All Chapters of Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia): Chapter 11 - Chapter 20
34 Chapters
Bab 11
AAZAD hanya memerhati tingkah Ainan. Sudah hampir sejam Ainan berdiri seperti patung di gigi pantai itu. Tidak sedikit pun dia berganjak.Bayu laut yang menyapa tubuhnya terasa damai sekali. Rasa seperti terbang seketika masalah yang dihadapinya.Malam tadi Ainan mendakap erat tubuhnya. Tidak sedikit pun mahu dilepaskan. Apabila dia bergerak sedikit, semakin erat pelukan Ainan. Hatinya sedikit lega. Walaupun Ainan masih dingin, sekurang-kurangnya dia tahu Ainan masih menyayanginya seperti dulu.Aazad menghampiri Ainan. Dipeluknya pinggang Ainan. Tersentak Ainan diperlakukan begitu.Aazad bukanlah suami yang romantik. Aazad paling tidak suka mempertontonkan kemesraan ditempat awam. Seringkali juga Ainan dimarahi kerana memeluk manja lengannya."Ainan menung apa?" Aazad meletakkan dagunya di bahu Ainan."Menung masa depan." Aazad tersenyum kelat mendengar ja
Read more
Bab 12
HARI terakhir percutian mereka, barulah Ainan boleh bergurau mesra dan bermanja dengannya seperti biasa. Aazad rasa bersyukur sangat. Dah lama dia tak melihat senyuman ikhlas yang diberikan untuk dirinya."Abang, Ainan nak naik banana boat tu. Boleh tak?" Ainan memaut mesra lengan Aazad."Boleh je. Jom." Aazad segera menarik Ainan menghampiri banana boat."Bang, berapa?" soal Aazad."Lima belas ringgit sorang." Aazad terus menghulurkan tiga keping not sepuluh ringgit. Jaket keselamatan diberikan kepada mereka. Aazad membantu Ainan memakai jaket keselamatan."Terima kasih abang." Satu kucupan diberikan pada pipi belah kanan Aazad. Ciuman pertama setelah hampir dua minggu. Aazad tersenyum bahagia."Boleh naik tak ni?" Aazad akhirnya membantu Ainan naik ke atas. Ainan tersenyum bahagia. Bahagia dengan sikap romantik yang ditunjukkan suaminya
Read more
Bab 13
SEMINGGU telah berlalu sejak peristiwa di Teluk Kemang. Ainan semakin tenang. Aazad pula mula menunjukkan sikap positif."Ainan, abang nak cakap sikit ni." Aazad menghampiri Ainan yang sedang leka menonton drama jam tujuh. Ainan angkat kening. Menanti Aazad untuk terus bersuara."Akak saman abang. Dia tuntut tunggakkan nafkah sepanjang setahun abang tak kerja dulu. Lepas tu dia tuntut giliran bermalam." Ainan menghela nafas berat. Dia memang dapat rasakan perkara ini akan berlaku. Tapi apakan daya, kata-katanya langsung tidak didengari oleh Aazad. Sekarang sendiri yang susah."Ainan dah cakap dulu. Tapi apa abang cakap? Nak biar dia terjerat sendiri dengan kesilapan dia. Sekarang ni siapa sebenarnya yang terjerat?" Aazad terdiam mendengar kata-kata Ainan. Jelas kelihatan wajah Ainan yang kecewa dengan apa yang berlaku."Abang tak sangka pula akan jadi macam ni." Aazad mempertahankan dirinya. Masih tidak mahu kalah. Mana mungkin dia m
Read more
Bab 14
RIDHWAN berdansa riang di ruang tamu. Kucing kesayangannya diawang-awangan dikerjakan. Nak buat macam mana, dah itu je teman berdansa yang dia ada. Mengiaw-ngiaw kucing itu minta dilepaskan. Ridhwan meletakkan semula kucingnya ke lantai sambil membelai lembut bulu Si Comel."Hai la Comel. Mujurlah ada kau. Takde lah aku sunyi sangat. Kau mesti dah lapar, kan? Jom pergi dapur, kita makan." Ridhwan melangkah ke dapur diikutilah oleh kucing kesayangannya.Ikan kembung yang direbus tadi dicedok masuk ke dalam pinggan. Segala tulang belulang dileraikan dari isi sebelum disuakan kepada Si Comel. Mengiaw Si Comel melihat ikan rebus yang terhidang di depan mata. Ridhwan mengusap lembut bulu Si Comel yang sedang makan."Makan kenyang-kenyang. Tak cukup, aku tambah lagi." Begitulah kasihnya Ridhwan kepada Si Comel. Sudahnya badan Si Comel semakin menggebu."Encik kena control diet Comel. Berat badan dia dah melebihi yang
Read more
Bab 15
AINAN memandang Aazad yang pulang dalam keadaan tak bersemangat. Tanpa sebarang kata, Ainan ke dapur untuk membancuh secawan nescafe buat Aazad. Walaupun Aazad langsung tidak menyapanya, itu langsung tidak memberi kesan pada diri Ainan ketika itu. Dia cuba bersangka baik."Nah..." Nescafe dihulurkan kepada Aazad. Tersenyum Aazad saat menerimanya dari Ainan. Ainan mengambil tempat di sebelah Aazad. Dia tidak berniat untuk menyambung kerjanya."Terima kasih sayang." Ainan ketawa kecil mendengar panggilan sayang yang keluar dari mulut Aazad. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Terasa janggal di telinganya."Abang okey ke?" Ainan yang penasaran akhirnya menyoal setelah Aazad membasahkan tekaknya."Kes tangguh. Hakim pertikaikan kenapa dalam tempoh setahun tu abang tak bagi nafkah. Abang dah tunjuk bukti abang jaga Sharil masa dia koma sampai abang dibuang kerja." Aazad tersandar lesu.Ainan hanya terdiam. Tidak tahu apa
