AKU melangkah masuk ke dalam rumah, suasana gelap menjadi pandangan mata. Aku buka suis lampu, namun tiada apa yang berubah. Telefon dikeluarkan, cahaya kamera belakang dibuka, kaki berjalan naik ke atas.
Nama mama disebut namun tiada sahutan. Aku berlalu ke bilik mama, terlihat pintu di balkoni terbuka, angin kuat meniup langsir menarik perhatianku. Kaki bawa ke sana, terlihat mama sedang berdiri di sana sambil menikmati angin sejuk malam.
"Mama," panggilku mahu dia menoleh ke arah aku. Tiada sahutan, aku mendekati mama. Bahunya aku sentuh, saat dia pusing ke belakang memandang aku.
Aku tergamam, wajahnya pucat bagaikan mayat hidup—
Aku seakan pernah melihat situasi ini— wajah ini—
"Kau anak tak guna!! Aku tatang kau macam minyak yang penuh, tapi ini yang kau balas dekat aku?!" jeritnya tiba-tiba di depan mukaku membuatkan aku tersentak dan berganjak beberapa l
SELEPAS puas ambil angin di taman, Daniel bawa aku ke sebuah tempat. Dari luar, ia kelihatan seperti kilang yang sudah lama di tinggalkan. Aku keluar dari kereta bersama Daniel, dia pegang tangan aku dan bawa aku masuk ke dalam kilang itu. Seketika aku nampak ada beberapa papan yang ditanda, seakan target. Aku toleh melihat Daniel. Aku tak bodoh untuk teka di mana dia bawa aku pergi sekarang. "Ni tempat kau menembak?" Daniel tersengih, dia bawa aku ke sebuah bilik. Di dalam bilik itu tersedia pelbagai jenis pistol. Ada target yang sudah banyak kali ditembak. Daniel lepaskan tangan aku, dia suruh aku duduk di sofa berdekatan. "Aku bawa kau datang sini bukan nak suruh kau menembak. Aku nak kongsi dengan kau salah satu tempat yang aku suka pergi," ujar Daniel senada. Aku lihat dia ambil satu pucuk pistol yang disediakan di atas meja itu. &
AKU duduk di atas sofa sambil makan sarapan di dalam pinggan itu. Daniel duduk di sebelah aku, sedang makan juga. TV memaparkan cerita kartun yang aku suka. Lava yang kelakar tu.Aku ketawa setiap kali ada scene yang bodoh dari TV itu. Daniel diam makan di sebelahku. Habis makan sarapan, aku menoleh melihat Daniel yang sedang meneguk kopinya.“I have a question,” ujarku sambil memandangnya, Daniel memandangku dengan tanda tanya.“Aku masih ingat bila kau cakap suara aku ketawa adalah sebab kedua untuk aku teruskan hidup, right?” ujarku dan dia mengangguk kecil.“What’s the first one?” soalku lagi. Daniel memandangku dengan senyuman kecil dibibirnya, dia letak cawan kopi di atas meja di depannya dan berpeluk tubuh ke arahku.&nbs
SEJAK bibir kami berpisah pagi tadi, Daniel sibuk dengan kerjanya di depan laptopnya. Dia langsung tak bercakap dengan aku dan memandang ke arah aku. Riaknya kelihatan kosong seakan tiada apa yang berlaku, sejujurnya aku pun tak tahu nak rasa apa.Apa yang penting, aku tak cederakan diri aku lagi. Bagi aku apa yang dia buat pagi tadi tu sebab nak tolong aku, sekadar nak hentikan minda negetif menguasai diri aku, dia gunakan cara itu.I feel okay. I’m okay and i feel good.Aku yang minta tolongnya dan dia akur.Tapi kenapa aku rasa macam dia abaikan aku? Biasanya ada saja yang dia nak usik dan bualkan, tapi kali ini dia diam saja membuat kerjanya dan abaikan.“Daniel,” Aku panggilnya tapi dia abaikan aku. Baru aku mahu buka mulut memanggilnya lagi, tiba-tiba pintu li
(Harassment content!!)AKU lihat tangga ke tingkat atas dan ke tingkat bawah, aku semakin panik, jantungku berdegup kencang. Aku cuba tolak dia namun lelaki itu menolakku ke dinding dengan kuat membuatkan kepalaku berlaga dengan dinding di belakangku.Aku mengerang kecil, dia berdecit sinis.“Look at you, you did tried to kill yourself huh?” Aku membuka mata melihat lengan bajuku mendedahkan lenganku yang masih berparut itu. Aku tolak tubuhnya dan dia ketawa lagi.“Daniel,” bisikku dalam ketakutan.“Now be a good girl and get on your knees,” ujarnya dan aku cuba untuk lari namun dia tolak aku ke bawah membuatkan aku melutut di depannya. Aku lihat dia mula membuka tali pinggangnya—Aku pejam mataku, imbasan masa silam saat aku ternampak mama bersama lelaki lain mula datang memapar di dalam kepala.
