Maafkan kesilapanku untuk kali ini. Menyakitimu adalah di luar keinginanku - Sukri
SUKRI muncul di tangga rumah lalu menuju ke beranda sebaik sahaja memberi salam. Di tangan kanannya membimbit plastik berisi kuih yang telah dibeli di tepi jalan ketika pulang dari pekan tadi.
Tini menyalaminya diikuti Natasha yang ketika itu sudah siap mengerjakan tugas sekolahnya.
“Tolong buatkan abang kopi, ya?” Sukri memulakan bicara.
Tini mengangguk seraya bingkas bangun menuju ke dapur tanpa berkata apa-apa.
“Tini... jangan manis sangat,” sambung Sukri lagi lalu mendapat anggukan daripada wanita itu.
“Tasha dah siapkan kerja sekolah, ya?” tanya Sukri kepada Natasha pula.
“Dah, ayah!” jawab Natasha disertai dengan senyum comelnya.
“Pergi simpan buku. Mandi,
Setiap kesalahan pasti dimaafkan, tetapi untuk melupakannya, perlukan waktu kerana luka yang diberikan pasti meninggalkan parut yang akan kekal selamanya.PAK SALIHIN memerhatikan Tini yang duduk di pangkin di hadapan rumah. Terasa ada sesuatu yang bermain di fikiran anak perempuannya itu.Dia berganjak dari duduknya seraya menuju ke arah Tini. Tini yang sedang leka melayan perasaan, sedikit terkejut dengan kedatangan ayahnya itu. Posisi duduknya diubah. Selendang yang jatuh dari bahu pula dibetulkan.Pak Salihin duduk di sebelah Tini. Tini mengengsot sedikit, memberi ruang duduk kepada ayahnya. Lelaki tua itu memandang Tini lalu pandangannya dibalas dengan rasa hairan Tini.“Ada apa, ayah?” tanya Tini sedikit penasaran.“Sukri, mana? Kamu datang sorang?” Kelihatan kerut di wajah Pak Salihin apabila mengajukan soal
Entah kenapa kita sering lupa dan berkali-kali melakukan kesalahan. Meminta maaf dan mengulanginya lagi. Apakah sebenarnya yang harus dilakukan?SUKRI memandang Tini penuh marah. Penatnya belum hilang setelah pulang dari kerja. Tini yang baru pulang dari rumah emaknya menimbulkan pertengkaran antara mereka berdua.Tini merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya. Lelaki itu naik berang. Tini yang kebingungan melihat Sukri yang berdiri mencekak pinggang terasa amat takut ketika itu. Dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Sukri.Pagi tadi ketika pergi kerja, Sukri baik-baik sahaja. Tidak ada sebarang keanehan pada lelaki itu. Tetapi petang itu Sukri memandangnya penuh marah. Seakan mahu ditelan Tini di hadapannya.“Baru balik?” Sukri bertanya setelah sekian lama memandang Tini.“Ya abang. Tini dari rumah mak. Kenap
Apakah hubungan ini akan berakhir dengan perpisahan lagi? Kita tak lagi sehaluan saat kesilapan lalu menjerat hubungan yang baru dijalinkan ini...TANPA diduga Tini berlari anak menuju ke biliknya. Dia mengambil beberapa helai pakaiannya dan memasukkannya ke dalam beg.Ya Tuhan! Sukri tercengang.Apakah Tini akan pergi dari rumah mereka?Sukri mengikut Tini dari belakang. Melihat Tini dengan beg di tangan, dia terkedu.“Tini nak pergi mana?” soal Sukri lalu menahan bahu Tini.“Biar Tini pergi, abang. Jangan halang Tini,” balas Tini tegas.“Tini nak ke mana?” tanya Sukri lagi. Masih mahu menghalang niat isterinya itu.“Tini nak balik.” Pegangan tangan Sukri di bahunya dilepaskan.“Tini nak pergi rumah mak?” teka Sukri dengan laju. Dia
