_____________________
INILAH puncanya Natasha berubah!
Tini dan Sukri tersentap dengan penjelasan Natasha. Sungguh mereka berdua tidak menduga yang selama ini Natasha dipengaruhi seseorang rupanya.
Patutlah sikapnya agak berlainan akhir-akhir ini. Keanehan sikap Natasha terjawab dengan penjelasannya.
“Apa? Siapa yang bagitahu Tasha? Bagitahu ayah, Tasha.” Kali ini terasa panas hati Sukri.
“Manalah Tasha tahu
Terkadang kita sering alpa dengan kesalahan diri sendiri. Hingga tanpa kita sedari kita melukakan hatinya berkali-kali._______________________HAMPIR dua puluh lima minit memandu, Tini turun dari keretanya. Dia memandang ke arah rumah yang berada di hadapannya. Kelihatan agak sunyi. Entah tidak ada penghuni atau orangnya sedang tidur. Tini memberi salam. Beberapa kali salam diberi masih tidak dibalas.Puas menunggu, Tini melangkah hampa. Namun sebaik sahaja Tini mem
Andai satu hari tak bersua, sesak di dada terasa ingin bersama. Bila sudah bertentang mata, luka ditoreh sakitnya mungkin akan lama._______________________SUDAH dua hari Sukri bermasam muka. Dia tidak mahu bercakap dengan Tini. Pagi-pagi lagi Sukri pergi ke tempat kerja tanpa menjamah sarapan yang dibuat Tini. Tidak juga mahu membawa bekal yang disediakan Tini.Pagi itu Tini melihat bekas gulai lemak pucuk paku dan ikan selar goreng yang dibekalkan tidak juga dibawa Sukri. Masih ada di atas meja makan.Tini menahan air mata yang mula bergenang di pelupuk matanya. Sikap acuh tak acuh Sukri selama dua h
Rasa ingin tahu yang berputik di hatimu itu, buatku ragu untuk memberitahu. Kerana, belum tentu kau menerima sepenuh hatimu, malah kau akan menyalahkanku._______________________HATI Sukri tercuit hiba. Dia terkenangkan Tini yang selalu menjaga dan mengambil berat akan makan minumnya. Tini tidak pernah m
Terkadang, aku tidak tahu harus berfikir apa. Kehadiranmu itu menebarkan rasa peduli atau rasa benci. Yang nyata, aku yang sakit hati - Tini_____________________“KENAPA mama tukar topik? kenapa mama asyik mengelak bila Tasha tanya siapa lelaki tu. Kalau dia bukan sesiapa, buat apa dia selalu datang nak jumpa Tasha? Apa tujuan dia buat semua ni?”Tini kerut dahi. Natasaha cari pasal lagi.“Tasha, sudahlah. Jangan tanya lagi.
Penyesalan selalunya datang di hujung waktu. Tidak mungkin dapat berpaling seperti dulu. Andai kuterima maaf dan simpatimu, Cukuplah buat menebus kesalahanku. - Izmir_______________________LELAKI yang bernama Izmir itu menyesal melukakan hati Tini suatu ketika dahulu. Dia berasa bersalah kerana mengecewakan Tini.Andai saja dia tidak berbuat demikian, Tini pasti menjadi miliknya kini dan panggilan ayah dari Tasha itu pasti juga untuk dirinya. Kini Tasha memanggilny
Mengalah itu tidak bererti kita kalah. Tapi cuma untuk memberinya kesempatan untuk berubah, setelah terlanjur membuat salah.________________________JAM sudah berlalu ke angka hampir lima setengah petang. Sukri bersiap-siap untuk pulang dari tempat kerja. Beberapa kali menghidupkan enjin motosikalnya, hati Sukri menahan marah. Enjin motosikalnya tidak mahu hidup.Baru saja minggu lepas motosikalnya dibawa ke bengkel kerana meragam. Dua hari motosikalnya bermalam di bengkel Abang Sahak. Melayang duit kerja lebih masanya yang dikumpul.Sukri naik geram.
Rasa bahagia itu tidak dapat dicari di mana-mana. Ia ada di dalam diri kita sendiri...________________________SUKRI mengeluh. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.Melihat Izmir berlalu pergi meninggalkannya, hati Sukri tercuit. Adakah Izmir benar-benar sudah berubah? Atau itu hanya sandiwara yang dibuatnya sahaja untuk meraih simpati darinya?Sukri tidak mahu percaya bulat-bulat. Dia tetap mengambil langkah berhati-hati terhadap Izmir. Lelaki selicik Izmir sudah pasti menyusun pelbagai rencana untuk kepentingan dirinya sendiri.Sukri masih menyorong motosikalnya dengan baki lima minit lagi untuk sampai ke bengkel Abang Sahak. Keringat dingin membasahi bajunya. Nafasnya turun naik dengan laju. Terasa penat yang amat sangat.
Walau kita berbeza semua, beza harta dan juga rupa, namun yang aku punya tidak sama, cinta dan percaya paling utama. Pendamping sisimu yang paling sempurna.________________________BERMENUNG di tepi jendela rumahnya, Sukri memikirkan kesudahan hidupnya bersama Tini dan kedua anak-anaknya.Entah kenapa, sejak motosikalnya asyik meragam dan bertukar hari dihantar ke bengkel, duitnya habis ke tangan Abang Sahak sahaja.Penat mengambil kira usulan Tini untuk membeli motosikal baru, hatinya berbelah bahag