Share

CS ¦ 020

"WOOJIN..." panggil Puan Sora dari arah dapur.

Woojin yang baru menuruni anak tangga segera mendekati ibunya.

“Ya ibu?” sahut Woojin.

“Nah, bekal kamu. Satu lagi ni beri kepada Mingi. Dah lama dia tak ke mari. Sibuk sangat ke? Sherin pun jarang datang ke gerai kita.”

“Sibuk la kot,” jawab Woojin acuh tidak acuh.

Mata Puan Sora terus melirik ke wajah Woojin. Dilihat wajah anaknya itu dengan teliti.

“Woojin gaduh dengan Mingi ya?”

Woojin terus menoleh. Terkejut dengan soalan yang diajukan Puan Sora. Bagaimana ibunya tahu tentang hal itu. Tak kan pula Mingi datang mengadu. Woojin memandang ke arah lain, tidak berani mahu bertemu mata dengan Puan Sora.

“Woojin.…”

Panggilan lembut Puan Sora hanya membuatkan Woojin semakin menunduk ke bawah.

“Dengar sini, ibu nak pesan.” Tangan Puan Sora laju mengangkat kepala Woojin dan menariknya perlahan agar dapat melihat wajah anak kesayangannya itu.

“Sahabat atas dunia ni, susah nak dicari. Kalau dah temui, peganglah erat tali. Gaduh sekali-seka
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status