Share

bab 2

JAUH kau termenung?" soal satu suara muncul dari arah belakang.  Bunyi keriut pintu dan derapan tapak kasut sedang melangkah tiada sedikit pun membuatkan lelaki yang masih lagi ralit memerhati pemandangan kota raya dari balik jendela cermin itu berpusing badan.   

        ‘’Adam, kau dengar tak? Adam Rycarl 

Im talking to you!"  Ton suara terpaksa susuk tubuh yang baru masuk itu pertegaskan kerana kata-katanya tadi bagaikan bercakap di angin lalu.   

       ‘’Hah? Papa. Sorry Adam tak sedar.

Bila papa masuk?"  Adam terkejut lantas mengalihkan posisi tubuh dari menghadap jendela cermin tinggi ke arah susuk tubuh yang telah pun duduk.

      "Huh! Adam…  Adam.... kalau perompak masuk sekalipun kau takkan sedar.  Kenapa dengan you ni Mr Adam Rycarl?’’ soal susuk tubuh yang Adam panggil papa itu seakan menyindir.

    ‘’Semenjak balik sini, tak pernah sekali pun papa tengok Adam seceria dahulu.  Ada sesuatu yang sedang mengacau fikiran ke?  Atau Adam teringatkan seseorang.. dari masa lalu..’’

    ‘’Enough papa don’t ever mention that again.. I dun wanna to hear that!’’  Adam terus menyanggah membuatkan patah perkataan yang meluncur laju itu tersekat di pertengahan ucapan.  

   ‘’Adam still jetlag." dalih Adam Rycarl tersenyum lalu mengalihkan tubuhnya kembali menghadap cermin.   Tan Sri Jefri tahu ada yang tidak kena pada anak tunggalnya.  Dalam diam dia cukup Adam masih teringatkan Kayla..

   Tok tok tok!

    ‘’Masuk!" arah Adam  Rycarl yang telah berpaling semula ke arah pintu.   Manakala  Tan Sri  Jeffri pula tidak jadi untuk meluahkan hasratnya itu kerana mahu beri laluan pada seseorang yang ingin masuk ke bilik itu sekarang.

    ‘’Yes, Ivy anything?’’  Adam terus menyoal apabila pembantu peribadinya itu terjengah kepalanya.  Terkedek-kedek gadis kacukan baba nyonya itu melangkah mendekati meja.  Sempat juga dia melemparkan senyuman pada Tan Sri Jeffri sebelum dia menghulurkan beberapa keping fail yang harus ditandatangani dengan seberapa segera.

     ‘’Ini ada beberapa lagi dokumen yang perlu tandatangan dari boss..’’ ujarnya dengan melembutkan tona suaranya.  Tanpa gadis berpakaian korporat tapi seksi sedari,  Tan Sri Jeffri sedang memerhati gelagatnya.  Dan lelaki separuh baya tetapi kacak itu tersenyum sinis.

     Tan Sri Jeffri bukannya tidak tahu ramai staf syarikat terjatuh cinta pada anaknya itu.  Siapa yang tidak mahu bercinta dengan CEO kacak dan bergaya seperti Adam Rycarl.  

      Ini termasuklah Kyla…

      Lelaki itu tahu apa yang Adam Rycarl tidak tahu,  kisah silamnya yang kelam juga Tan Sri Jeffri tahu.  Cuma yang menjadi persoalan sampai bila anaknya itu mahu menyimpan rahsia tersebut dari pengetahuan dia serta mamanya.

       ‘Kyla… di mana gadis itu pergi?’  terdetak lagi soalan ini dalam sanubari Tan Sri Jeffri pengarah terbesar dalam syarikat yang Adam Rycarl kelolakan itu.

      ‘’Ehem!’’ Adam terpaksa terpaksa menguatkan dehemannya supaya Ivy kembali semula ke dunia nyata.  Ivy yang termalu tersenyum-senyum sambil mengambil huluran fail dari tangan CEO pujaan hatinya itu.

     ‘’Ramai sungguh peminat Adam ya?  Dah boleh buka kelab peminat’’ ujar Tan Sri Jeffri apabila Ivy telah pun keluar dari dalam bilik itu.  Lelaki separuh baya itu kembali merenung anaknya lama.

     ‘’Kenapa papa pandang macam nak telan Adam je?’’ soal Adam berasa pelik.  Pen diambil semula kerana sambil mereka bersembang, Adam mahu menyiapkan kerjanya yang tertangguh.

      ‘’Tak ada apa-apa… Bila ya mama dengan papa nak rasa nasi minyak?’’ 

