Share

BAB 18

Setiap kesalahan pasti dimaafkan, tetapi untuk melupakannya, perlukan waktu kerana luka yang diberikan pasti meninggalkan parut yang akan kekal selamanya.

PAK SALIHIN memerhatikan Tini yang duduk di pangkin di hadapan rumah. Terasa ada sesuatu yang bermain di fikiran anak perempuannya itu.

Dia berganjak dari duduknya seraya menuju ke arah Tini. Tini yang sedang leka melayan perasaan, sedikit terkejut dengan kedatangan ayahnya itu. Posisi duduknya diubah. Selendang yang jatuh dari bahu pula dibetulkan.

Pak Salihin duduk di sebelah Tini. Tini mengengsot sedikit, memberi ruang duduk kepada ayahnya. Lelaki tua itu memandang Tini lalu pandangannya dibalas dengan rasa hairan Tini.

“Ada apa, ayah?” tanya Tini sedikit penasaran.

“Sukri, mana? Kamu datang sorang?” Kelihatan kerut di wajah Pak Salihin apabila mengajukan soal

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status