Share

BAB 4

AKU merenung jauh ke luar jendela. Hatiku masih terasa ralat memikirkan peristiwa petang semalam. Aku terasa malu sendiri bila teringatkan keberanian yang aku titipkan melalui ungkapan di bibir. Nafas ditarik dan dihela semula. Mujurlah hari ini dan besok hari merupakan hujung minggu. Bolehlah aku sembunyikan diri dari bertemu Halmy Ikram. Sejak pagi tadi lagi aku rasa malas nak keluar makan di kafe. Lebih baik aku makan maggi ataupun makanan yang sedia ada di rumah. Malu untuk bertemu si dia. Kejap aku duduk mencangkung, kejap-kejap aku berdiri. Dah macam cacing kepanasan dibuatnya. Malam yang dihiasi dengan angin bayu tetap terasa panas walaupun tiupan angin sudah memukul wajahku.

Haih, aku berpeluh-peluh sebab perasaan hati aku tak tenang. Kalau aku tenang-tenang je mesti suasana malam ini akan aku amati dengan indah.

Cahaya purnama aku renung. Kini, sepasang mataku beralih ke kaki langit. Kadang-kadang aku terfikir, mengapa aku terlalu cintakan Halmy Ikram sedangkan kami tidak pernah punyai waktu berdua.

Hurm, bercakap pun baru sekali. Itupun petang semalam. Kalau dia tak ambil dompet aku yang terkeluar dari poket, jangan harap aku nak bercakap dengan dia.

        Mungkinkah engkau menyedari yang aku cinta … You are my crush masih rahsia …

Lagu My crush nyanyian Htag bergema di segenap ruang. Lamunanku terhenti tatkala telefon bimbit bergegar dari dalam poket. Sekilap, aku mengambil telefon dan perhatikan nama yang terpapar di skrin telefon.

“Kak Long?” Segera aku menekan butang jawab dan lekapkan telefon bimbitku ke telinga.

“Achik …”

Dahiku berkerunyut bila Kak Long bersuara cemas di hujung talian. Dah kenapa pula suara dia macam menggelabah sangat ni?

“Ha … Ke kenapa Kak Long?” Aku bertanya nada tergagap-gagap. Dadaku sentuh perlahan kerana perasaan tidak sedap menjelma dalam hati.

Aku dengar suara Kak Long serak-serak basah sepertinya dia baru lepas menangis.

“Betul ke apa yang Kak Long baca dalam group W******p?” Aku menggaru sisi kepala. Aku terlongo sekejap.

Malam ini, aku masih tidak sempat membuka aplikasi W******p di telefonku. Asyik termenung je, macam mana pula aku nak sempat perhatikan telefon sendiri, kan? Kepala otak aku ni asyik terkenangkan si Halmy. Hurgh …

“Adik tak sempat buka telefon lagi ni. Kenapa Kak Long? Kenapa ni? Cerita jelah.” Aku mahu tahu cerita dari Kak Long dengan kadar segera. Malas nak perhatikan telefon bimbit. Alang-alang dia dah hubungi aku, terus cerita je senang.

“Betul ke adik accident? Ibu kata adik dalam wad kecemasan. Kak long nak balik Selangor, Kak long risaukan adik.”

Bagai terhempas keluar jantungku bila mendengar perkhabaran itu. Menggeletar seluruh tubuhku tika ini.

Allahuakhbar…

Tiba-tiba tubir mataku berkaca. Liur ditelan berkali-kali. Baru pagi tadi adik aku buat lawak dalam group family. Malam ini aku dengar berita yang adik dalam wad kecemasan?

   Ya Allah … Aku nak balik rumah.

“Akak tak payahlah balik. Anak akak kecil lagi, kan? Nanti apa pula kata suami akak kalau tergesa-gesa nak balik.”

Aku berura-ura tidak mahu dia pulang ke Selangor kerana itu hanya menyusahkan dirinya saja.

“Abang Long kau memang kerja sampai ke besok pagi. Dia shift malam. Ikutkan hati Kak Long nak balik malam ni juga, tapi …” belum sempat Kak Long menghabiskan bicaranya aku terus mencantas laju.

“Tak payahlah balik. Biar adik yang balik rumah ya? Lagipun adik beradik lain tak akan marahnya kalau akak tak balik. Kita orang faham akak duduk jauh. Sabah bukannya dekat, kena fikir nak nak flight lagi.” Adik? Ia, walaupun nama panggilanku di rumah adalah ‘achik’, aku tetap menggelarkan diri aku sebagai adik kerana aku merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga.

“Adik kau tu degillah! Dah banyak kali kita semua pesan dekat dia jangan tunggang motor laju-laju, tapi dia degil juga. Tengok, sekarang apa dah jadi?”

Kak Long sudah teresak-esak menangis. Ya Allah lemahnya perasaanku mendengar esakan tangis Kak Long.Aku perlu pulang segera.

“Dah janganlah cakap macam tu. Uzair tengah bertarung nyawa dekat wad Icu. Kita doakan dia je ya? Adik bersiap sekarang, adik akan balik rumah malam ni juga.”

Aku bertekad mahu pulang malam ini juga. Aku mahu melihat keadaan adikku depan mata, baru aku puas hati.

Setelah beberapa minit berbual, aku segera berlari untuk menuju ke dalam kamar tidurku. Terkocoh-kocoh aku berlari tanpa memberitahu rakanku tentang niatku mahu pulang malam ini.

