Share

SEDETIK NAFAS BERLALU...(  BAHASA MALAYSIA)
SEDETIK NAFAS BERLALU...( BAHASA MALAYSIA)
Author: ALISSA ALEE

BAB 1

BIBIR dikebam dengan begitu rapat, jemari pula menggenggam hujung bantal sekuat yang mungkin dalam menahan kesakitan tatkala air ketuban pecah diikuti bukaan yang terbuka. 

   Dirinya tidak seperti pasangan yang lain, masuk ke dalam wad dengan ditemani pasangan.  Tetapi,  dia hanya bersendirian dalam menghadapi perjuangan tersebut.   Sedih memang terlalu sedih…

    Sementara itu,  susuk tubuh lengkap berseragam korporat itu hanya  duduk sambil bersilang kaki  dan mata menatap skrin pada permukaan telefon pintar dibangku menunggu.  Tiada sedikit pun riak resah yang terlukis pada roman tegang tersebut.   

    Yang pasti sedari mereka datang, kerlingan matanya tidak habis-habis memandang jam pada dinding, lampu bilik operasi dan kembali pada jam di pergelangan tangannya pula.

Bilik Operasi,

"I said push .. You push ok" arah doktor sambil memandang ke arah bawah selakan kain gaun bersalin wanita tersebut.  Masing-masing diasak resah terutama doktor penyambut bayi kerana mengikut perkiraannya wanita ini telah melewati jangkaan masa lahirnya.

    Tiada kata yang mampu dia luahkan lagi.   Hanya lelehan airmata sebagai peneman setianya dalam bilik dingin tersebut.  Dia takut terlalu takut namun apakan dayanya lagi…       

   ‘Kesakitan yang aku alami ini, tidak sesakit jiwa ini…’  desis hatinya sambil berpaling ke arah pintu.  Dia masih menanti lelaki itu masuk ke dalam dan memberi kata-kata semangat padanya.

    ‘’I said push…’’  arah doktor tanpa mendongak kerana dia terpaksa melihat bukaan yang masih lagi tidak terbuka dengan luas sedangkan ia telah terbuka.

     Ergh!  Ergh!  Ergh!

    "Push Kyla Push!"  Suara semakin tegas.  Peluh merenik makin banyak pada dahinya lalu diseka oleh seorang lagi jururawat yang bertugas.

    "Kyla awak kena teran.. Jika tak anak awak akan mati kelemasan!’’ celah jururawat pula sambil memegang erat tangan wanita bernama Kyla untuk menyalurkan keberanian.  Dia tahu Kyla sedang dalam ketakutan sekarang.

    ‘Apa guna aku lahirkan anak ini jika tiada berbapa..  biar dia mati saja dalam perut aku..’

    Sampai hati kau Adam!

    "Kyla please push!"

    ‘’Doktor!’’ laung jururawat yang sedang melihat paparan pada skrin lutsinar.  Tiada lagi sebarang pergerakan yang berlaku pada gambar elektronik dalam perut Kyla.  Suasana dalam bilik itu bertambah cemas apabila berlakunya pendarahan.  Habis lencun tilam serta celahan kaki Kyla termasuklah juga sarung tangan doktor penyambut kelahiran.

     "Kita tiada cara lain." ujar doktor muda tersebut  langsung mengarahkan para pembantu agar bersiaga dengan kelengkapan untuk operasi.  Anak itu telah mati dalam perut dan tetap perlu dikeluarkan dengan segera.

     Kyla yang sememangnya telah pengsan terus dibawa ke bilik pembedahan.  Tanpa mereka sedari airmata Kyla meleleh dengan sendiri.

    Pintu terbuka luas, streatcher  yang membawa Kyla ditolak dengan laju melewati hadapan lelaki berpakaian korporat tersebut.  Dia terus menghentikan taip.  Dan mata tajam merenung arah streatcher itu dibawa.

  Namanya dipanggil seseorang dari arah belakang.  Adam pada ketika itu mahu bangun terus tegak berdiri dan mendepani doktor yang masih lagi dalam pakaian PPE warna hijau dan ada kesan darah yang tercalit di bahagian depan jubah pakai buang tersebut.

   Sebelum dia bersuara, doktor yang ingin menanggalkan pelitup mukanya itu terus mengangkat tangan tanda biar dia yang bersuara dahulu kerana hal itu tersangat penting.

   Adam sekadar mencebirkan bibir dan bahu diangkat sedikit tanda tidak kisah lagi pula dia sudah lewat untuk masuk semula ke pejabat.  Ikutkan hati memang dia tidak ingin membawa apatah menemani Kyla ke hospital.  Dia lebih sanggup biarkan Kyla yang sarat itu pergi sendiri tetapi wanita tidak berguna itu cerdik sengaja datang menemuinya di pejabat dan dalam masa yang sama waktu bersalin telah tiba.

