,Rose… Aku tak perlu darah daging kau ada dalam keluarga aku.  Aku jijik!’  bisik hatinya nan hitam sambil merenung tajam ke arah tampang wajah Rahim.  Rahim sedar namun dia berbuat tidak tahu saja.

       Setelah Mak Cah menghidangkan minuman petang dan berlalu pergi.  Tan Sri Jefri mempelawa tetamunya itu minum dahulu sebelum memulakan perbincangan.  Begitu juga dengan anak serta isterinya yang berwajah tanpa reaksi.

       Dalam rasa penuh segan kerana direnung tajam oleh ibu serta anak, pasangan yang merupakan ibubapa Kyla mengangkat cangkir minuman lalu mencicipnya sedikit sebelum diletakkan semula atas pelapiknya dengan berhati-hati maklumlah cawan mahal…

       ‘’Baiklah… Boleh kita mulakan sekarang?’’  soal Tan Sri Jeffri sambil memandang sayu ke arah Rose.  Dan kedua pasangan itu mengangguk.  Adam pula makin gelisah.  Cuak juga kerana dia kenal ketegasan hati papanya itu.

       ‘’Adam…’’ seru satu suara yang serak manja dari arah muka pintu.      Puan Sri Jane mengherotkan senyumannya tatkala mata terpandang susuk tubuh berpakaian singkat yang tanpa dipelawa berjalan masuk dan terus duduk  atas penyandar tangan bersebelahan dengan Adam Rycarl.  

        Adam pula menarik tali lehernya kegelisahan.  Apa pula bala kali ini?

         Rose serta Rahim saling berpandangan sesama sendiri apatah lagi gadi berpenampilan seksi itu tanpa ada rasa segan berada bersama mereka.  

       ‘’Adam…’’ panggil Tan Sri Jefri.  Adam terangguk kerana memahami akan maksud pada panggilan tersebut, dia pantas bangun seraya menarik tangan gadis seksi yang membuat bising tanpa mahu memandangnya.

        Puan Sri Jane pula menarik muka.  Tadi dia sedikit lega tapi kini galau semula.  ‘’Rose, Rahim maafkan saya apa yang telah berlaku tadi tu.. saya memang tak tahu tiba-tiba je dia masuk’’ terang Tan Sri Jefri malu.

        ‘’Tak mengapalah Tan Sri..’’

        ‘’Dah berkali jumpa pun masih nak panggil begitu?  Jeff saja cukup Rahim…’’  ujar Tan Sri Jefri dalam masa sama mengerling Rose tanpa Rahim sedar.

         Rose melarikan pandangannya lalu terjatuh pula ke tancapan tajam Jane.  Rose menunduk menekur permaidani.

        ‘’Jadi bagaimana sekarang?  Aku tak kisah mereka disatukan…’’ terang Tan Sri Jefri tahu cerita antara Kyla dan Adam Rycarl.  Sekilas dia palingkan wajahnya ke arah si isteri yang tiada manis wajahnya.  Dia tahu Jane tidak bersetuju tetapi isterinya itu tak tahu cerita.

       ‘’Rose tetap mahu mereka disatukan dalam masa terdekat ni, Jef..’’ celah Rose selamba memanggil dengan nama itu walau Jane menjeling padanya.  Bagi Rose tiada apa yang penting selain kebahagiaan Kyla.

       ‘’No I tak bersetuju sayang!’’ sanggah Puan Sri Jane sambil menghempaskan kipas yang sentiasa berada dalam tangan ke atas meja.  Rahim memandang Jane, Jane tersenyum sinis.

       Dalam masa sama…

      ‘’I said what?’’ tekan Adam lagi.  Ryana tergeleng-geleng sambil memegang perut.  Laju dia bergerak mendekati Adam kerana mahu memaut lengan sasa itu sekali lagi.  Dia takkan mudah menyerah kalah kerana dia yakin lelaki seperti  Adam mudah tunduk pada perempuan jika kena pada cara.

     ‘’Tapi ini our baby darling… Takkan you tergamak nak buangnya..’’ tekan Ryana sengaja melirihkan suara agar ego Adam luruh sedikit.  Ryana sebenarnya tidak kisah andai kandungan yang entah kali berapa ini digugurkan tapi dia ada tujuan.  

