7 tahun lalu,
SUARA PERGADUHAN menampan gegendang telinga sekaligus menyedarkan Nadzmi dari lenanya. Terkesip-kesip dia membuka mata, tangannya diangkat lalu menggosok pancaindera tersebut. Nadzmi bingkas dari katil lalu menungkai tapak ke arah pintu biliknya.
Nadzmi melangkah keluar, suara pertengkaran itu masih jelas kedengaran. Di celah pintu bilik ibu dan ayahnya yang sedikit terkuak, anak matanya mengintai ke dalam.
Jelas kelihatan ayahnya sedang menyumbat pakaian ke dalam sebuah beg sementara ibunya cuba seperti sedang menghalang suaminya daripada terus melakukan hal itu.
“Kau nak buat apa dengan baju-baju aku, ha!” Izzah meninggikan suara ketika melemparkan kata-kata itu.
“Aku nak kau berambus dari sini!” balas Mifzar kasar.
“Kau nak aku berambus ... Eh jantan, kau yang sepatutnya berambus dari sinilah. Rumah ni bukannya bawah nama kau pun!” selamba sahaja kata-kata itu terlontar keluar dari mulut Izzah.
“Kau jangan nak cabar aku!” jerkahan Mifzar bergema memenuhi ruang bilik itu. Tangannya sudah melayang naik ke udara.
“Lempanglah, kau ingat aku takut? Kalau kau nak kahwin sangat dengan perempuan tu, kahwinlah! Tapi kau yang kena berambus, bukannya aku!”
Nada suara Izzah tinggi seoktaf. Had kesabarannya kian menipis. Mana mungkin dia akan membiarkan rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya ini jatuh di tangan suaminya sesuka hati.
“Diam!” Tapak tangan Mifzar menempeleng ekor pipi Izzah. Lahar di hatinya sudah meletus.
“Ayah!” Nadzmi terjengul di muka pintu sejurus menghentikan pertelagahan antara pasangan suami isteri itu.
“Kau nak sangat aku berambus kan? Okey, aku akan bawa anak aku keluar dari 'neraka dunia' ni sekali!” kata Izzah rampus, sambil menikam wajah suaminya.
Mifzar mahu menampar Izzah sekali lagi, tetapi Nadzmi cepat-cepat menahan tangan ayahnya daripada terus melakukan hal demikian.
“Ayah, jangan ayah!”
“Ish! Ke tepilah!”
Nadzmi jatuh terjelupuk ke atas lantai tatkala ditolak kuat oleh Mifzar. Lelaki itu kemudian mengheret Izzah keluar dari bilik itu dengan kasar sehingga ke pintu utama. Izzah meronta-ronta cuba melepaskan lengannya daripada genggaman Mifzar, tetapi gagal.
“Blah kau!”
Izzah ditolak kasar. Tersungkur jatuh mencium lantai konkrit. Pinggangnya berasa sakit. Beg yang telah diisikan pakaian sebentar tadi dicampak ke arahnya tanpa sekelumit rasa kasihan.
“Izzah Noraini binti Yahya, aku ceraikan kau dengan talak satu. Berambus kau dari sini!” lafaz itu akhirnya terhambur keluar dari mulut Mifzar. Ikatan kasih yang telah disemai selama lapan tahun akhirnya hancur berderai.
Mifzar membanting pintu rumah, kemudian suara tangisan daripada sang anak kedengaran bersilih ganti dengan suara amarah sang ayah. Pastinya Nadzmi sedang disebat kerana meraung mahukan ibunya.
Air mata Izzah merembes laju, bukan kerana telah diceraikan, tetapi kerana terfikirkan nasib anaknya yang telah menjadi mangsa keadaan.
“Nadzmi ... Maafkan mak sebab tak dapat nak mempertahankan kamu,” katanya sendiri, bersama air mata yang mula jatuh meladungi pipi.