   ‘’Ada apa ya?  Actually i’m running on time ni doktor!’’  sahut Adam penuh rasa malas.  Sengaja dia buat-buat tengok jam yang terlilit pada tangan sambil diperhati oleh doktor muda berkenaan.  Seraya dia menggelengkan kepalanya melihat reaksi suami Kyla  seakan tidak mahu ambil tahu pasal keadaan isterinya itu yang dalam keadaan separuh kritikal.

   "Maafkan saya, saya telah cuba sedaya- upaya untuk menyelamatkan anaak Encik…’’ 

    ‘’Just call me Adam…’’

     ‘Huh.. Isteri?  Kyla isteri?’ sindirnya dalam hati sambil secara spontan menyenggetkan senyuman.

     "Encik Adam!"

     "Hah, ya… Tak mengapalah saya redha atas  kehendaknya. Masih boleh mencuba lagi…’’  sahut Adam sekadar penyedap bahasa.

    "Sekali lagi saya memohon maaf…  Dan ada satu lagi berita sedih yang terpaksa saya beritahu pada Encik Adam… rahim isteri

Encik terpaksa kami buang kerana dia mengalami  ketumbuhan…’’

    Adam kaku seketika dan sedikit terkejut kala mendengarnya.  Setelah doktor muda itu bergerak ke arah dewan pembedahan.  Adam mengukirkan sebuah senyuman kejayaan dia yakin sudah tentu selepas ini Kyla takkan menganggu dirinya lagi.

   ‘’Kyla… Kyla.. You’re a such a jerk…’’

DUA BULAN BERLALU,

"APALAH nak jadi dengan keluarga kita ni bang ..... Lepas satu,satu musibah menimpa atas keluarga kita.. pada anak kita..’’

   ‘’Baru saja kita kehilangan Rina, kini Kyla pula jadi begini…. Ya ALLAH!  Besar sungguh kebesaran Mu…’’

  "Sabarlah yang.. Apa yang telah terjadi pada kita.. anggaplah sebagai satu dugaan… Abang yakin ada hikmahnya nanti…’’ sahut si suami sambil menanggalkan kacamata serta suratkhabar dilipatkan sebelum dia letakkan semula atas meja.

   Lama dia merenung wajah sayu si isteri.  Bohonglah jika dia katakan dia tidak bersedih.. 

  "Sampai hati Adam buat Kyla begini…. Dia tak kasihan ke lihat anak kita jadi begitu?  Kalaulah saya tahu Adam macam tu sumpah bang... saya takkan benarkan Kyla berhubungan dengannya.. Dah dibuntingkan anak kita… nak lari pula dari tanggungjawab… Kyla pun bodoh juga tunduk saja turut saja apa kata Adam,  disuruh gugurkan anak dia pun buatlah..  Sekarang siapa yang susah?  Siapa yang malu?  Kita bang kita… Orang akan tuding jari pada kita kata kita tak pandai jaga anak sampai..’’  ujarnya hampir mahu terduduk nasib sempat dipaut pada tangan si suami.

   "Ya yang abang tahu, anak kita pun bersalah juga. Bertepuk sebelah tangan… takkan berbunyi  … Kita dah bagi ajaran agama yang secukupnya pada dia… tapi nak buat macamana dah kalau itu yang anak kita pilih…’’

    "Tapi dia tetap anak kita bang.. Kita harus nikahkan  mereka bang..  Rose tetap nak anak kita bernikah dengan Adam…  Adam kena bertanggungjawab…  Kerana dialah Kyla menderita…’’  tegas Rose sambil merenung sayu ke arah pintu bilik Kyla.

    ‘’Anak kita bukan permainan bang yang boleh suka-suka dipermainkan begitu saja..  Cinta anak kita tu suci bang… Rose mahu kita pergi rumah Adam esok petang.. Rose tak mahu berlengah lagi!’’ 

     Encik Rahim sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa,  memang jika diikutkan itu yang sepatutnya Adam lakukan… 

    Hubungan mereka berdua dah jauh tersasar.

  

    Tapi, bila difikirkan kembali apakah mereka akan bahagia nanti?

     Perkahwinan tanpa cinta tidak semua menuju  ke gerbang kebahagiaan.  Ada juga yang terkandas di tengah jalan.

      "Adam.. Jangan tinggalkan sayang.. Anak mama.. Mana anak mama?  Adam,anak kita sayang.  Mana anak kita?’’  lirih Kyla sambil memeluk anak patung beruang buat seketika sebelum dia lemparkannya ke dinding.

    ‘’Kyla sayang… jangan macamni sayang.. jangan buat mama risau… buka pintu ni sayang…  Kyla.. Kyla…’’ gesa Rose masih lagi menolak tubuhnya dengan sekuat mungkin untuk membuka pintu tapi ternyata sia-sia sahaja.

    ‘’Bang!  Cepat bang,  anak kita dah diam lama bang.. Rose risau bang… entah apa pula dia cuba lakukan…’’ Rose semakin tidak sabar menanti suaminya itu memulas kunci pada lubang tombol.

