Share

MY ¦ 5

Imna terjaga dari lena. Keadaan rumahnya sungguh gelap gelita. Dia terlena sehingga ke malam di atas sofa di ruang tamu.

Mata yang terasa kabur dipisat perlahan, perlahan-lahan Imna bangun dari sofa untuk mencari suis lampu. Tanpa dapat melihat dengan jelas, kakinya terlanggar bucu meja kecil di hadapan sofa.

"Aaaa..." Terlompat-lompat dia menahan sakit di bahagian ibu jari kaki.

"Aduh..." Akhirnya, Imna segera bergerak untuk membuka suis lampu. Setelah itu, dia mengusutkan rambutnya yang semakin serabai.

Tiba-tiba bunyi perutnya kedengaran di halwa telinga. Baru Imna perasan, sejak turun dari pesawat tadi dia langsung tidak menjamah sebarang makanan dan hanya meneguk air masak yang dibawa bersama.

Tanpa menunggu lama, dia segera mengapai kunci rumah semula dan bergerak keluar dari rumah. Setelah menutup pintu, langkahnya segera menuju ke anak tangga untuk pergi ke kedai serbaneka yang diberitahu oleh Puan Isma siang tadi.

---

Setibanya Imna di kedai serbaneka yang tidak jauh dari rumahnya. Pelbagai aneka roti diambil dari rak kedai. Setelah habis memilih, dia mendeksti kaunter untuk membayar.

"4077.99won."

Mendengarkan jumlah yang perlu dibayar, Imna segera menyeluk poketnya mahu membawa keluar beg dompet. Namun, beg dompetnya tiada bersama.

"I'm sorry miss... I forgot to bring my wallet..." kata Imna lalu mengetap bibirnya sendiri. Macam mana dia nak bayar kalau beg dompet pun dia tak bawa.

"It's okay, I didn't buy it..." Imna menghulur semula plastik bungkusan itu kepada pekerja kedai.

괜찮아, 내가 지불 할게. 얼마예요?

"Gwaenchanh-a, naega jibul halge. eolmayeyo?"

"Tak apa, saya bayar. Berapa?"

Seorang lelaki yang sejak tadi beratur di belakang Imna segera bergerak ke depan dan berdiri di sisi Imna. Suaranya yang serak basah dan berbicara dalam bahasa ibundanya membuatkan Imna terpinga-pinga.

"4077.99won." Cashier itu memberitahu jumlah yang perlu dibayar kepada lelaki itu. Mendengarkan nombor yang sama dengan harga barangannya, Imna segera menahan tangan lelaki itu.

"Do you want to pay for me?" soal Imna, mata yang sedia bulat semakin membulat menunggu jawapan lelaki itu.

"Yes..." Lelaki itu segera menghulurkan duitnya kepada pekerja kedai itu.

나와 함께 한 번

"Nawa hamkke han beon."

"Sekali dengan saya punya."

Lelaki itu mengangkat tin minuman nescafe yang berada di atas meja kaunter.

Tanpa banyak bicara, pekerja itu segera menambah harga nescafe tersebut ke dalam sistem komputer dan mengambil baki wang dari dalam mesin wang.

Setelah selesai urusan pembayaran, lelaki itu mengapai beg plastik roti Imna dan diserahkan kepada gadis itu.

Imna teragak-agak hendak menyambut huluran tersebut kerana berasa sangsi dengan tindakan lelaki itu. Tambahan pula, dia tidak mengenali siapa lelaki tersebut.

"Take it, your stomach is singing so hard." Imna mengetap bibir sambil memandang ke tepi. Malu betul dia rasakan ketika ini. Perutnya berbunyi ketika dia sedang was-was hendak mengambil pemberian dan pertolongan lelaki itu.

Namun, Imna terpaksa mengambil juga beg plastik itu kerana perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Bukan lelaki itu saja yang mendengarkan perutnya sedang bernyanyi, bahkan pekerja kedai itu juga turut mendengar dan mereka sedang tersenyum sipu memandang ke arah Imna.

Setelah plastik itu beralih tangan. Lelaki itu segera bergerak keluar dari kedai.

"Eh!" Imna terkejut kerana lelaki itu tiba-tiba saja bergerak keluar tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih.

