Share

06: BAB ENAM

Usai sarapan, Daniel bawa aku pulang ke rumah aku untuk ambil pakaian dan apa yang aku mahu. Sedang asyik menyimpan pakaian dalam bagasi, Daniel membuka mulut.

"Control is the key,"

Aku menoleh melihatnya, Daniel sedang melihat contengan di dinding yang pernah aku tulis dengan darahku dulu. Aku lihat dia merenung ayat itu lama sebelum menoleh melihat ke arah aku.

"Apa maksud ayat ni?" soalnya tiba-tiba. Aku tengok ayat di dinding itu sekilas dan mengeluh kecil. Aku duduk di atas katilku dan tunduk melihat tanganku.

"Dulu masa dekat rehab, cikgu aku ajar untuk kawal emosi aku. Kalau aku boleh kawal emosi, nothing bad will happen. That's the only way aku kawal diri bila aku rasa nak bunuh diri," jelasku masih melihat ayat di dinding itu. Aku bangun semula dari katil dan kembali mengemas pakaian.

Daniel diam saja, tidak lama kemudian aku siap mengemas pakaian ke dalam bagasi. Aku masukkan laptop ke dalam beg. Telefon aku ambil, ada banyak panggilan tidak di jawab dan mesej yang tidak dibaca.

Tiba di dalam kereta, aku buka mesej yang masuk. Semuanya daripada papa. Aku buka mesej darinya—

From: Papa

Where the hell are you!!!

From: Papa

PICK UP YOUR PHONE!!!

From: Papa

Why didn't you go to college?!

From: Papa

IMANINA URWA! ANGKAT CALL!!

From: Papa

I sent my people and now they're in front of your door. Open it up!

From: Papa

Don't make me mad Nina!

From: Papa

Where the hell are you?! Did you use drugs again, hah?! Pick up your phone!!!

Aku mengeluh kecil melihat semua mesej daripada papa. Tak ada satu pun mesej yang tanya khabar aku. Like i said, nobody care about me.

Aku pun tak kisah pasal orang lain. Aku tak kisah pasal kelas atau kolej. I don't care anymore.

"Kenapa mengeluh?" Daniel menyoal dengan matanya masih fokus memandu. Aku tutup telefon aku dan toleh ke luar tingkap kereta.

"My dad. Dia mesej banyak kali. But none of them asking me if i'm okay. Aku tak berharap dia tanya, just like I expected. Nobody care." bisikku perlahan, tiba-tiba tangan aku yang masih memegang telefon itu disentuh oleh Daniel.

Aku menoleh melihatnya dan memandang ke arah aku sekilas sebelum kembali fokus ke depan. "I care," ujarnya cukup membuatkan hati aku berdebar dan berbunga. Aku tersenyum kecil dan menoleh ke luar tingkap semula.

~ ~ ~

"Kita dekat mana ni?" soal aku perlahan. Tempat ini macam aku pernah nampak. Seketika kaki aku terhenti saat terbaca papan tanda di depan dan bangunan besar di depanku.

PUSAT PEMULIHAN SAHABAT

Aku tergamam di sebelah kereta, aku menoleh melihat Daniel, dia melangkah berdiri di depan aku dengan senyuman kecil di bibirnya. "Apa semua ni?" soalku dengan nada yang perlahan.

Enam tahun lalu aku dihantar ke sini untuk berubah. Tiga tahun yang lalu aku keluar dari tempat ini. Kenapa dia bawa aku ke sini lagi? Rasa takut mula menguasai diri. Dia pun nak hantar aku ke sini macam papa?

"I want to help you," balasnya lembut. Tidak menunggu lama aku pusing dan mula berlari mahu pergi dari situ. Aku dengar bunyi tapak kaki dari belakang, Daniel mengejar aku.

Lengan aku ditarik lembut, aku sentuh bahuku erat. Dia pusingkan tubuhku supaya memandang dia semula. Aku semakin panik, jantung berdegup laju. Rasa pening mula hadir.

Sedutan ketika aku dipaksa dan ditarik oleh papa datang ke sini bermain di minda. Papa pergi tanpa toleh ke belakang melihat aku yang merayu untuk ikut dia pergi juga.

Dia langsung tak datang melawat aku. Sekali pun tidak pernah. Ketika aku keluar, dia hantar pemandunya untuk ambil aku. Dia hilang dari radar.

"Aku nak balik!" ujarku keras, aku tolak tubuhnya namun dia cuba untuk menenangkan aku. Tapak tangannya naik menekup pipiku, mata kami bertemu.

