____________________
TINI baru saja turun dari anak tangga rumahnya untuk menghantar bakul nasi lemak dan kuih ke warung Haji Lokman. Dia menyorong basikalnya yang diletakkan di tepi rumah.
Tini juga berhajat untuk singgah ke rumah emaknya setelah selesai menghantar nasi lemak ke warung Haji LokMengapakah kenangan sering berbunga, bergayut resah di dada, silih berganti suka dan duka. Sakit yang kurasa, entah ada penawarnya - Tini__________________Izmir, lelaki pertama yang mencuri hatiku satu ketika dahulu. Juga lelaki pertama yang tega melukakan hatiku. Meninggalkanku di saat aku mengimpik
Rahsia akan tetap menjadi rahsia selama ia kekal dijaga. Namun bagaimana bila ia mula menjadi tanda tanya?_____________________HARI dan masa berlalu dengan cepatnya. Kehidupan Sukri dan Tini berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan daripada Izmir lagi.Sejak Sukri dipukul dan Tini merayu agar Izmir tidak menganggunya lagi, Izmir menghilangkan diri. Sejak itu, dia tidak muncul lagi.Hingga kini, sudah menginjak ke beberapa tahun, Izmir benar-benar sudah hilang dari kehidupan Tini.T
Hati akan hancur bila pengorbanan tidak dihargai. Apalagi dari orang yang paling disayangi. Sakitnya bagai tertusuk duri...________________________SUKRI terkejut apabila pulang dari kerja, telinganya menangkap perbualan Tini dan Natasha. Seakan pertengkaran berlaku antara mereka berdua.Melangkah masuk ke muka pintu, kelihatan Nurul Nadiya sedang menangis. Tini tidak mempedulikan anak kecilnya itu malah sedang bertikam lidah dengan Natasha.Sukri melangkah masuk seray
Walau diri ini dibenci, itu tidak bermakna rasa sayangku tak lagi bersemi. Namun ia tetap terpatri walau ia menyakitkan hati ini. - Tini____________________ANAK seusia enam bulan yang ditatang bagai minyak yang penuhhingga meningkat remaja kini memberontak kepadanya. Menidakkan status ibu yang dipegangnya. Terasa hancur luluh hatinya.“Tini.” Sukri meraih tangan Tini. Dia mengerti apa yang dirasa
Andai saja susah payah selama ini dapat kau ingat sedikit, cukup buat ku hilangkan rasa gundah ini. Tapi, keenggananmu buatku kembali menyepi - Tini______________________LEBIH kurang dua puluh minit perjalanan dengan kereta, Tini tiba di rumah dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Lantas dia terkejut kerana Sukri sudah ada di ruang tamu. Sukri sudah pulang dari tempat kerjanya. Lelaki itu memandang Tini penuh hairan.“Dari mana Tini?” soal Sukri memulakan perbualan.“Rumah mak, ab
Sepahit apa pun kenyataan, harus tetap diterima, sebagaimana seindahnya harapan yang sudah kau raih sebelumnya._____________________INILAH puncanya Natasha berubah!Tini dan Sukri tersentap dengan penjelasan Natasha. Sungguh mereka berdua tidak menduga yang selama ini Natasha dipengaruhi seseorang rupanya.Patutlah sikapnya agak berlainan akhir-akhir ini. Keanehan sikap Natasha terjawab dengan penjelasannya.“Apa? Siapa yang bagitahu Tasha? Bagitahu ayah, Tasha.” Kali ini terasa panas hati Sukri.“Manalah Tasha tahu
Terkadang kita sering alpa dengan kesalahan diri sendiri. Hingga tanpa kita sedari kita melukakan hatinya berkali-kali._______________________HAMPIR dua puluh lima minit memandu, Tini turun dari keretanya. Dia memandang ke arah rumah yang berada di hadapannya. Kelihatan agak sunyi. Entah tidak ada penghuni atau orangnya sedang tidur. Tini memberi salam. Beberapa kali salam diberi masih tidak dibalas.Puas menunggu, Tini melangkah hampa. Namun sebaik sahaja Tini mem
Andai satu hari tak bersua, sesak di dada terasa ingin bersama. Bila sudah bertentang mata, luka ditoreh sakitnya mungkin akan lama._______________________SUDAH dua hari Sukri bermasam muka. Dia tidak mahu bercakap dengan Tini. Pagi-pagi lagi Sukri pergi ke tempat kerja tanpa menjamah sarapan yang dibuat Tini. Tidak juga mahu membawa bekal yang disediakan Tini.Pagi itu Tini melihat bekas gulai lemak pucuk paku dan ikan selar goreng yang dibekalkan tidak juga dibawa Sukri. Masih ada di atas meja makan.Tini menahan air mata yang mula bergenang di pelupuk matanya. Sikap acuh tak acuh Sukri selama dua h