AKU membuka mataku melihat sekeliling, aku bangun dari baringan dan mengeluh kecil. Aku lihat Daniel sedang bersenam di ruang gym. Aku diam merenung lantai, fikirannya melayang apa yang berlaku semalam, dia mengeluh kecil. Aku bangun dan berlalu ke dapur, air di dalam peti di ambil dan di teguk beberapa kali sebelum aku berlalu masuk ke dalam tandas.Aku basuh muka dan gosok giginya sebelum melangkah keluar dari tandas itu dan berlalu ke gym. Aku lihat Daniel yang masih fokus bersenam itu, Daniel sedang sits-up membelakangi aku dan di telinganya ada earphones.Aku teringatkan apa yang berlaku semalam, di mana dia kata yang dia tak akan pernah mengalah pada aku. Aku gembira mendengar jawapannya dan tenang dalam pelukkannya. Aku berjalan ke arahnya dan duduk di sebelahnya.Seketika dia menoleh ke arahku dan kelihatan terkejut. Dia buka earphones di telinganya dan memandang wajahku dengan riak yang risau. Aku tersenyum keci
KERETA yang dipandu oleh Daniel memandu masuk ke dalam sebuah pekarangan rumah. Aku lihat rumah banglo besar di depan kereta, mungkin ia tidak sebesar rumah papa, tapi rumah ini besar.Enjin kereta dimatikan, setelah 4 jam 12 minit di dalam kereta, aku melangkah keluar sambil meregangkan otot-otot di tubuh. Aku dengar bunyi suara menjerit dari dalam rumah. Daniel melangkah bersama bagasinya dan beg pakaianku.Kami berlalu ke depan pintu rumahnya, belum sempat Daniel membuka pintu, ada satu susuk tubuh membukanya dulu.“Tuan Daniel dah sampai!!” jerit perempuan di depan pintu itu, tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki dan suara riuh dari dalam rumah berlari ke arah kami.“Apa khabar, Tuan Daniel?” soal perempuan itu dengan senyuman mesra, aku diam saja melihat mereka.“Sihat. Cik Siti sihat?” bala
SOALAN Dania membuatkan aku terkebil-kebil. “Daniel baik. Dia banyak tolong kak Nina,” jawabku jujur, Dania memasamkan muka, dia berpeluk tubuh di depan aku.“Nia tak nak ahli sihir tu jadi kakak ipar, Nia nak kak Nina. Nia dapat rasakan kak Nina sesuai dengan abang Danny.” ujarnya dengan riak yang tegas, aku terkebil-kebil di depannya.Ahli sihir?“Siapa ahli sihir?” soalku keliru.“Siapa lagi? Kak Yasmin tu la. Make up tebal 12 inci, gedik, seksi— Nia tak suka dia. Fake,” kata Dania lagi, aku mengerutkan dahi aku, siapa Yasmin?“Kak Nina tak kenal ke siapa kak Yasmin?” soal Dania yang memandang wajahku berkerut itu, perlahan-lahan aku menggeleng kecil tanda tidak kenal.“Kak Yasmin tu ex abang Danny. Dorang putus dua tahun lalu sebab kak
JAM sudah menunjukkan pukul 9 pagi di telefon Daniel, dia memandang ke tingkat atas menunggu Urwa turun. Dia ada ketuk pintu bilik gadis itu sebelum dia turun sarapan dengan keluarganya jam 8:40 pagi tadi.Sekarang sudah 20 minit menunggu gadis itu keluar dari bilik, papanya sudah ke tempat kerja, mamanya ditemani Cik Siti dan Dania ke pasar untuk jamuan kesyukuran esok pagi.Daniel semakin hilang sabar, dia bangun dari sofanya dan berlalu naik ke tingkat atas, pintu bilik Urwa diketuk namun tiada jawapan, Daniel mula tidak sedap hati— tidak membuang masa dia buka pintu bilik itu dan melangkah masuk ke dalamnya.Kelihat Urwa dicari sebelum keluhan panjang di lepaskan saat ternampak gadis itu masih lena di atas katil di sebelah laptopnya yang masih menyala itu. Daniel mula tertanya-tanya pukul berapa gadis itu tertidur semalam padahal dia sudah pesan tidur awal.Daniel ambil laptopnya itu, ia ma