"Aku ada dekat sini, Urwa. Aku ada dengan kau—"

"Lepas tu apa? Kau nak balik dan tinggalkan aku lagi? Macam papa buat dulu?! Lepaskan aku!!" Aku menjerit cuba melepaskan diri, Daniel kelihatan terkejut. Namun tidak mengalah.

"Look at me!" ujarnya keras. Aku geleng kepalaku laju, aku mahu pergi dari sini.

Aku bukan tak suka tempat ini, banyak kenangan aku disini, tapi aku tak boleh lupa macam mana aku di bawa dan di kurung di dalam bangunan besar itu.

"Look at me!" Suara Daniel naik seoktaf, dia memandang aku dengan riak yang risau. Aku menangis di depannya.

"Ada sebab aku bawa kau datang sini Urwa. Bukan sebab aku nak tinggal kau dekat sini tapi aku nak kau ingat dan tengok sekeliling kau. Aku nak kasi kau sebab untuk kau teruskan kehidupan kau." balasnya lembut, ibu jarinya naik mengusap pipiku. Air mataku dikesat lembut.

"I can't. P— please I can't do this." rayuku lembut. Aku dengar Daniel mengeluh kecil dia tarik aku masuk ke dalam keretanya semula. Tanpa sebarang suara, dia pandu keluar dari kawasa itu.

Aku semakin lega dan tenang, aku peluk lututku erat sambil memandang ke luar tingkap. "I'm sorry," Aku dengar Daniel bersuara.

Aku toleh melihatnya, dia masih pandang ke depan dengan pemanduannya.

"It's okay," bisikku perlahan.

Aku cengkam kakiku kuat, aku pejam mataku erat. Bisikan suara jahat datang lagi, tanganku naik menekan telinga, tidak mahu mendengar bisikan itu.

Hurt yourself!

Kill kill kill!

You're fucked up!

Bitch you're useless!

Aku pejam mataku erat, aku ramas rambutku kuat, aku mula tarik rambutku dengan kuat. Rasa sakit aku abaikan, aku dengar ada suara memanggil namaku.

Pusing stereng tu!

Bodoh! Tak guna!

Pusing! Pusing! Pusing aku cakap!!

"No, leave me alone!" bisikku lemah. Air mataku jatuh, aku muka mataku dan lihat stereng di sebelah.

Pusing la bodoh!

Aku mahu bertindak namun tiba-tiba ada satu tangan menyentuh tanganku. Daniel meramas-ramas tanganku lembut.

Aneh. Pelik. Keliru.

Aku toleh melihat Daniel, dia tersenyum ke arahku, tanganku masih di pegang olehnya. Aku telan liurku perit. Tanganku sebelah lagi naik mnyentuh dada, laju.

Kenapa aku berdebar?

Seketika aku tergamam, semua bisikan jahat ditelinga hilang. Rasa mahu menganggu pemanduan tadi juga sudah hilang. Yang aku rasa sekarang cuma tenang dan selamat.

"Kau okay tak ni?" soalnya tiba-tiba. Aku diam, aku dapat dengar degupan jantung aku.

Dia dengar juga ke tak?

Aku biarkan tangan aku di dalam genggamannya. Aku mengeluh lega dan betulkan kedudukan aku. Tidak lama kamudian kami tiba di rumahnya. Dia bawa bagasi aku dan aku pula bawa laptop aku.

Tiba di dalam bilik luas itu, aku duduj di atas sofa. Aku dengar Daniel mengeluh kecil, aku toleh melihatnya yang sedang menaip sesuatu di telefonnya.

"I need to go," ujarnya tanpa memandang aku, dia berlalu masuk ke dalam tandas mahu bersiap. Beberapa minit kemudian, dia keluar lengkap berpakaian kerja sulitnya.

"Jaga diri. Aku keluar kejap," katanya lagi dan berlalu masuk ke dalam lif. Aku mengeluh kecil dan mula membuka laptop.

There is a feeling that is too much

Between me and you

It feels unfair

It wants to follow you go

I don't want to live

I don't want to part anymore

Yes, there is longing

There is jealousy

You left in the blink of an eye

It feels sick and unfair

If there is a choice

Let me be chosen to go

Wajah mama bermain di dalam fikiran, semuanya terasa masih segar di dalam ingatan. Terasa seakan baru kelmarin dia luangkan masa dengan aku dan hari ini— no more.

Aku bersandar pada sofa. Mataku pejam sambil cuba selesakan kedudukan di atas sofa itu.

"How's your day honey?" Senyuman menghiasi bibir pucat itu. Aku duduk di sebelahnya, aku peluk pinggangnya dan labuhkan kepalaku di dadanya.

