Share

MY ¦ 6

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, sejak tadi Adam tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya asyik terbayangkan wajah Imna yang terkejut mendengar pengakuan Aisha petang tadi.

"Aish!" Adam segera bangun dari pembaringan. Bilik kecil yang disediakan khas untuk dirinya itu dilihat dengan reaksi kosong. Tidur beralaskan toto, itu sudah menjadi kebiasaan. Namun, entah mengapa terlalu sukar dia hendak melelapkan mata.

Adam tidak betah berasa tidak keruan begitu, akhirnya dia bangun dari duduk menuju ke pintu. Ruang dapur menjadi tempat arah tujuannya. Tiba-tiba tekaknya terasa haus.

Peti sejuk dibuka perlahan untuk mencari apa-apa air yang sudah tersedia. Juice apple yang dibuat oleh Aisha ketika mereka dinner tadi masih ada bakinya.

Tanpa menunggu lama, Adam terus mengambil jag air jus itu dan tangan kiri pula mengapai gelas di dalam kabinet. Selesai air itu dituang, Adam segera meneguknya dengan perlahan.

Fikirannya benar-benar melayang entah ke mana. Serba-serbi perkara yang dia lakukan langsung tidak memberikan ketenangan, bahkan kata-kata keluarga Aisha ketika makan malam tadi turut berlegar-legar di fikiran.

"Bila kamu nak berkahwin dengan Aisha?"

Adam tersedak mendengar pertanyaan tanpa berkias daripada Encik Rashid, ayah kepada Aisha Hana.

Aisha yang melihat Adam hampir-hampir tercekik terus menghulurkan air suam kepadanya.

"Betul tu Adam, dah lama sangat kamu berkawan dengan Aisha. Daripada umur kamu berdua 10 tahun lagi. Sekarang kamu berdua pun dah 20 lebih. Kamu pun baru je habis STPM dekat Malaysia, kan? Jadi, tak ada masalah dah kalau nak kahwin."

"Ish, mama ni... Adam nak sambung belajar lagi nanti." Aisha mencelah.

"Habis tu, bila nak kahwin?"

Aisha terus memandang Adam yang hanya mendiamkan diri. Kini, dirinya tersepit dengan keluarga Aisha yang seakan-akan memaksa dia untuk menghalalkan anak mereka.

"Mama, baba... Aisha tak sedia lagi." Aisha merenung kedua-dua wajah orang tuanya.

"Merepek apa ni Aisha? Kamu yang beria nak teruskan pertunangan hari tu. Sekarang? Tak sedia lagi? Walaupun kita ni di negara orang, Aisha. Baba tak suka Aisha terlalu ikutkan sangat budaya mereka!"

Tegas Encik Rashid, lalu menyambung makan dengan dengusan yang panjang.

"Tak apa uncle. Jangan risau, saya akan usahakan sesuatu."

"Jangan lambat sangat Adam, aunty dengan uncle ni nak sangat tengok Aisha ni kahwin, nak merasa juga ada cucu." Kata-kata Puan Amina membuatkan Adam serta-merta hilang selera makan.

"Aira tak fahamlah! Kenapa mama dengan baba sibuk paksa Abang Adam kahwin dengan Kak Aisha? Kak Aisha baru je umur 20 lebih kot, takkan mama dengan baba tak nak tengok Kak Aisha sambung belajar?" sampuk Aira Hani, adik bongsu Aisha Hana.

"Aira! Orang tua tengah berbual, jangan kamu sibuk nak menyampuk. Diam!"

Aira mencebik geram selepas ditegur tegas Puan Amina, dia benar-benar tidak suka desakan yang diberi oleh keluarganya kepada Adam.

Sebab desakan ini jugalah, Adam membawa diri jauh merantau ke negara orang supaya dapat menenangkan diri daripada dipaksa oleh keluarga angkatnya ini.

Adam merupakan anak angkat kepada keluarga Aisha sejak berumur 10 tahun. Sepanjang dia membesar, Aishalah kawan dan sahabatnya kerana itulah dia fasih berbahasa melayu dan meminta izin mereka untuk menjejakan kaki ke Malaysia dan sambung belajar di sana agar dapat keluar dari paksaan yang saban hari menekan jiwa.

Kini, dia kembali semula ke tanah airnya hanya untuk satu perkara.

Lamunan jauh Adam yang berada di balkoni rumah Aisha terhenti di saat dia terdengar pintu balkoni rumah jirannya ditarik. Dia segera menoleh dan matanya bertemu dengan sepasang mata koko milik seseorang yang asyik terlintas dalam kepalanya.

Gadis itu memandang ke depan tanpa menghiraukan Adam yang sedang merenungnya.

"Tak tidur lagi?" Gadis itu menyoal lembut sambil menarik cardigan menutupi sebahagian hadapan tubuhnya.

Adam mengeluh perlahan lalu dia mengalihkan pandangan ke hadapan.

"Belum... kau kenapa tak tidur lagi?"

"Tak mengantuk," balas Imna kemudian menunduk ke bawah sambil bermain dengan jarinya sendiri.

"Imna... Aku harap kau tak salah faham dengan apa yang Aisha cakap."

"Tapi... dia memang tunang kau, kan?"

Adam mengeluh berat, soalan itu tidak mampu dia jawab dengan jujur apabila keadaan langsung tidak menyebelahinya.

"Tak apalah Dam, aku tak marah pun. Cuma, kenapa kau tak bagitahu aku? Bukannya susah pun nak bagitahu."

"Tak... Bukan macam tu Imna..."

