Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.
Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.
“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
"Imna! Kenapa lambat sangat nak bangun ni? Mama dah kata kan semalam jangan tidur lambat. Esok nak bangun susah!"Laungan Puan Isma Sofia di hadapan pintu bilik anak gadisnya, Imna Safira sejak tadi tiada sahutan.Sudah berkali-kali pintu diketuk, anaknya masih belum membuka pintu bilik."Kejap lagi terlepas pesawat nanti. Imna! Ya Tuhan, budak ni!" Puan Isma sudah mula mahu membuka bebelan sehingga bernanah telinga dibuatnya.Baju blouse yang sudah siap tersarung, dilipat bahagian lengan. Berpeluh juga Puan Isma akibat dari kepanasan yang melanda."Mama kira sampai tiga! Kamu tak bangun juga mama tinggal kamu! Biar kamu tinggal sorang!" ugut Puan Isma.Sudah berbuih mulut memberi amaran kepada anak tunggalnya itu. Namun, satu pun tak diambil endah."Imna Safira!""Ya..." Baru terdengar suara gadis itu menyahut sambil pintu
"Adam?" Imna terpana melihat wajah lelaki yang sangat dia kenali itu. Lelaki yang asyik terngiang suaranya di halwa telinga sejak tadi. Bayangan lelaki itu turut berlegar-legar di mindanya.Lelaki itu membuka sebelah mata dan melirik ke arah Imna. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman."Hai?" Lambaian tangan lelaki itu berikan kepada Imna. Seperti biasa, lelaki itu sungguh mesra dan Imna berasa sangat selesa ketika berada berdekatan dengan dirinya."Ya Tuhan! Anak aku! Kenapa dengan Imna ni?" Puan Isma datang mendekati Imna yang dipapah oleh pramugari hendak cuba membantu Imna.Rakan pramugari itu datang mendekati mereka dan menghulurkan tisu kepada lelaki tersebut."Eh? Adam?" Puan Isma melirik ke arah Khairul Adam yang cuba mengambil tisu dari tangan pramugari itu.Senyuman manis terukir di bibir Adam sambil mengelap wajahnya yang terkena sisa muntahan Imna.
"Imna! Bangun, kita dah sampai dah ni."Mata Imna tercelik dari lena. Pandangannya memandang ke arah Puan Isma yang sedang bersiap-sedia untuk turun dari pesawat."Sampai dah?"Puan Isma hanya mengangguk lalu berdiri untuk mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas tempat duduk mereka.Imna bangun, wajahnya seperti biasa tiada riak yang dipamerkan sambil menonyoh mata yang sukar hendak dibuka.Imna cuba bangun, dia tahu mustahil dia bertemu dengan crushnya di dalam pesawat itu. Dia juga tahu, perkara indah yang dialaminya sebelum dia terlena adalah sebuah mimpi.Namun, ketika Imna hendak bangun dari kerusi pesawat. Baru dia perasan, baju winter milik Adam berada di tubuhnya.Mata Imna terbuntang seketika, maksudnya... Dia tak bermimpi! Imna segera bangun dan cuba meninjau keadaan di belakang sehingga kepalanya terhantuk dengan b
Imna dan ibunya tiba di kediaman yang bakal menjadi tempat mereka menginap entah berapa lama pun Imna tidak pasti."Imna turun dulu, bawa beg mama sekali. Ini kunci rumah kita, nombor 14 tingkat 2. Mama kena pergi tempat kerja dulu untuk lapor diri."Imna hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Puan Isma. Sudah terbiasa dengan sikap workerholic ibunya itu. Apabila ditegah, ibunya berleter dan mengatakan apa yang sedang dia usahakan semuanya untuk Imna juga.Mahu atau tidak, Imna terpaksa akur. Pintu kereta dibuka lantas dia menuruni kenderaan pacuan empat roda itu. Tanpa bicara, Puan Isma turut membantu Imna menurunkan beg pakaian.Setelah selesai urusan, Imna segera menyalam tangan ibunya."Kalau lapar, pergi kedai serbaneka dekat laluan kita lalu tadi. Mama pergi dulu. Imna jaga diri," pesanan Puan Isma hanya dibalas dengan anggukan kepala sahaja.Imna melamba
Imna terjaga dari lena. Keadaan rumahnya sungguh gelap gelita. Dia terlena sehingga ke malam di atas sofa di ruang tamu. Mata yang terasa kabur dipisat perlahan, perlahan-lahan Imna bangun dari sofa untuk mencari suis lampu. Tanpa dapat melihat dengan jelas, kakinya terlanggar bucu meja kecil di hadapan sofa. "Aaaa..." Terlompat-lompat dia menahan sakit di bahagian ibu jari kaki. "Aduh..." Akhirnya, Imna segera bergerak untuk membuka suis lampu. Setelah itu, dia mengusutkan rambutnya yang semakin serabai. Tiba-tiba bunyi perutnya kedengaran di halwa telinga. Baru Imna perasan, sejak turun dari pesawat tadi dia langsung tidak menjamah sebarang makanan dan hanya meneguk air masak yang dibawa bersama. Tanpa menunggu lama, dia segera mengapai kunci rumah semula dan bergerak keluar dari rumah. Setelah menutup pintu, langkahnya segera menuju ke anak tangga untuk pergi ke kedai serbaneka yan