Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.
DUA tubuh kaku yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain di atas katil masing-masing dipandang dengan penuh gusar oleh Prof. Zhou. Turut bersama dengannya adalah Isbah, Hariri dan Aina. Seperti Prof. Zhou, mereka bertiga juga kelihatan tidak senang duduk menyaksikan rentak graf gelombang otak dan nadi Ahwaz dan Wardah.
"Aina, boleh kamu cepatkan sikit timeline game ni? Maksud saya, terus langkaukan dia orang ke level seterusnya," tanya Prof. Zhou sambil mengusap dagu.
"Sepatutnya, tak boleh. Kapten perlu kalahkan armada dari Sepanyol dulu barulah betul-betul dapat jumpa dengan Wardah," jawab Aina sambil menggigit bibir.
Untuk permainan digital berasaskan latar tempat zaman kesultanan dahulu kala yang diciptanya, dia memang mengsetkan peraturannya begini. Langkah itu diambil setelah meneliti kondisi kesihatan Ahwaz. Lagipun, menurut doktor yang merawatnya,
Wardah so badass!
Balairung Seri Istana Sukma, Negeri Sakti Kota. SANG mentari sudah menyinari tanah sebaik sahaja Ahwaz berlalu masuk ke balairung seri lalu duduk di atas singgahsana. Sejurus sahaja dia melabuhkan punggung, suara pengawal di muka pintu bergema memenuhi ruangan tersebut. "Keberangkatan tiba Saudagar Bai Yu dari China..." Namun, sebaik sahaja ayat tersebut sampai di telinganya, serta-merta Ahwaz berasa sesak nafas. Kepalanya juga turut berdenyut hebat dek sebaris nama yang singgah di gegendang telinganya. Ada apa dengan nama Bai Yu? Kenapa dia berasa sangat rapat dengan nama itu? "Tuanku." Panglima Tangkas yang berada di sisinya menegur gusar. Dia kemudiannya saling berpandangan dengan Hulubalang Kasturi yang turut sama kelihatan mengerutkan wajah melihat keadaan sultan mereka. Kenapa sultan ini kelihatan pelik sejak sembuh dari gering seminggu yang lalu? Sungguh mereka penasaran dengan keadaannya. "Jangan risau, beta ta
Kamar Peraduan Puteri, Istana Makmur Gelang Putih. PERASAANNYA untuk ke negeri Sakti Kota bagi bersemuka dengan Ahwaz secara langsung meluap-luap, tetapi dia ada masalah besar sekarang ini. Masalahnya adalah tak lain tak bukan, dia tidak tahu jalan untuk ke sana! Seketika, dia terpunduk sendirian mengenang nasib tidak baik yang menimpanya. "Inang, beta nak jumpa Kazz." Bagaikan anak kecil, Wardah menarik muncung lalu menarik-narik lengan Inang Sejahtera. Melihatkan itu, Inang Sejahtera menarik nafas panjang. Hailah tuan puteri, semakin hari semakin pelik. Ada-ada saja bahasa makhluk asing yang terbit dari mulutnya. Sekarang, siapa pulalah 'Kazz' yang disebut-sebutnya itu? Sungguh dia buntu dengan perangai baru puteri asuhannya ini. "Beta nak sangat jumpa dia. Beta rindu," pujuk Wardah lagi. Dia rindu? Ya. Dia bermuka tembok? Ya. Dia adalah perigi yang mencari timba? Ya. Semuanya ya jika perkara tersebut berkaitan dengan Ahwaz
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota."MACAM mana dengan keadaan tuanku, saudagar?" tanya Panglima Tangkas dengan runsing. Sejenak, dia merenung dalam ke wajah pucat sultan itu.Apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri tadi, Sultan Nadim Alam terus dibawa ke kamar peraduannya. Saudagar Bai Yu pula serta-merta melakukan tugasannya mengaplikasikan teknik akupunktur kepada sultan negeri itu. Padanya, sultan tersebut memang benar-benar gering.Dengan jarum yang pelbagai saiz kepanjangannya, ia nampak agak menyakitkan. Namun, teknik perubatan tradisional dari China ini sangat baik untuk mengubati aliran tenaga badan yang dipanggil ‘Chi’. Di negaranya, teknik ini jugalah yang digunakan untuk merawat maharaja mereka."Saya hanya mampu mencuba. Tapi, nampaknya baginda sultan semakin tenat," jelas Saudagar Bai Yu."Ya Tuhan..." Panglima Tangkas terhenyak mendengarkan berita tersebut."Betul-betul ke ni, saudagar? S
