Share

08: BAB LAPAN

Mata bertentangan lama, jantung berdegup laju. Daniel seakan tenggelam dalam dunia sendiri.

"No," jawabku senada, aku lihat wajah Daniel berubah. Mata redupnya berubah terkejut. Mungkin dia tak sangka aku akan cakap 'no'.

Daniel berganjak menjauhi aku, dia pusing membelakangi aku. Dia raup rambutnya dengan kasar dan berlalu duduk di atas sofa. Dia pejam matanya dan bersandar pada sofa itu. Aku diam saja melihat dia seakan cuba mengawal dirinya.

"Kau okay?" soalku pendek, keliru dengan reaksinya. Daniel ketawa kecil, matanya masih terpejam.

"Kau tanya aku okay ke tak?" ujarnya seakan tidak percaya, dia buka matanya dan memandang tepat ke arah aku.

"Lepas kau reject aku, kau tanya aku okay ke tak?"

Aku terkebil-kebil, bila masa aku reject dia? Kenapa pula aku nak reject dia? Dia tak ada luah perasaan pun dekat aku.

"Bila masa aku reject kau?" soal aku keliru. Daniel mengeluh kecil, dia berpeluk tubuh memandang aku lama. Anak matanya turun ke kakiku, naik ke tubuhku, meneliti entah apa sebelum berhenti di wajahku semula.

"I literally asked to kiss you, Urwa. And you said no. That's when you rejected  me," ujarnya tenang.

"Well, aku tak kenal kau siapa. Nama kau je yang aku tahu." balasku membela diri.

"Nama aku Daniel Maulana. 25 tahun. Family aku ada dekat Selangor. Dorang tak tahu apa kerja aku yang sebenarnya. Aku stay Johor ni since aku 19 tahun. That was when aku terima kerja headshot ni. Aku ada sorang adik perempuan. She's 18 this year. Name's Dania Maira. Is that enough?" Dia bersuara kosong masih memandang tepat ke arah aku.

Dia mula jadi pembunuh bersiri semasa umur 19 tahun? That's sucks. 19 tahun masih muda untuk ambil nyawa orang dan sentuh senjata sulit semua tu.

"Kenapa kau pilih kerja ni?" soalku ingin tahu.

Adakah ia masih dikategorikan sebagai kerja?

"It is not easy to take people's lives. Tapi lepas aku baca file kejahatan yang dorang dah buat, aku rasa dorang memang patut mati. Lagipun kerja aku ni cuma tolong polis yang lembab buat kerja. Aku hanya bunuh orang yang berkuasa yang paling bersalah dalam selimut. Polis tak dapat jejak mereka tapi aku boleh. Plus, upah lumayan."

"Kau kerja bawah siapa?" soalku lagi. Entah kenapa berminat ingin tahu pasal kerjanya itu.

Daniel diam lama, dia memandang aku seakan cuba mencari jawapan di wajahku. "Someone i can trust. Someone so powerful but have nothing," ujarnya membuatku semakin tertanya-tanya, aku buka mulut mahu menyoal lagi namun dia memotong.

"Dah. Pergi sambung tidur." katanya usai itu bangun dan berlalu ke arah meja kerjanya. Seperti biasa, dia akan check laptopnya sebelum dia tidur.

Aku berlalu ke katil dan baring di atas tilam itu. Tangan naik ke dada, sudah tidak berdegup laju.

Mungkin aku memang sukakan dia?

Tapi dia nak ke perempuan macam aku?

Tubuh aku banyak parut yang aku cipta sendiri.

Aku ni gila.

Tapi— dia cakap dia tertarik dengan aku.

Dia cakap aku cantik—

Tapi dia tak tengok lagi siapa aku sebenarnya. Aku ni buruk. Cantik jauh sekali.

Aku bangun dari katil, kaki berlalu ke arah tandas. Aku berdiri di depan cermin, aku lihat wajahku. Tak nafikan, muka aku cantik tapi sebenarnya buruk.

Aku buka baju dan seluarku. Parut di tubuh jelas kelihatan. Aku duduk di lantai, aku tarik lutut ke dada dan aku peluk dengan erat.

Aku buruk. Memang patut la tak ada orang nak aku.

Aku ramas rambutku kuat, ditarik sedikit kasar. Anak-anak rambut mula jatuh ke lantai. Lengan kelihatan bersih, mulutku buka dan aku gigit lenganku yang kelihatan licin itu.

Aku gigit sekuat hatiku, rasa darah digigi mula hadir. Aku lepaskan lenganku yang sudah berdarah, aku ramas rambutku lagi. Tangan naik memukul kepala sendiri, bisikan tak guna berulang-ulang bermain di fikiran.

Kau buruk! Kau hodoh!

"Bodoh! Tak guna!" desisku masih memukul kepala sendiri.

Kesian, semua orang tak nak kau! Orang jijik dengan kau! Kau buruk!

"Diam," Kepala dipukul lagi. Bisikan masih berulang-ulang di dalam fikiran.

Patut mak kau mati, sebab kau buruk sangat!

"Aku cakap diam!!" jeritku lantang sambil memukul kapalaku dengan kuat, air mata mengalir keluar.

"Urwa!"

"Diam! Diam! Diam!" jerit aku lagi. Aku ramas dan tarik rambutku dengan kuat. Titisan darah dari lengan di lantai aku lihat—

Kesian kau—

"Urwa!!"

"Aku cakap diam la bodoh!! Diam aku cakap!! Diam!!" jerit aku lagi, aku capai paip shower yang tersangkut di dinding, aku pukul kepalaku dengan kepala shower yang boleh dicabut itu.