Apakah rasa yang tumbuh di hati ini namanya egois? Benarkah? Jika benar itu egois, apakah harus melupakan dan membina sesuatu yang baru bersamanya?“NAIKLAH Sukri. Kenapa masih di bawah?” Wan Saloma tersenyum melihat Sukri dan Natasha yang baru tiba di depan rumahnya.“Ya, mak.” Sukri duduk bersila di tikar mengkuang di beranda rumah ibu mentuanya itu. Hatinya berkecamuk. “Tini okey ke mak?” Lelaki itu memulakan bicara.Wan Saloma tersenyum dan meminta Natasha menemui mamanya di bilik. Natasha hanya menurut. Dia tidak membantah. Sebaik sahaja Natasha hilang dari pandangan, Wan Saloma memandang Sukri semula.“Kamu bergaduh pasal apa Sukri, sampai Tini buat hal macam ni? Sebagai ibu, mak tak suka Tini buat macam ni. Bergaduh, tinggalkan rumah, tinggalkan anak, suami. Salah apa yang Tini buat. Tini ni pun sat
Terkadang, kita cuma ingin lari dari masalah. Ingin jauh dari semuanya. Tetapi kita lupa, sebenarnya masalah itulah yang mendewasakan kita.NATASHA yang tersenyum riang tiba-tiba terdiam. Matanya melilau mencari sesuatu.“Mana ayah? Motosikal ayah dah tak ada. Ayah pergi mana?” Natasha kehairanan seraya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.“Ya, Tini... Sukri mana?” Wan Saloma menyoal pula.“Dah balik, mak,” balas Tini ringkas sambil menahan rasa pilu di dada sejak Sukri pergi tadi.“Hah? Dah balik? Habis, Tini dengan Tasha macam mana?” Wan Saloma terkejut. Keningnya berkerut.“Biar Tini di sini, mak.” Tini mengatakan itu membuat ibunya menggeleng kepala.“Apa yang Tini buat ni? Mak dah bagitahu kan, ikut Sukri balik. K
Sabar dan tolak ansur itulah sebenarnya kekuatan kasih sayang dalam ikatan rumah tangga. Saling percaya menjalin ikatan yang kukuh...TINI meletakkan beg pakaian yang dibimbitnya di tepi birai katil. Dia duduk di katil sambil matanya mencari sesuatu. Tidak ada apa yang berubah di bilik itu.Wanita itu bingkas bangun menuju ke hujung sudut biliknya. Dia memegang tuala Sukri. Masih kering. Tini pasti Sukri belum menggunakannya.Pasti Sukri belum pulang ke rumah sejak dari tadi. Tini meletakkan semula tuala itu di tempat asalnya. Dia kembali duduk di katil menunggu Sukri.Lima belas minit berlalu, Natasha muncul di biliknya. Tini sedikit terkejut.“Mama, ayah belum balik lagi?” tanya Natasha.“Belum, Tasha...” ujar Tini singkat.“Mama telefonlah ayah. Tasha nak
Mudahnya seseorang melukakan.Tanpa ada rasa penyesalan. Semudah itu berkata sayang, Semudah itu ia melupakan.TERSENYUM Tini sebaik sahaja menerima wang hasil jualan kuih dan nasi lemak daripada Haji Lokman. Terasa hilang semua penatnya. Tidak sabar untuk memberitahu Sukri yang hasil jualan sangat laku.Haji Lokman pula menyarankan agar Tini menambah bilangan bungkusan nasi lemak yang dihantar ke warungnya. Wanita itu tersenyum mengangguk tanda setuju.Sebaik sahaja bersetuju dengan saranan Haji Lokman, Tini meminta diri untuk pulang. Basikal disorong ke seberang jalan.Baru saja melepasi warung Haji Lokman dan ingin mengayuh basikal, kedengaran namanya dipanggil seseorang. Tini menoleh dan memberhentikan basikal. Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu di belakang.Ya Allah! Tini mengerut
Rasa pedulimu, perhatianmu, cemburumu, penghargaanmu padaku sudah cukup buatku bahagia. Tanpa itu semua, aku merasa tak punya sesiapa - Tini SEDANG Tini terhinjut-hinjut menahan kesedihan, seseorang datang menyentuh bahunya membuatkan dia terkejut. Tini lantas berpaling. Dia adalah Sukri yang ketika itu tercengang melihat Tini begitu. Dahi Sukri berkerut tanda tidak mengertidengan apa yang terjadi kepada Tini. “Kenapa Tini?” soal Sukri sejurus kemudian. “Abang... err, kenapa abang balik awal? Tini belum masak apa-apa.” Pipi dikesat perlahan. Sukri merenung dengan penuh hairan. “Mari sini Tini. Duduk.” Tini hanya menurut sambil menyeka air mata yang masih bersisa di pipi. “Ada apa ni, Tini? Kenapa menangis?” “Tak ada apa-apa,” jawab Tini dengan gelengan kepala. “Tini, bagitahu abang,” pinta Su