Share

07: BAB TUJUH

Aku buka mataku saat terdengar bisikan seseorang dekat denganku. Benda pertama aku nampak ialah laptop aku yang menyala dan satu susuk tubuh sedang menggunakannya.

Aku lihat Daniel sedang membaca sesuatu kerana mulutnya terkumat-kamit di depanku. Aku buka mataku lebih luas, dia sedang baca apa yang aku tulis dan apa yang pernah aku tulis di dalam laptop itu—

"Daniel?" Aku bangun dari baringan, Daniel duduk di lantai masih membaca di laptopku yang berada di atas meja. Dia habis membaca dan menoleh melihat aku.

"Kau pandai buat puisi. This is beautiful tapi aku akan pastikan lepas ni, kau akan tulis puisi yang happy-happy pulak." ujar Daniel, lalu dia tutup laptop itu. Aku lihat dia, rambutnya masih basah menandakan dia baru habis mandi. Tuala masih ada di lehernya.

Dia pandang aku lama buatkan aku rasa tidak selesa.

"Puisi terakhir kau. Kau rindu mak kau dan kau sunggup gantikan dia untuk pergi dari dunia ni. Why?" Setelah dia mencerna puisi itu, dia menyoal kenapa pula.

"Aku nak ubah apa yang berlaku sebelum dia mati. What happened was wrong. Dia overdose sebab aku. Kalau aku boleh kawal diri masa tu, aku akan bersama dia tapi—" Aku mengeluh kecil, aku bersandar di sofa itu semula.

"Never mind. It doesn't matter anymore," bisikku kecil lalu mengurut dahiku yang tiba-tiba rasa pening. Aku pejam mataku lembut—

I hate you!!

Kalaulah aku tahu mama akan buat macam tu, aku tak akan sebut perkataan tu.

Selepas mama mati, aku salahkan diri sendiri. Tapi selepas masuk rehab dan keluar dari sana, aku mula terima yang mama pergi kerana ajalnya sudah tiba.

Aku sentiasa mimpi buruk setahun selepas mama pergi, walaupun waktu tu aku ambil barang.

Seketika aku rasa ada tangan lain memicit dahiku, aku larikan tanganku dan biarkan tangan hangat itu meneruskan picitan.

"You know, Urwa. I just killed someone today." Daniel tiba-tiba bersuara, aku buka mata dan mata aku terus jumpa wajahnya yang sudah ada di depan wajahku.

Oh my god.

"I got half million for did that. I don't regret what i did. Wanna know why?" Aku angguk kecil, Daniel tersenyum kecil.

"Sebab lelaki tu ada rekod rogol kanak-kanak dan jual organ. Dia tak layak hidup, kau nak tahu apa yang dia kata sebelum aku bunuh dia?"

Aku angguk lagi.

"He said 'Don't kill me. I have kids and wife. I can pay you any amount you want'" Daniel ketawa kecil, dia pejam matanya sekilas.

"Dia rogol kanak-kanak. Dia jual organ budak-budak yang dia culik. Dan dia ada anak. How ironic is that?" Daniel lepaskan kepalaku, aku berdiri tegak, aku duduk tegak di atas sofa, dia di belakang sofa aku.

"Aku tak menyesal sebab bunuh dia. Memang dia layak dibunuh. Aku tak akan bunuh orang tanpa sebab, Urwa." kata Daniel lagi, aku diam lama sebelum menoleh melihatnya. Dia sudah memandang ke arah aku.

"Apa yang kau cuba sampaikan?"

"What I'm trying to say is— Urwa, everything happened has a reason. Semua yang berlaku ada sebab, mak kau pergi ada sebabnya." Daniel mendekati aku, dia tunduk menyamai ketinggian wajah kami. Jarak kami hanya dihalang penyandar sofa.

"Apa sebabnya?" soalku kecil, Daniel tersengih kecil.

"This's when you need to be patient for the answer to show up," bisiknya di depan wajahku, bauan tubuhnya segar di dalam rongga hidungku.

"What if it will never show up?"

"Then you need to move on," bisiknya dan hidung kami bersentuhan. Keliru dengan perasaan sendiri, aku berdiri dari sofa dan berlalu masuk ke dalam tandas.

~ ~ ~

Kami duduk makan malam di meja makan, Daniel yang masak. Not bad untuk dia sebagai seorang lelaki. Dia boleh memasak. Masakannya boleh tahan sedap juga.

Aku teguk air sirap yang terakhir di dalam gelas aku. Usai itu aku bangun dan berlalu ke singki untuk cuci pinggan dan gelas yang aku guna.

Daniel sedang kemaskan meja makan, pinggannya dibiarkan ke dalam singki. Aku melihatnya yang masih fokus mengelap meja makannya. Memang pembersih betul dia ni. Tak boleh ada comot sikit pun.

"Nak aku basuhkan ke pinggan kau tu?" soalku senada, Daniel mengangkat wajah memandang aku.

"Kalau kau rajin, tolong la basuhkan." balasnya, aku mengangguk saja. Tidak membuang masa aku. Basuh juga pinggannya dan mangkuk-mangkuk lauk yang digunakan tadi.

Usai mencuci, aku lap pinggan mangkuk sehingga kering sebelum aku letakkan di atas rak. Selepas menyusun pinggan mangkuk, aku berlalu ke sofa bersama laptop aku semula.

Jujur aku tak tahu nak buat apa.

Tidak lama kemudian, Daniel datang duduk di sebelah aku. Dia buka TV di depan kami yang tergantung bangga di dinding itu. Air kopi di dalam gelasnya diletakkan di atas meja di depan sofa yang kami duduk.

Aku abaikan kehadiran dia di sebelah aku, tangan mula menaip puisi baru. Aku tulis apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

Aku tak ada tempat untuk mengadu, jadi aku memilih untuk menulis saja.