       Ryana tak mahu melepaskan Adam Rycarl bukan sahaja kerana lelaki kacak berkenaan lubuk duit tapi Adam juga akan menjadi penyelamatnya nanti.  Hutangnya pada David si ceti haram bagaikan gunung Ledang.

        Mana Ryana nak korek duit jika tak dari Adam bermodalkan pujuk rayu serta tubuh mungilnya.   

         ‘Tak… tak boleh..’ bisik Ryana sekali lagi cuba memaut tangan Adam setelah menerima tepisan.    

        ‘’Adam!  Papa nak cakap sebentar..’’ satu suara mencelah di tengah perbalahan mereka berdua membuatkan Ryana tambah masam muka.  Adam sedikit lega, nasib papanya datang menyelamat.  

         ‘’Ryana awak baliklah dulu biar papa selesaikan..’’ ujar Tan Sri Jefri yang sentiasa sebut dirinya sebagai papa pada setiap perempuan yang datang mencari Adam Rycarl.

        ‘’Adam… Kau ni apa nak jadi?  Jangan ingat papa tak tahu kisah Kyla.. Dia tertekan kerana Adam, Adam tahu tak!’’ sela Tan Sri Jefri merubahkan semula airmuka Adam Rycarl.

       ‘’Apa maksud papa?  Kyla?  Siapa Kyla?’’ soal Adam buat-buat tak kenal pada nama Kyla.   Liar matanya memandang hadapan terutama sekali pada orangtua Kyla. 

       ‘Tak guna betullah!’ bentaknya sendirian sambil menjeling ke arah Rose.  

       ‘’Mana anak yang Kyla lahirkan tu?’’  bagaikan terhempap batu keras Adam tercengang mendengarkannya.   Adam mulai berpeluh sungguh dia tak menyangka sejauh itu papanya boleh tahu.  Dan dia cukup yakin  orangtua Kyla  beritahu.

      ‘’Bukan mereka yang bagitahu papa, Dam… Tapi papa pasang spy’’  terang Tan Sri Jefri tenang sambil berpeluk tubuh.

      ‘’What papa?’’

      ‘’Tak perlu nak what  sangat, Dam… Papa tanya Adam masih tak nak jawab..’’ sahut Tan Sri Jefri sambil memandang gelagat tak senang duduk anak tunggalnya. 

       ‘’Adam… Adam..’’

       “Adam apa?’’ sahut Tan Sri Jefri menggelengkan kepalanya.  Ikutkan pada hati memang dia mahu nikahkan Adam dengan Kyla hari tu juga..

       ‘’Sampai hati kamu buat dia begitu?  Kalaulah papa tahu akan jadi begini papa takkan ambil dia sebagai PA kamu, Dam… Mana sifat perikemanusiaan mu?  Apa kamu dah buat pada anak kamu, Adam?’’ soal Tan Sri Jefri semakin menekan walau dia tahu anaknya juga tertekan.

        Di ruang tamu..

       ‘’Huh… ada hati nak ada pertalian dengan keluarga aku?’’ Akhirnya kebisuan mereka bertiga dipecahkan juga oleh Puan Sri Jane, bagi dia selagi tak luahkan apa yang dia rasakan itu hati tak senang dan kini baru dia merasa lega.

      ‘’Jane, aku…’’ sahut Rahim namun tidak sempat dia habiskan patah ayat terus dicelah si isteri.  

      Jane sekadar tersenyum penuh kesinisan.  Dendam lama tak mungkin pudar..

      ‘’Anak awak telah musnahkan masa depan anak kami, Jane.  Takkan kami nak diam sahaja.  Kyla terseksa awak tahu?  Saya tak minta banyak, Jane… Cukuplah sekadar pernikahan..’’

        Jane tersenyum mengejek.  ‘’Tahu pun nak tutup malu?’’ sindirnya tanpa menyedari dirinya juga disaluti perkataan tersebut.

       ‘’Minggu depan kamu bawalah rombongan..’’ sahut Tan Sri Jeffri dan di sebelah belakangnya pula Adam Rycarl.  Puan Sri Jane merenung muka kedua-duanya sambil mendengus ketidakpuasan hati.

        Rose dan Rahim pula menarik nafas lega.  Rose sempat merenung wajah Tan Sri Jefri dan lelaki itu juga mengangguk.  Adam Rycarl tiada jalan lain kerana ada rahsia yang terpaksa dia pohon pada papanya agar dirahsiakan dari pengetahuan semua.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status