Share

CS ¦ 019

SEBAIK saja Sherin menutup pintu rumah. Badan berpaling ke belakang dan kelibat seorang gadis yang amat dikenali menyapa mata.

Gadis itu sedang duduk di atas sofa, mata tertancap ke arah televisyen dan mulut pula sedang mengunyah makanan ringan.

“Sherin baru balik?” tegur seorang wanita dari anak tangga. Sherin terus menoleh dan mengangguk perlahan.

“Lambat kau balik?” soal gadis yang berada di ruang tamu itu. Mata Sherin sekali lagi teralih ke arah gadis itu.

“Aku nampak kau keluar dengan budak sebaya aku. Anak ikan kau ke?” Terbuntang mata Sherin dibuatnya, dia hanya membiarkan saja apa yang gadis itu mahu katakan. Dia tidak mahu berbalah kerana perkara itu akan mendatangkan hal yang sia-sia. Tambahan pula, dia sudah kepenatan. Malas hendak melayan sesiapa.

“Tak apalah, saya naik dulu.”

Baru saja Sherin hendak melangkah, gadis itu terus laju menghalang pergerakan Sherin
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status