BEBAS, itulah yang Nadzmi Saad sentiasa harapkan dalam hidupnya. Bebas daripada segala derita yang memeritkan, yang telah memusnahkan kebahagiaan hidupnya, angkara kisah duka yang telah berlaku, tujuh tahun dahulu.Pulang sahaja dari sekolah pada tengah hari itu, Nadzmi terus memasuki biliknya. Beg diletakkan di atas meja belajar. Batang tubuhnya dihempaskan ke atas katil. Dia mahu berehat seketika untuk menyirnakan kepenatan yang masih menguasai diri.Dia berbaring, bersama uniform sekolah yang masih membaluti tubuh, tidak pula kelopak matanya tertutup. Setelah penatnya hilang, barulah Nadzmi bangkit semula dari pembaringannya.Seketika kemudian pintu biliknya terkuak. Wajah adik tirinya tersembul di muka pintu. Namanya Khairy, umurnya dua tahun lebih muda daripada Nadzmi."Hoi Nadzmi. Kau siapkan kerja sekolah aku ni. Pastikan siap. Petang nanti aku nak." Selamba Khairy mencampak buku-buku latihannya kepada Nadzmi."Kau ingat ak
NADZMI tekun menyiapkan latihan komsas yang diberikan oleh Cikgu Ruzaini berkaitan sajak 'Pesan Ibu Beribu-ribu'. Latihan itu disiapkan bersama satu perasaan yang telah sekian lama dipendamnya, yakni rindu.Sungguhpun sajak itu tiada kaitan dengan kisah derita hidupnya, tetapi sajak itu secara tidak langsung telah menggamit memori indah disaat mereka masih hidup bahagia bersama ketika dahulu, sebelum segalanya berubah angkara kemunculan Kamelia dalam hidup mereka.Hampir sahaja air mata jantannya jatuh mencemari pipi tatkala dia semakin hanyut dibawa arus khayalan, tetapi khayalan itu akhirnya terpancung apabila Cikgu Ruzaini menegurnya."Nadzmi, kamu ada apa-apa masalah?" tanya Cikgu Ruzaini, merenung tampang wajah Nadzmi."Tak ada, cikgu," Nadzmi cuba berlagak tenang meskipun sisa-sisa khayali tadi masih berlegar-legar di sanubari.Nadzmi ditenung oleh Cikgu Ruzaini. Dia dapat melihat kesan-kesan sebatan di tubuh badan Nadzmi kerana a
LAPTOPNYA dimatikan lalu dilipat. Izzah bersandar selesa di kerusinya, kemudian menghembuskan segugus nafas berat. Pandangannya menebak dada jam yang tergantung di dinding biliknya, 10.30 malam. Padanlah terasa kantuk dan penat.“Izzah, kau tak tidur lagi?” tanya Sha, kepalanya terjengul di muka pintu.“Belum, aku baru siap semak slide yang pelajar aku hantar untuk tugasan PBL,” jawab Izzah, berkalih melihat Sha yang tercegat di muka pintu biliknya.“Oh, baguslah kalau begitu. Selepas ni kau berehatlah ya, takut esok kau tak ada tenaga pula nak mengajar,” kata Sha kemudian berlalu pergi.“Yalah,” Izzah sekadar mengiakan pesanan Sha, kemudian tubuhnya yang kelenguhan itu dihempaskan ke atas tilam.Izzah tercenung, siling putih menjadi renungan matanya. Sedar atau tidak, sudah hampir sedekad rupanya dia mengendon di rumah Sha sejak dia diistiharkan 'janda' pada tujuh tahun lalu. Pantas sungguh mas
PAGI itu seperti hari-hari sebelumnya. Mentari tetap bersinar gagah. Calar-calar awan di kaki langit terlihat indah. Burung-burung juga melayang bebas membelah angkasa. Suasana di sekolah tetap meriah dikala sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa. Langkah diatur penuh kemas ketika menuju ke tandas. Khairy menaikkan ekor tengkuk kemeja sekolahnya seperti dracula, acah-acah gangsterlah kononnya. Sehari jika tak singgah ke tandas memang tak sah, mesti mahu membuang punya. Secara kebetulan, Arman, Daniel dan Arsyad baru sahaja selesai membantu guru membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Ketika itu mereka dalam perjalanan kembali ke makmal Sains. “Arsyad. Kau nampak apa yang aku nampak?” Daniel menyinggung lengan Arman. Pandangannya terpanah tepat ke arah Khairy yang sedang melangkah masuk ke dalam tandas. “Nampak ... Bahkan, sudah terang lagikan bersuluh. Mata aku ni masih belum rabun, bro.” Leretan sengih tersungging di bibir Arman. Korne