      ‘’Patutlah… Rupanya ada soalan cepucemas..’’

     ‘’Tak salahkan… Atau Adam masih…’’

      ‘’Papa.. please im begging you pa… Adam tahu papa tahu segalanya tapi tolong pa.. Adam tak mahu sampai mama tahu…’’ rayu Adam Rycarl.  

     ‘’Tapi sampai bila Adam nak hidup begini?  Adam tak kasihankan mama ke?  Adam tahukan mama terlalu inginkan cucu..’’

      Mendengar sahaja perkataan ‘cucu’  Adam semakin diasak gelisah.  Memang dia masih teringatkan kisah silamnya dan… 

      Ivy masih lagi menyengih di dalam kubikelnya nasiblah kubikel tersebut berjauhan dari staf lain, jika tidak tentu akan menjadi hebahan.  Berita seperti ini laju sahaja menularnya.

    ‘’Oh Adam…’’ bisiknya sambil membayangkan wajah kacak boss nya itu.  Dan apa yang akan dia lakukan satu peluang keemasan dan tak mungkin dia mahu lepaskannya.  Hanya gadis dungu yang sanggup.  

    ‘’But not me..’’ bisik Ivy lagi sebelum dia capai semula  bekas bulat berisi bedak kompek dan dibukakan untuk merenung keadaan mekap terutama sekali gincunya yang berminyak kerana sapuan lip gloss.

       Sempat lagi gadis berpakaian sut pejabat seksi itu memegang tangan sasa Adam ketika dia mahu mengambil huluran fail dari CEO kacak rebutan ramai tersebut.  Masih terasa lagi kehangatannya.  

  Sementara itu di kamar CEO ADAM RYCARL,

     "Adam, papa tak suka Adam begini.  Sampai bila Dam?  Sampai bila kami nak tunggu?  Adam… Kau pun tahukan umur kamu berapa?  Adam...carilah sebelum kami berdua ni menutup mata…’’ pinta Tan Sri Jeffri melirih.   

      Adam Rycarl dari menyenggetkan senyuman langsung membeku.  Entah kenapa ayat terakhir papanya itu meninggalkan tapak dalam petak hati.

**********

LIZZY  telah ditutupkan matanya sambil dipimpin oleh Adam Rycarl untuk menuju ke meja yang dari jauh telah terhias cantik.  Lizzy cukup menawan dalam maxi labuh terdedah separuh di bahagian belakang warna merah ketatnya.  Terserlah leher jinjangnya  dikelilingi rantai mutiara kerana rambutnya ikal bersanggul rapi.

       Apatah lagi dengan kehadiran CEO terkenal bernama Adam Rycarl menambahkan lagi jumlah mata-mata yang mencuri pandang sambil berbisik antara satu sama lain.  Siapa tak bangga dapat keluar candle light dinner dengan lelaki idaman para wanita di luar sana.

     Susuk tubuh dengan dress  sendat paras paha tersebut tidak jadi mahu menyambung langkahnya tika panah matanya jatuh tepat ke arah sepasang kekasih yang bergelak ketawa tersebut.

      Tajam menikam matanya melekat pada tampang wajah milik Adam Rycarl serta perempuan perampas bersebelahannya itu.  Susuk tubuh itu bukan sekadar menjeling rakus pada raut Adam dan gadis yang pada pandangannnya tidak cantik itu,  malahan dia menarik bibirnya mencebir kejelikkan.

    "Tak guna, patutlah kau tak nak jawab panggilan  aku… rupa-rupanya kau menggatal dengan betina dari ceruk mana tu ya?’’ cemuhnya tersenyum senget seraya mengambil beberapa keping gambar menggunakan telefon Nokia ‘Butterfly’ nya.

     Wajah cemberutnya tidak lama setelah minda bijaknya terpikirkan sesuatu.  

      Adam baru sahaja melabuhkan punggungnya atas kerusi, poket seluar jeans Lee Cooper miliknya bergetar.  Perlahan-lahan dia menarik keluar telefon dari dalam poket, nasiblah tidak keluar lagu When your eyes say it dari Britney Spears tak keluar kerana semasa menanti kekasih yang tidak diketahui nombor berapanya itu turun dari kondo, dia telah set kan pada vibrate.

      Berkerut kening kala mata merenung hantaran gambar dari seseorang.  Dia mendongak seraya mencari namun kehampaan kerana pelanggan yang ada di kawasan berdekatan semakin ramai.   

