Share

MY ¦ 74

Loceng yang berbunyi menandakan salah seorang ahli keluarganya sudah pulang. Melihat jam sudah menunjuk pukul 8:00 pagi, laju Aisha menolak kerusi rodanya ke pintu. Mengapa harus menekan loceng dan mengetuk walhal masing-masing sudah ada kunci pendua. Bunyi ketukan diselangi bunyi loceng semakin deras buat Aisha risau sendiri. Takut-takut bukan Adam mahupun Aira yang pulang ke rumah selewat ini.

“Siapa?” tanya Aisha. Namun tiada sebarang jawapan yang diperoleh. Aisha segera berundur ke belakang dan dia cuba memaksa kakinya untuk berdiri sedikit demi sedikit bagi dapat melihat orang itu di luar rumah.

Tidak sampai beberapa minit, kakinya jatuh terduduk semula di atas kerusi menyebabkan dia berasa nyeri di bahagian paha. “Siapa?” soal Aisha lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu ketahui siapakah orang yang begitu asyik menekan loceng sehingga bergema bunyi itu di dalam rumah.

Setelah ditanya untuk kali kedua, masih juga tiada jawapan dan bunyi loc

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status