SIANG dan malam bersilih ganti seperti biasa. Mentari tetap meluaskan cahayanya ke seluruh pelosok alam, sementara awan sisik ikan menghiasi dada langit. Indah bila dijenaki, ia juga mampu menghadirkan ketenangan bagi yang melihatnya. Itulah kebesaran Allah SWT yang berkuasa menciptakan alam ini. Luqman duduk meneleku dagu di mejanya. Kelmarin dia dan semua warga sekolah sudah menerima warita tentang Nadzmi. Rakannya itu telah dibawa ke hospital dan telah disahkan stabil. Benarlah tekaan mereka sebelum ini, Nadzmi didera lagi. “Wei, kau termenungkan apa tu?” Satu suara menegur datangnya dari arah belakang. Luqman berpaling ke arah suara itu, melihat Aleyna yang sedang merenungnya. Anak mata mereka saling bersabung pandang. Kedudukan kerusinya diubah sedikit. “Termenung apa lagi kalau bukan fasal Nadzmi ...” jawab Luqman, melemparkan sekilas senyuman sebelum riak wajahnya kembali seperti sebelumnya. “Itulah, aku pun asyi
NADZMI merenung tingkap biliknya yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang lenggang di kawasan perumahannya. Termenung, itu sahaja aktivitinya sedari tadi. Dia bukannya tidak punya kerja lain untuk dilakukan, cuma hatinya begitu terusik akan suatu perasaan. Belum pernah hatinya dijelajah oleh perasaan sedemikian, dan ianya mula dirasai sejak hadirnya Cikgu Izzah di sekolahnya. Ya, hati dan perasaannya begitu kuat mengatakan guru itu adalah sebahagian daripada hidupnya. “Izzah Noraini ...” Nama itu kembali meniti di ulas bibirnya. Sijil kelahirannya dikeluarkan. Nama Izzah Noraini binti Yahya jelas terpampang di sijil itu sebagai insan yang telah melahirkannya. Dan, cikgu barunya itu juga mempunyai nama yang serupa. ‘Adakah benar dia ibu kandungku? Atau sekadar nama sahaja yang menyerupai?’ Persoalan itu terkutik di mindanya. Dia mengelamun lagi sementara di luar sana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-
GAMBAR berukuran pasport di tangan ditenung lama. Tidak dihiraukan guru-guru lain yang sedang rancak berbual sambil menyiapkan kerja masing-masing. Suasana itu tidak sekelumit pun mengganggu ketenangannya kerana ia tidak serancak dalam bilik darjah.“Izzah, termenung apa tu?” Lari mencicit kelekaan Izzah apabila bahunya disapa seseorang.Dipanggung kepala ke arah si empunya suara, melihat Cikgu Zarina yang sedang tersenyum memandangnya, “Termenung memikirkan masa hadapan. Eh, bukan, bukan. Termenung memikirkan ...”“Ha, termenung apa? Memikirkan apa? Pakwe? Kerja? Anak murid? Nak makan apa sekejap lagi?” Cikgu Zarina cuba meneka, bertalu-talu.“Bukan termenung memikirkan, termenung tengok gambar ni ha ...” Disuakan gambar itu supaya Cikgu Zarina dapat melihatnya. “Itu gambar anak saya,” tokoknya memberitahu.“Oh, Izzah ada anak rupanya.
PENYATUAN kembali antara Nazmi dan Izzah setelah berpisah selama tujuh tahun, meleraikan ikatan rindu yang melilit kuat dalam ruang lipatan sukma. Gembiranya sukar ditafsir, terlupa segala derita yang memayungi selama ini.Di pondok itu, mereka bersama-sama mengisi kekosongan perut. Cahaya kegembiraan tak lepas-lepas memancar dari rona wajah. Bahagia kini dikecapi, meskipun sebentar nanti mereka akan berpisah untuk seketika. Membawa haluan sendiri.Perjuangan Nadzmi masih belum tamat. Dia masih terpenjara dalam cengkaman itu. Dia masih belum bebas.“Ibu, esok kita jumpa lagi ya? Nadzmi kena balik walaupun sebenarnya Nadzmi terseksa dalam neraka dunia tu, kalau tak ‘betina’ tu akan cari dan seksa Nadzmi macam dulu,” ucap Nadzmi kepada ibunya seusai mereka mengerjakan solat Zuhur berjemaah di Surau Al-Karim, berdua.Kedudukan Nadzmi agak statik, yakni betul-betul di hadapan tirai ruang solat wanita. Izzah mengesat pipinya yang