     ‘Aku tahu dia ada dekat-dekat sini..’ bisik Adam masih tidak berpuas hati.

     ‘’You!!’’  Lizzy terpaksa menjerit setelah tangan penat untuk melambai ke arah Adam Rycarl.  Adam dengan pantas menyimpan kembali telefon pintar ke poket belakang sambil melemparkan senyuman untuk meredakan ketegangan pada roman wajah Lizzy.

     ‘’You ni kenapa?  Bukankah kita datang sini nak celebrate kejayaan I?  You  ada apa-apa nak share dengan I ke sayang?’’ Lizzy menyoal sambil tangan memanjang lalu menyentuh tangan Adam Rycarl.  Makin membulat mata si pemerhati kala tertancap pada tindakan gadis berketurunan Cina itu.

    ‘’Er.. nothing… come we celebrate it’’ nafi Adam Rycarl seraya memegang langsung membuka penutup botol tinggi warna hijau yang terkandung   cecair kekuningan sebelum dia tuangkan sedikit ke dalam gelas Lizzy dan kemudian ke dalam gelasnya.  

    ‘’Cheers sayang…’’ ujar Adam mengangkat gelas berkaki tirus tersebut diikuti dengan Lizzy sebelum lengan mereka berdua silangkan supaya gelas yang dipegang terhala ke mulut pasangan bukannya diri sendiri.

     Boleh dikatakan restoran mewah antarabangsa tersebut seringkali menjadi tempat pertemuan atau makan malam dengan berlainan pasangan tanpa ada yang sedar.  Tetapi dia silap, sebagai usahawan yang dikenali, banyak  ‘mata-mata’ menginginkan  berita sensasi dirinya terutama paparazzi.

      Sedang Adam mahu menyuap sudu yang telah dia isikan sedikit potongan daging stik bakar ke mulut pasangannya,  matanya teralih ke arah satu wajah yang leka menentang tujahan  panahan mata Adam.   Adam menelan liur sambil diperhatikan oleh Lizzy, bukannya gadis jelita tersebut tidak nampak pergerakan yang berlaku  di saluran  trakea walau dari luar rengkungan.

     ‘’You…’’  seru Lizzy masih cuba pertahankan amarah.

     ‘’You..’’  panggilnya lagi namun tahap ketegasan pada suaranya makin tinggi dua oktaf.   Kembang sedikit hidungnya menahan ledakan asap serta bahang dalam dada.

     ‘’Hey  you! What’s going on hah?  Dari tadi I’ve been watching you! Kita balik  putus selera I kalau begini.  Kita balik!  Now!’’  Lizzy menempelak dengan suara makin meninggi tanpa dia hiraukan pada pandangan orang sekeliling.

     ‘’Tapi sayang...bukankah kita belum full celebrate?’’ Adam terkebil-kebil menyoal sambil memegang sudu.  Potongan daging terjatuh atas napkin pun tidak dia sedar apabila terpaksa berdepan dengan amarah gadis cina tersebut.

     ‘’I said now!!’’ petir amarah Lizzy sememangnya dah meledak ke seluruh tubuhnya.  Spontan dia membalingkan napkin yang telah diperonyokkan itu ke muka Adam Rycarl.   Terdengar beberapa suara bisikan serta flash kamera..

       Dengan senyuman melebar dia bangun lalu mengikuti tubuh Lizzy.  Disebabkan jarak mereka agak jauh dari kolam sengaja dia menapak selaju kilat dan cuba berada di tepi sebelah kiri gadis anggun tersebut agar mudah kerja dia nanti.

       Kecebur!  

       Splash!

      ‘’Hey you witch!’’ jerit Lizzy kebasahan sambil meraup-raup mukanya yang telah dinodai oleh air kolam renang.  Tiada lagi mascara jauh sekali sanggul, habis serabai.  Hati mendongkol dengan teriakan serta siulan para pelanggan.  Bukannya nak tolong!

      Adam Rycarl memang dijerut malu tapi apakan dayanya.  Takkan dia mahu masuk sekali ke dalam kolam itu kot?

      Adam nampak seseorang dan dia terus berlari dan membiarkan Lizzy semakin meroyan dalam kolam.  Adam seakan dapat rasakan apa yang telah berlaku ini adalah dari perbuatan si dia.

     ‘’Tunggu dulu!’’ tegas Adam berjaya menangkap tangan wanita berkacamata hitam yang baru membuka pintu kereta.   Wanita itu juga berpaling sambil tersenyum sinis, dia tahu apa tujuan Adam memburunya sampai ke kawasan parkir.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status