    Gedegang!

    Pintu luas terbuka dan mata kedua-duanya membesar melihat keadaan yang bagaikan tongkang pecah.  Bantal, anak patung beruang juga botol ubat terbuka dan berhamburan pilnya keluar  menambahkan lagi seleraknya.

     Kyla masih lagi memeluk lutut dengan menyembunyikan wajahnya dalam pelukan tersebut.  Rose terus berlari untuk mendapatkan anaknya.  Kyla masih lagi teresak-esak.  Manakala Rahim pula menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu untuk buat apa lagi.  

    Dia terus membongkok dan mengutip setiap barangan yang anaknya baling dan susunkan kembali pada tempat asalnya.  ‘’Apalah nak jadi pada anak aku yang ni Ya ALLAH!’’ lirih Rahim dan terus terduduk memekup muka.  

    Entah kenapa kesayuan  mencengkam pintu hatinya kini.

      Rose yang diketika itu sedang mendakap Kyla turut hiba memandang tingkah suaminya itu.  ‘’Ya ALLAH abang… anak kita pengsan bang!’’ pekik Rose tidak sempat menahan tubuh anaknya dari tersembam.  

     ‘’ALLAH… Kyla apa yang telah kau buat ni?’’ tanya Rahim sambil menayangkan botol berisi ubat tidur pada Rose.  Rose tergamam lantas memekup mulutnya.  Sungguh dia tak menyangka anaknya tekad menelan ubat tidur.

     ‘’Cepat sayang angkat Kyla.  Kita kena ke hospital sekarang juga.. Tak boleh berlengah lagi.. Mulut Kyla dah berbuih-buih!’’ gesa Rahim terus menarik tubuh lembik Kyla untuk dibangunkan sementara menanti Rose bangun dan membantunya.

     ‘’Cari kunci kereta dahulu,cepat!’’arah Rahim menegah isterinya itu dari memegang sebelah kiri Kyla biar dia pegang dahulu dan Rose pergi  ambil kunci.

     

    

RK CLUB, 

"MR ADAM RYCARL!"

    "Hey what's up? What's wrong with you dude? Aku  tengok dua tiga hari ni.. Kau macam takde mood jer.  Kenapa ha?’’  soal si rakan yang hadir dengan dua orang gadis seksi  kepada lelaki kacak yang masih lagi dengan botol carlsberg di tangan.

   Adam berpaling dan matanya memang tertancap pada dua gadis seksi tersebut sambil ditenung sinis oleh si rakan.  Si rakan cukup yakin bahawa Adam pasti akan menarik salah-satu perempuan yang dia bawa itu untuk menemaninya  namun apa yang dia andaikan itu tidak benar apabila Adam Rycarl sekadar melihat sekali lalu dan kembali semula memandang meja long island yang bergeletakan dengan gelas kosong berkaki tirus.

   Adam juga tidak  menghiraukan  kelantangan irama rancak techno di belakangnya.  Bagi Adam yang lebih penting untuk dia adalah botol hijau yang semakin berkurangan airnya itu,  fikirannya kusut dengan pelbagai masa  masalah

     Tatkala tangan ingin meneguk sisa-sisa air kekuningan tersebut tanpa sebarang dan sepantas kilat tangan dipegang seseorang,  Adam yang pening-pening lalat pada mulanya agak terkejut dengan tindakan drastik tangan itu.  

      Bukan itu sahaja, botol kehijauan jernih itu terus diberikan pada pelayan bar untuk dibuangkan.  

     ‘’Eh! Apa kau buat hah?  Aku tak habis minum lah!’’ tukas Adam dengan tangan-tangan sekali dia gerakan seakan mahu menampar  susuk tubuh yang sedang mendepaninya itu.

     "I nak cakap dengan you seorang.." ujar seorang gadis  bersuara tegas sambil merangkul lengan Adam dan mahu lelaki itu mengikutinya keluar dari kelab yang bising tersebut.   

     ‘’Hey who are you?  Don’t touch me!’’  sanggah Adam mabuk mula berkuasa dalam tubuh.  Tangan yang cuba memegang ditepis dengan kasar sekali.   Adam tersedu lalu tertawa lagak orang kurang waras.

     ‘’Aku kata jangan sentuh aku!  Kau pekak ya?  Buta ya?  Meh sini aku tunjuk pada kau jalan keluar meh...meh..’’ ujar Adam bangun namun terduduk semula tergeleng-geleng kepala pening langsung muntah di situ juga.

       Fariza memandang kelilingnya dengan rasa malu dengan gelagat Adam tanpa mahu menunggu lagi dia mengangkat kaki untuk keluar dari kelab malam itu.   

       Apabila Fariza menghilang disebalik kerumunan orang ramai dilantai tari,  hadir pula dua orang lelaki dalam sut hitam serta kacamata mahu mengangkat Adam supaya keluar dari kelab itu atas laporan seseorang mengatakan dia melakukan kekecohan.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status