Read more
Bab 16
AINAN mengisi me timenya dengan Syazana. Anak-anaknya ditinggalkan bersama Maimun. Puas berpusing ke sana sini, Ainan terpandang satu jawatan kosong di salah satu lot kedai di tingkat dua, Kayangan Mall. Kakinya terhenti."Kak, takkan nak kerja sini. Kan boleh minta office." Syazana seakan mengerti apa yang bermain difikiran Ainan."Apa salahnya. Duduk rumah pun kepala serabut. Lagi pun, akak dah banyak apply kerja office. Satu pun tak lekat." Ainan ralit menaip sesuatu di telefon bimbitnya."Akak pasti ni?" soal Syazana sekali lagi."Pasti. Akak dah apply cashier." Buntang mata Syazana mendengarnya. Laju betul Ainan bertindak."Jom pergi Chicken Rice Shop. Akak laparlah." Syazana hanya menurut. Masuk saja ke dalam Chicken Rice Shop, Ainan segera mencapai menu yang ada di atas meja."Sya nak makan apa?" Syazana masih membelek menu di
Read more
Bab 17
RIDHWAN agak kepenatan selepas memastikan semua department dikemas dengan rapi. Bukan mudah nak handle pekerja yang tidak fasih berbahasa melayu. Sudahlah Inggeris pun tak faham."Suruh buat benda senang pun tak boleh ke? Berapa kali nak kena terangkan? Susun ikut brand. Bukan suka-suka je letak sana sini." Panas hati bila barang yang sepatutnya disusun mengikut jenama, disusun sesuka hati sehingga menyebabkan susunan kelihatan tidak teratur."Sorry. Saya betulkan balik." Maka berkejaranlah promoter dari Bangladesh itu menyusun semula barang jualan seperti yang diminta oleh Ridhwan."Jangan hot temper sangat Wan. Kawal-kawal sikit baran tu." Ridhwan berpaling me
Read more
Bab 18
HARI ini Ainan berasa sangat gembira kerana menerima gaji pertama. Dia sudah terbayangkan wajah kegembiraan anak-anaknya. Kebetulan Ainan shift pagi. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah ke pasar raya untuk membeli susu dan lampin pakai buang anaknya serta sedikit barang dapur.Selesai membeli belah, Ainan singgah ke KFC. Dia membeli bucket KFC untuk dimakan bersama di rumah orang tuanya. Hati Ainan berbunga riang. Gaji pertama sepanjang hampir tiga tahun dia tidak bekerja.Tidak dapat digambarkan betapa dia bahagia ketika itu. Ada duit sendiri. Tidak perlu terlalu bergantung harap kepada Aazad untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ainan belajar untuk redha walau sesakit apa pun hatinya ketika itu.Ya Allah... KAU permudahkan urusan suamiku. KAU luaskan rezekinya, Ya Allah... Sayangi dia, berkati hidupnya. Aamiin aamiin aamiin.Itulah doa yang sering dipanjatkan A
Read more
Bab 19
AAZAD menatap wajah Ainan yang sedang lena tidur. Sayu sekali melihat wajah Ainan. Keletihan jelas kelihatan di wajah itu.Pulang dari bekerja, terpaksa pula menguruskan anak-anak yang semakin membesar. Mengemas di sini, sebelah sana pula bersepah. Dari ruang tamu sehingga ke dapur, kerjanya tak pernah sudah.Setiap kali Ainan cuti, bilik air pula dikerjakan. Dicuci segala lumut dan kotoran. Baru kelmarin Ainan jatuh terduduk. Terkejut Aazad bukan kepalang. Walhal, lantai tandas tidak licin. Mungkin saja Ainan tersalah langkah. Tidak termasuk kain baju yang hanya dicuci seminggu sekali. Aazad sedar Ainan sedikit keras semenjak Ainan mengungkapkan kata melepaskannya dari tanggungjawab terhadap Ainan dan anak-anak.Pernah dia meminta untuk mengambil cuti sakit ketika Ainan kelihatan pucat, namun Ainan tetap bekeras untuk bekerja."Tak apa. Sikit je ni. Ainan boleh pergi kerja lagi."Aazad mengeluh. Ain
Read more
Bab 20
"DENGAN ini mahkamah memutuskan agar defendan membayar tunggakan nafkah plantif sebanyak RM7000 dalam masa seminggu." Aazad tertunduk mendengar keputusan hakim mahkamah syariah."Puas dah hati kau?" sergah Aazad sebaik saja mereka keluar dari dewan mahkamah. Sungguh Aazad tidak menyangka akan keputusan mahkamah. Imah juga langsung tidak memikirkan keadaan dirinya yang kehilangan mata pencarian selama setahun akibat dibuang kerja semasa Shahril dalam keadaan koma dulu."Apahal pula? Imah minta hak Imah je." Imah tersenyum bangga melihat Aazad berang. Puas sangat dirasakan ketika itu. Dia tidak peduli dimana Aazad akan mendapatkan duit tapi apa yang dia tahu, Aazad perlu melunaskannya."Abang nak sangat berbini dua, kan? Sekarang rasakanlah. Baru sikit Imah minta." Mencerlung Aazad memandang Imah."Kau tak fikir pula yang aku sampai kena buang kerja sebab jaga Shahril dekat hospital? Kau nak aku bayar nafkah kau celah mana? Kau nak sur
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status