"Great mom. How about you?" soalku lembut, rambutku terasa diusap lembut. Tiba-tiba aku dengar bunyi esakan kecil. Aku lepaskan pelukkan dan menoleh memandang wajahnya.

Mama menangis membuatkan aku rasa panik dan keliru.

"Mama? Mama sakit ke? Are you okay? You look so pale," ujarku lembut, aku kesat air matanya lembut.

"No. I just miss him," bisiknya kecil. Aku tergamam, sampai sekarang dia masih tak boleh lupakan papa.

"Lupakan dia mama. Dia tak ingat pun dekat kita. Dia memang tak guna sebab tinggalkan mama." kata aku keras, mama hanya tersenyum kecil.

"Dia tetap papa kamu, Urwa."

"No! I hate him! Urwa tak ada papa tak guna macam tu—"

"Urwa!!" Nada suara mama naik seoktaf, aku terkejut dan mula marah. Aku berdiri dari sofa dan memandangnya dengan riak tidak percaya.

"What? Kenapa nak marah? Benda betul! Papa tu bodoh sebab tinggalkan kita untuk betina lain! Papa tu tak guna! Dia tak layak untuk bahagia—"

PANG!!

Aku tergamam, kepala sudah terpaling ke kiri. Pipi kanan terasa perit. Aku lihat mama dengan riak marah dan sedih, mama kelihatan menyesal.

"Urwa—"

"I hate you!!"

Jerit aku sebelum berlari kelur dari rumah. Aku berlari keluar, panggilan mama aku abaikan. Lebih baik aku pergi jalan-jalan tenangkan fikiran dan sejukkan hati dulu.

Mama tak pernah naik tangan pada aku, disebabkan papa dia tampar aku!

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, sudah lima jam aku tinggalkan mama di rumah sendirian. Aku buka pintu dan melangkah masuk ke dalam.

Gelap— lampu tidak dibuka.

Aku mengerutkan dahi dan berlalu menghidupkan lampu. Aku rumah sudah cerah, aku panggil mama, tiada sahutan.

Saat itu jantung aku mula berdegup laju, rasa tidak sedap hati mula hadir. Kaki melangkah ke bilik tidurnya, kosong. Aku berlalu ke tandas dan saat itu duniaku terbalik.

Duniaku gelap, mama tidak sedarkan diri di atas lantai. Wajahnya pucat, matanya terbuka, dilantai penuh dengan ubat.

"Mama!!" Aku berlari ke arahnya, aku angkat kepalanya dan letak di atas riba aku. Air mataku sudah mengalir laju, aku letak jari di bawah hidungnya— kosong.

"Mama, bangun." panggilku lagi, aku goncang badannya kuat.

"Mama, ni tak lawak. Jangan buat Urwa macam ni." Aku ketawa kecil, aku tepuk pipi mama beberapa kali.

Aku cari nadi di pergelangan tangannya dan di lehernya, namun kosong. Tiada apa—

Air mata mengalir lagi.

"No!! Mama!! Bangun! Urwa minta maaf!! Mama bangun!! Urwa minta maaf!!" Aku peluk tubuh mama erat, teringat apa yang aku kata padanya petang tadi—

"Urwa tak benci mama. Urwa sayang mama," bisikku dengan esakkan yang kuat.

Aku jerit memanggilnya, tiada pergerakkan. Aku jerit lagi, mahu dia bangun.

"Urwa?" Aku toleh ke belakang, lelaki yang selalu mama bawa datang ke rumah tengok aku dengan riak terkejut.

Saat dia sedar mama di riba aku—

"Isma!!" jeri lelaki itu dan berlari ke arah aku. Dia angkat mama, dia cuba cari nadi mama, aku sudah berganjak menjauhi mereka. Lelaki itu menangis juga, dia cuba beri CPR untuk mama namun semuanya sia-sia.

Tubuh mama sudah sejuk, dia dah pergi.

Aku buka mataku, air mata mengalir dipipi aku kesat lembut. Andai aku boleh putarkan waktu, aku tak akan marah mama dan kata-kata terakhir aku pada mama akan berubah.

Aku cakap aku benci dia sebab aku sangat marah masa tu. Aku tak sempat cakap betapa besarnya sayang aku dekat dia, aku tak sempat minta maaf dengan dia.

Aku peluk lututku rapat ke lutut, aku pejam mataku semula.

Andai mama dengar bisikan hatiku sekarang.

Mama, Urwa minta maaf. Urwa sayang sangat dekat mama. Mama segala-galanga buat Urwa. Mama dunia Urwa. Tanpa mama, Urwa cuma manusia yang dah mati dalam tubuh yang hidup.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status