"Bodoh!!" Aku jerit pada diri sendiri.

Pintu ditendang kuat dari luar, sama seperti hentakkan dikepalaku.

"Urwa stop!!" Tiba-tiba ada tangan yang menarik kepala shower itu dari tanganku, aku tolak tubuh yang cuba menyentuhku. Bisikan di fikiran hilang namun rasa marah masih tersisa.

"Diam!! Jangan cakap dengan aku!!" Aku pegang rambutku yang kini terasa basah, bauan darah menusuk hidung. Aku ramas rambutku namun ada tangan yang menarik tanganku kembali.

Seketika tubuh aku dipeluk erat—

"Apa yang kau dah buat ni, Urwa?" bisiknya ditelinga aku.

"Aku buruk. Aku hodoh. Aku ni tak guna."

"There's so much blood in here. Oh god, i need to call a doctor."

— dan duniaku berubah hitam.

~ ~ ~

Daniel meraup wajahnya kasar sambil menunggu doktor peribadinya memeriksa keadaan Urwa. Dia lihat dokor itu membalut kepala dan lengan gadis itu. Daniel masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia tak sedar bila Urwa masuk tandas, Daniel terlalu fokus membaca e-mail dari bossnya. Dengar jeritan Urwa buatkan dia terkejut dan panik. Dia dengar jeritan Urwa di dalam tandas itu, pintu yang berkunci membuatkan dia lebih panik.

Dia tak ada pilihan selain pecahkan pintu tandasnya itu, keadaan Urwa diselimuti penuh dengan darah tadi membuatkan jantungnya hampir berhenti. Gadis kecil itu cederakan dirinya sendiri lagi.

Daniel kecewa dan sangat sedih. Dia kecewa gadis itu masih sanggup cederakan diri sendiri dan sedih kerana dia tak cukup kuat untuk tolong gadis itu.

Melihat tubuh Urwa nyawa-nyawa ikan tadi, Daniel tahu yang dia mula simpan perasaan dekat gadis itu. Semuanya terbukti apabila dia takut dan hampir mati melihat gadis itu separuh sedar diri.

Aku janji akan bahagiakan kau Urwa. Aku janji. Bisik hati Daniel.

"Daniel," Doktor peribadinya datang mendekati dia. Daniel berdiri dan melihat gadis di atas katilnya itu dengan riak risau. Sangat risau.

"Macam mana doktor?"

"Luka dekat kepala dia tak dalam. Dia bernasib baik, kalau tak kena jahit la. Dekat tangan tu saya dah rawat jugak. Dia perlukan rehat yang cukup. Ubat tahan sakit saya dah tinggalkan dekat tepi katil tu. Kalau takde pape lagi, saya balik dulu." kata doktor itu.

Daniel mengangguk kecil.

"Thanks doc." Doktor peribadinya itu mengangguk saja dan berlalu pergi dari situ. Daniel berlalu ke katilnya, dia lihat gadis pujaan hatinya lena tidur di depannya.

Daniel duduk dibirai katil itu, dia usap pipi gadis itu dengan lembut. Keluhan berat terlepas dari bibirnya, dia sedih dan terluka. Hatinya sakit melihat keadaan gadis di depannya itu.

"Kenapa kau buat macam ni, Urwa? Kau tak fikir ke orang lain sayang kau juga? Please don't do this again. I can't see you like this," bisik Daniel lembut, dia cium dahi Urwa sekilas.

Beberapa minit kemudian dia bangun dari katil dan berlalu membersihkan darah di dalam tandasnya.

~ ~ ~

Daniel ambil tuala bersih yang di sangkut pada tempat penyangkut. Peluh ditubuh dan wajahnya dikesat lembut. Daniel berlalu ke katil, Urwa masih tidak sedarkan diri. Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi.

Daniel berlalu membersihkan diri, dia ada misi baru hari ini. Ada yang perlukan khidmatnya. Usai siap bersiap lengkap, Daniel tinggalkan sarapan dan sekeping note untuk gadis itu jika gadis itu terjaga semasa dia tiada nanti.

Pandangan terakhir diberikan kepada Urwa sebelum Daniel berlalu jumpa bossnya.

~ ~ ~

Sisa-sisa darah terkena pada bajunya disumbat masuk ke dalam mesin basuh. Matahari sudah mahu terbenam, gadis itu masih belum terjaga.

Daniel pulang dengan rasa kecewa bila dia sampai di rumah dan melihat gadis itu masih kaku di atas katilnya. Daniel sudah siap mandi, rambutnya masih basah itu dikesat dengan tuala bersih.

Usai itu Daniel ambil sebuah mangkuk berisi air paip bersama tuala bersih. Dia mahu sapu wajah dan lengan gadis itu. Kain lembap itu diusap lembut ke wajah Urwa. Rambut yang menutupi wajahnya, Daniel alihkan.

Usai itu turun ke leher gadis itu pula, Daniel renung wajah cantik itu. Dalam lena dan tidak sedarkan diri, gadis itu cukup cantik dan menawan di matanya. Daniel tak nafikan, kehadiran Urwa di dalam rumahnya dan hidupnya cukup menggugatkan nafsunya.

Lagi-lagi berdua saja dalam rumah ni. Lagi terseksa nafsu Daniel.

Daniel tarik tangannya dari menyentuh Urwa, dia berdiri dan berganjak menjauhi gadis itu. Daniel mengeluh berat dan malu dengan diri sendiri.

Macam mana dia boleh bernafsu dengan gadis yang tidak sedarkan diri?

"I'm going crazy," desisnya sedang mengawal dirinya. Dia berlalu ke ruangan gym untuk alihkan perhatiannya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status