"Adam?"

Kata-kata Adam terhenti sebaik saja namanya dipanggil. Pandangan Adam teralih ke arah pintu balkoni.

"Awak cakap dengan siapa?" Susuk tubuh Aisha yang sedang berdiri di muka pintu balkoni membuatkan dada Adam semakin memberat. Matanya memandang ke arah balkoni rumah Imna. Kosong! Gadis itu sudah melarikan diri masuk ke dalam rumah.

Adam mengeluh perlahan lalu menghirup air yang dipegang.

Aisha datang mendekati Adam, kemudian tangannya laju mengusap bahu lelaki itu.

"Sejuk dekat luar ni sayang, jomlah masuk dalam."

Mahu atau tidak Adam turutkan saja, namun sebelum mereka meloloskan diri ke dalam rumah. Adam sempat menangkap kelibat Imna yang menyorok di belakang langsir. Senyuman tipis terukir di bibir Adam.  Namun senyuman itu tidak lama bertahan apabila kepala terasa berat dengan semua yang sudah berlaku.

Imna yang menyorok di sebalik langsir mula tidak keruan. Dahinya mengerut sendiri.

"Kenapa aku menyorok pula? Benda sekarang bukan aku kekasih gelap Adam, kan? Yang aku beria nak menyorok kenapa? Ah! Bodoh Imna!"

Pak!

"Ouch..."

Sempat dia menampar pipi sendiri dan rintihan kecil kedengaran.

"Hm..."

Imna melangkah masuk ke dalam rumah, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Namun matanya sukar untuk dilelapkan, tambahan pula sejak tadi Puan Isma belum pulang. Risau juga dia dibuatnya.

Tiba-tiba telefon bimbit Imna berbunyi menandakan ada mesej yang diterima.

Mama ❤

Assalamualaikum Imna,

Mama lambat balik.

Nak makan apa?

Nanti mama belikan.

Imna mengeluh perlahan, dia sudah terbiasa dengan keadaan Puan Isma yang selalu pulang lewat.

Mama, baliklah cepat sikit hari ni.

Imna tak beranilah tinggal sorang.

Ish! Imna kenalah faham!

Mama sibuk, kerja.

Mama cari duit untuk Imna juga!

Imna tak biasalah ma,

Sini bukan Malaysia.

Tak payah nak mengada,

Mama balik lewat.

Nak tidur, tidur dulu.

Mama ada kunci spare.

Tak payah tunggu mama.

Nanti mama belikan makanan.

Goodnight.

Imna terus mencampak telefon bimbit ke sofa. Punggung dijatuhkan ke bawah. Rambut dikusutkan kerana serabut.

Mamanya terlalu pentingkan kerja sampai abaikan dirinya. Imna mahu menjerit, namun ditahan. Nanti tak pasal-pasal jiran sebelah ketuk pintu pula sebab ingat dia sakit jiwa. Naya!

Tiba-tiba Imna teringat akan lelaki yang dia temui tadi. Jung Wooyoung. Lelaki itu penuh misteri, tetapi senyumannya cukup memukau.

Imna meraba-raba poket seluar mahu mencari kertas yang lelaki itu berikan tadi. Setelah temui, telefon bimbit ditarik semula.

Nombor telefon itu ditaip dan disimpan ke dalam contact. Setelah itu, Imna berfikir sejenak sambil mata memandang dinding rumah.

"Nak tegur ke tak eh?"

Akhirnya, Imna mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada lelaki itu.

Jung Wooyoung 👻

Hi, this is Jung Wooyoung?

Mesej yang dihantar tidak dibalas. Imna mula gelisah, takut-takut dia tersalah nombor.

Hi...

Yes! It's me.

Who are you?

Imna mengigit kuku ibu jari kanannya. Senyuman terukir selepas membaca balasan lelaki itu. Tangannya ligat menaip mesej seterusnya.

This is me!

The girl that you give

your phone number

Ah! You're that girl!

Thank God!

I've waiting text from you...

Hehe.

Why? Are you afraid that

I do not texting you?

Yah! Of course!

If not, we cannot be friends.

Yeah... Okey.

So now we're friends?

Not yet, but thank you Aera.

For what?

For texting me first.

I afraid if you do not texting me.

I have to find another friends to help me.

What do you mean?

Help you for what?

If you want to know,

Can we go out tomorrow?

And I'll tell you everything?

Owah... Can I trust you

Oh man!

Once again?

Do you think that i'm kinapper?

Of course!

We're just met today.

And you're telling me

Something weird.

Why do you think i'm

not afraid of that?

Don't worry Aera...

I'm not bad person.

So can we go out?

I have to ask my mother first.

Then ask her permission first,

I'll waiting for your confirmation.

Alright then.

I got to sleep now,

Thank you for texting me.

And good night Aera-shi.

Jaljayo.

Goodnight Wooyoung-shi?

Tiada balasan daripada lelaki itu. Imna hanya merenung nombor kenalan tersebut. Tiba-tiba mesej baru diperolehi dan kali ini dari telco kesayangan Imna.

YOODO

Anda telah menggunakan perkhidmatan sms ke luar negara. Baki kredit anda tinggal 3sen.

"Ish!"

Selesai membaca, tanpa sedar dia tercarut sendiri. Terlupa pula yang dirinya ketika ini berada di Korea Selatan. Paling menjengkelkan lagi, dia terlupa nombor kenalan yang bermesej dengannya tadi merupakan nombor tempatan Korea Selatan.

"Habis kredit aku! Aih!"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status