Weird.

Sometimes this feeling feels strange.

Where no one knows.

It slowly slipped in.

Sometimes it just happens.

I don't understand what the reason is.

Confusion comes and doesn't go.

Aku diam membaca semula puisi itu, tanganku naik menyentuh dada sendiri. Laju, degupanku laju. Tapi kenapa? Apa sebabnya?

Keliru dan pelik rasanya.

"Daniel," panggilku perlahan, mata aku masih pada skrin laptop. Aku dengar dia menyahut lembut di sebelah aku. Aku menarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan, kenapa aku semakin berdebar?

"What happened to me?" soalku dengan nada yang keliru. Aku mengangkat wajah melihatnya, Daniel memandang aku dengan tanda tanya. Matanya turun di tanganku yang ada i dada.

"Apa? Kau sakit dada ke?" soalnya kelihatan risau pula, aku ketap bibirku rapat. Aku letak laptopku di atas meja itu dan aku berdiri.

Daniel kini semakin keliru.

Aku berdiri dan berganjak menjauhi dia. Aku berdiri berdekatan dengan TV. Lebih kurang enam kaki jauh dari dia, bersamaan dengan dua meter. Aku sentuh dadaku semula, kurang laju degupannya.

Mataku terbuka luas, jadi— jadi aku rasa macam ni kerana Daniel. Aku lihat Daniel, dia masih keliru dengan apa yang aku sedang lakukan.

"Kenapa aku berdebar bila dekat dengan kau? Tapi bila jauh macam ni, takde pula nak berdebar macam tadi." kata aku dengan nada tidak puas hati. Aku sukakan dia ke? Tapi macam tak mungkin, aku baru kenal dia.

Daniel terkedu dengan soalan aku, seketika dia tersenyum nakal. Dia berdiri dari sofa, TV ditutup olehnya. Dia melangkah mendekati aku dan berdiri di depan aku. Hanya beberapa inci daripada aku.

Jantung aku kembali berdegup kecang. Aku sentuh lagi dada aku, aku tak suka perasaan ni. Dia buat aku rasa gementar.

"Kau suka aku kot," jawabnya selamba. Aku terkebil-kebil di depannya, seperti yang aku sangka, mungkin aku sukakan dia?

"Mana boleh!" balasku logik akal bagiku. Daniel pula terkelip-kelip mendengar jawapan aku.

"Apa pula mana boleh? Kenapa tak boleh?" soalnya kini berpeluk tubuh di depan aku. Riaknya serius.

"Aku baru kenal kau. Takde sebab aku nak suka kau."

"Takde sebab?!" Daniel bersuara kuat dengan riak terkejut membuatkan aku tersentak dengan nada suaranya. Dia tunding jari pada diri sendiri dan berkata—

"Lelaki hensem macam aku ni kau cakap takde sebab? Aku yang sado ni kau cakap takde sebab? Kau tak nampak ke tubuh aku ni? Ramai perempuan nak sentuh tubuh macam ni tau!" balasnya bersungguh-sungguh, melihat reaksinya buatkan aku tersenyum kecil sebelum ketawa perlahan.

Aku tutup mulutku mahu mengawal tawa namun teringatkan riaknya tadi, aku kalah dengan diri sendiri. Aku ketawa di depannya sekuat hati, aku sentuh pipiku yang terasa hangat itu.

Daniel terpinga-pinga. Aku berhenti ketawa dan tersenyum lebar padanya. "Lawak muka kau tadi. Kalau sempat rakam tadi, boleh la aku tunjuk." kata aku perlahan. Daniel diam masih memandang ke arah aku.

Aku tersengih kecil, ketawaku masih tersisa, tiba-tiba Daniel bertindak diluar jangkaan aku. Dia perangkap aku di dinding sebelah TV. Kedua-dua belah tangannya naik menahan di antara kepalaku.

Tubuhnya dekat, sangat dekat, aku dapat rasa kehangatan tubuhnya dan hembusan nafasnya menampar wajahku lembut. Sisa tawaku mati sekelip mata, senyuman dibibirku hilang serta-merta.

"Dengar kau gelak dah buat aku lega, Urwa. Dengar kau gelak dah buat aku rasa happy. Gelak kau tadi tu beritahu aku yang aku masih ada masa untuk bahagia macam orang lain." bisiknya di depan wajahku.

Aku telan liurku perit, anak mata kami bertemu. Aku lihat mata biru dan hitamnya itu. Unik dan menawan.

"Jangan give up, kay? Aku percaya kau boleh bahagia dan happy satu hari nanti. Faham?"

Aku mahu menangis, indah ucapannya. Indah nasihatnya—

"Kau tak nampak geli pun kasi nasihat cliche tu," kata aku tiba-tiba, serentak itu Daniel mengeluh kecil.

"Potong mood la kau ni," ujarnya buatkan aku ketawa kecil. Aku tak bermaksud nak potong mood dia, apa yang aku sebut tu keluar dengan tiba-tiba sebenarnya.

"Sorry," bisikku kecil.

Daniel memandang aku lama, keluhannya dilepaskan perlahan. Anak matanya di mataku turun ke bibirku, dadaku semakin laju berdegup. Tangan kanannya bergerak menyentuh pipiku, ibu jarinya turun mengusap hujung bibirku sekilas.

"You know, Urwa. I'm attracted to you. Kau cantik, sangat cantik. Kau perempuan dan aku lelaki yang straight." ujarnya perlahan. Ibu jarinya kembali mengusap bibir bawahku.

"Aku nak cium kau, Urwa. Kalau kau cakap 'no' aku akan stop. Tapi kalau kau tak nak stop, aku nak kau sebut nama aku."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status