Dalam keadaan tergesa-gesa, Imna segera melangkah keluar dari kedai. Pandangannya menoleh ke kiri dan ke kanan mahu mencari kelibat lelaki yang membayarkan makanannya tadi.

Setelah dia dapat mengecam susuk tubuh lelaki itu berserta pakaiannya. Imna memeluk beg plastik dipegangan. Larian laju dibuka mahu mendekati lelaki itu yang sedang berjalan sambil memegang tin air beliannya.

"Mister! Wait for me!" jerit Imna. Lelaki itu menoleh dengan pandangan kosong.

Imna yang baru saja mendekati lelaki itu, terus berhenti dari berlari dan membongkok sedikit akibat keletihan.

"I just wanna say thank you for this and can i ask for your phone number? I will pay you back, tomorrow..."

Namun, lelaki itu hanya tersenyum memandang Imna. Dia tidak perlukan bayaran balik daripada gadis itu kerana bantuan yang dia berikan tadi adalah ikhlas dari hatinya.

"No need to bother."

"But this is to expensive..."

Imna masih mahu berkeras hendak membayar semula duit lelaki itu.

"If you really want to pay, you can but by being my friend. Can you?"

Imna menelan liur, matanya merenung raut wajah kulit bersawo matang lelaki di hadapannya. Jika boleh dia mahu membayar semula duit lelaki itu, tidak mahu berasa terhutang budi di negara orang. Namun apakan daya, lelaki itu tidak mahu menerima kembali wangnya.

"I'm waiting for the answer..."

Lelaki itu meneguk air tinnya sambil mata masih merenung reaksi Imna yang sedang berfikir.

"Aren't you a kidnapper?"

Air yang diminum lelaki itu tersembur keluar dari mulutnya. Soalan Imna benar-benar membuatkan dia tersedak. Namun, tidak lama dia begitu. Ketawa geli hati dilontarkan sambil kepala tergeleng.

"I look like a kidnapper?" Kening lelaki itu terangkat sedikit. Ya, dia benar-benar geli hati dengan soalan Imna yang agak polos baginya. Manakan tidak, jika benar dia seorang penculik tidak perlu dia berbual secara baik dengan Imna. Paling kurang, sudah dia menekup wajah Imna dan membawa gadis itu masuk ke dalam van hitam.

"Not really..." Wajah Imna berubah kemerahan. Dia tahu, dia tersilap tanya. Mujur lelaki itu tidak marah kepadanya.

"I'm Jung Wooyoung. You?" Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Imna.

Imna teragak-agak hendak menyambut huluran tangan Wooyoung itu.

"I'm Imna Safira..."

"Wow! How do you spell your name?"

"Im... Na... Sa... Fi... Ra..."

"Ena? Rafera?"

"No, no... but it's okay. Just call me what you're comfortable with." Imna cuba menahan tawa dari meletus. Namanya disalah eja dan dia pasti sekiranya dia cuba menyuruh Wooyoung menyebut namanya dengan betul akan keluar pula nama-nama lain.

"Alright then, so can I call your name just Aera? Aera-shi?"

"Sounds great." Imna mengangguk tanda bersetuju dengan panggilan tersebut.

"Where do you live?"

"Ah! Not far, just in front." Jari telunjuk Imna menunjuk ke jalan di hadapannya.

"Do you have a pen and paper?"

Imna menggeleng.

"Wait a second. Don't go anywhere."

Lelaki itu berpatah semula ke arah kedai serbaneka tadi. Imna setia menunggu di situ, entah apalah yang Wooyoung mahu lakukan.

Selang beberapa saat, Wooyoung datang semula sambil menyerahkan satu kertas kepada Imna.

"This is my number, you have to call me later because I want to use your services as a friend."

Wooyoung mengenyit mata. Imna pula berkerut dahi, teragak-agak mahu mengambil kertas itu.

"What do you mean by service?"

Mata Imna memandang silih berganti kertas yang dipegang dengan wajah Wooyoung.

"You will know, don't forget to call me. See you later, I have got to go right now. Annyeong Aera-shi."

Usai bicara, Wooyoung segera pergi meninggalkan Imna terpinga-pinga. Bayangan Wooyoung hanya dapat dihantar dengan pandangan tidak mengerti.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status