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. "KAPTEN, musuh menyerang!" Ahwaz membuka mata lalu memandang ke sekeliling. Kini, dia mendapati dirinya bukan lagi di dalam istana lama kesultanan Melayu, bahkan berada di kawasan yang dipenuhi batu-batan. Pada hematnya, ia adalah kawasan pembinaan dek di sini, terdapat juga cerucuk-cerucuk tajam yang tertanam di dalam simen. Bunyi tembakan pistol dan sesekali diselangi dengan mesingan turut membingitkan deria pendengarannya. Kini, turut terzahir jelas di matanya adalah figura beberapa orang pemuda berpakaian unit taktikal khas memecah masuk ke dalam sebuah bilik yang masih belum siap sepenuhnya. "Sila mereput dalam neraka sajalah, Kazz!" Tanpa Ahwaz sedari, dadanya terlebih dahulu ditembusi dengan besi panjang. Darah merah segar menitik-nitik ke lantai melalui besi yang terpacak kukuh di dadanya. Ketika ini, tiadalah yang dia fikirkan kecuali mati. Adakah ini pengakhiran hidupny
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. WARDAH meneliti lagi sosok tubuh Ahwaz yang masih berada di atas katil. Raut wajah itu nampak pucat, tetapi dia memahami kondisi tersebut. Ahwaz masih belum pulih sepenuhnya tetapi alhamdulillah, jejaka itu tidak terus 'tenggelam' di dalam tidurnya tadi. "Kau... okey?" tanya Wardah seraya mengheret kerusi lalu meletakkannya di tepi katil. Lantas, dia melabuhkan punggungnya. "Okey," jawab Ahwaz tenang. Mulut kata lain, hati kata lain. Itulah yang dilakukan oleh Ahwaz untuk mengelak daripada disoal siasat oleh si puteri. Walaupun hatinya sedang berperang hebat ketika ini, dia sengaja malas melayan. Lagipun, memang dia tidak kenal secara terperinci pun perangai Puteri Indah Kencana. "Kau nampak jari aku ada berapa?" Wardah mengangkat tangan lalu menunjukkan dua batang jarinya kepada Ahwaz. "Dua," jawab Ahwaz. "Good. Sekarang, ikut pula hala jari ni." Wardah
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. AYAT berani sang puteri terus mengundang tawa keras Ahwaz. Berair matanya dalam menghabiskan sisa tawa yang bagaikan malas pula merangkak pergi. Apa? Puteri Indah Kencana nak culik dia? Helo polis, mohon datang ke sini sekarang. Ada puteri sewel sedang buat drama percumalah. "Aku serius ni," balas Wardah. Eh, boleh pula Ahwaz ketawakan dia? Tapi… seriuslah Ahwaz sudah reti ketawa? Rasanya sejak putus tunang, muka jejaka ini sudah seperti diskru ketat. Senyum jarang sekali, ketawa haram terus. Itulah dia gerangan Ahwaz Zulfan sejak tiga tahun lalu, katanya Isbah. "Sorry la. Tapi, aku tak boleh break. Hahaha," gelak Ahwaz lagi. Seronok pula dia berasa apabila puteri sewel ini datang ke mari. Hilang terus rasa sesak, senak, serabut dan lain-lain lagi yang menghurung jiwa sejak sekian lama. Baginya, kehadiran si puteri ini membawa rahmat dalam hidupnya, wala
Di sebuah Pangsapuri, Jerman. ETHAN mengepal kedua-duanya belah tangannya lalu menghentaknya kuat ke meja. Berdegung bunyinya efek daripada hentaman tersebut. Ketika ini, hatinya panas membara melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh kekasih hati dalam diamnya berserta abang tirinya di dalam game BTA2121. Tanpa berfikir panjang, telefon yang berada di dalam poket bajunya dikeluarkan lalu nombor telefon seseorang didail. Dengan dengusan kasar diluahkan, dia menanti dengan sabar panggilan di talian sana bersambut. Sedetik, dua detik, panggilan tetap tidak diangkat sehinggalah pada deringan kelima, satu suara serak-serak basah seperti baru bangun dari tidur bersuara di talian. Kepada Ethan, si penerima panggilan bertanya malas. "Helo, siapa ni?" "Hoi, betina! Aku suruh kau putuskan pertunangan anak kau dengan Wardah, tapi kenapa dia orang tetap berhubungan?" jerkah Ethan. Puk! Bunyi sesuat
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota. "WARDAH sayang..." tutur lembaga 'Ahwaz' di hadapan Wardah. "Wardah?" Kedengaran suara Inang Sejahtera dan Imam Habib berbicara sendiri. "Kau, siapa? Mana tuanku sultan?" Berhati-hati, Wardah melontarkan pertanyaan walaupun dia sudah sedia maklum bahawa manusia menyerupai Ahwaz di hadapannya adalah Sultan Nadim Alam. Ya, memang sah itu adalah sultan kasanova sebenar. Sultan itu jugalah yang ingin melamarnya sebagai gundik ke-100 tapi atas nama sebagai isteri. Memang tak guna, jantan keparat! Kalaulah dia ini hidup di dunia realiti, rasanya sudah kena kecam berjemaah dengan mak cik kepoh si pengumpat cap ayam. "Hey, sweety. Don't you know me anymore? (Hei, si manis. Kamu dah tak kenal aku ke?)" soal Sultan Nadim Alam. Eh? Berbahasa Inggeris? Sedetik dua, Wardah terdiam dalam mencerna maklumat yang baru sahaja didengarinya. Ra