“Aj … Kenapa berlari-lari ni?” tegur Suzana yang baru keluar dari bahagian dapur. Aku tersentak bila Suzana sentuh bahuku.

“Aku nak kena balik malam ni juga.” Dahi Suzana berkerut seribu bila mendengar jawapan dari aku. Bibirnya membentuk huruf ‘O’.

“Aik, kenapa kau nak balik pula ni? Bukan ke minggu ni kau memang tak mahu balik sebab nak jimat duit? Lagipun harini dah hari sabtu. Membazir je kalau balik.” Mendengar pertanyaan dari Suzana, air mataku terus menitis setitis demi setitis. Aku tewas.

“Adik aku ada dalam wad ICU. Dia accident motor.” Aku merangkul tubuh Suzana untuk meminta kekuatan.

“Allahuakhbar. Habis kau balik naik apa ni?” Suzana mengusap lembut belakang tubuhku.

“Aku trylah tanya student cab yang kosong. Aku tak kisahlah bayar mahal pun, asalkan aku pulang.” Aku memberitahu seraya meleraikan pelukan kami.

Student cab mahallah weyh. RM seratus, membazir.” Suzana seperti melarang aku untuk pulang menaiki student cab.

“Daripada aku duduk dalam kegusaran dekat dalam hostel ni, lebih baik aku balik rumah!”

Aku tidak mahu duduk resah dan gelisah. Aku mahu berada di samping keluargaku, lebih-lebih lagi di samping ibuku.

“Aku minta maaf tak dapat nak hantar kau balik tau? Kalau kereta aku tak masuk bengkel, mesti aku dah hantar kau malam ni.”

Suzana rasa serba salah bila dia tidak dapat membantuku. Sejujurnya aku tak terfikir langsung nak salahkan dia kerana tidak dapat menghantarku pulang.

“Tak apalah Su. Aku tak kisah pun asalkan aku ada transport nak balik rumah.” Aku tersenyum nipis kerana ingin membuktikan yang aku tidak kisah.

“Sekarang dah pukul Sembilan malam, masih ada ke orang nak terima penumpang? Kalau ada pun student lelaki kut?” Suzana jongketkan sedikit keningnya. Aku menarik nafas sebelum membalas.

“Tak apa, aku ikhtiar cari. Kalau tak ada nanti, aku jalanlah ke depan sikit keluar dari kolej ni untuk cari kereta sapu.” Aku cari banyak jalan untuk pulang ke rumah.

“Woi, engkau gila ke apa ha? Hostel kita ni jauh ke dalam tau? Bahaya kalau jalan seorang diri malam macam ni.”

Suzana menepuk pergelanganku. Riak wajahnya jelas risau bila aku memberitahu hal tersebut kepadanya.

Aku hanya menggigit bibir dan diam. Tampak Suzana sedang berfikir sesuatu.

“Okey, apa kata kita pergi sewa motor. Lepas tu aku hantar kau dekat station bas yang banyak-banyak kereta sapu yang murah-murah kat situ.” Suzana memberi cadangan kepadaku. Dia sedaya upaya mencari jalan untuk membantu. Bella dan Suzana memang sahabatku yang terbaik. Mereka sentiasa ada kala aku susah.

“Hei, tak payahlah. Dah malam dah ni.” Aku rasa seba salah pula nak setuju dengan cadangan dia.

“Tak apalah jangan banyak cakap. Kau pergi je bersiap, nanti aku tunggu kau dekat kafe lepas sewa motor.” Segera dia menolak tubuhku agar bersiap-siap untuk pulang.

Aduhai Suzana ni suka buat aku rasa segan.

BARU saja aku dan Suzana menapak masuk ke dalam kafe, Fizi terus menghalang perjalanan kami.

Alahai, mamat ni lagi! Dia nak apa ha? Tak serik-serik lagi ke dah kena belasah semalam?

   Apa yang dia mahukan?

   Ergh, setiap kali aku nak ke mana-mana pasti batang hidung dia yang muncul depanku.

“Kau nak pergi mana malam-malam ni? Siap bawa beg balik kampung lagi?” Aku terkejut bila Fizi bertanya nada tenang. Buat kali pertama dia bertanya nada prihatin.

Sesekali, aku memandang tangannya yang berbalut. Mesti tangan dia terseliuh sebab kena penendang padu kawan-kawan aku.

Hari itu kemain lagi mulut dia macam longkang. Hari ini tiba-tiba pula bertanya nada tenang.

   Dah insafkah sebab kena belasah dengan kaum hawa? Uish,sempat dia Kembali ke pangkal jalan.

“Tak payah sibuklah. Jom Aj, kita dah lambat.” Suzana pantas menarik tanganku untuk pergi.

Fizi ni tak pandang sekelilingkah? Kawan-kawan Almy dahlah banyak melepak dekat kafe ni. Ni kalau awek dia nampak Fizi depan aku, memang kena seranglah aku.

“Aku tanya baik-baik, kan? Jadi jawab jelah baik-baik.” Fizi bersuara sebal.

Ceh, nak marahlah tu.

“Dengan orang macam kau ni boleh ke kita orang jawab baik-baik?”

Suzana menjegil biji mata. Aku hanya berdiam diri. Tak ada mood langsung nak bersuara.

        “Aj … Engkau kenapa ni? Mata kau macam baru lepas menangis je?” Pertanyaan prihatin dari Fizi membuatkan biji mataku membuntang besar. Dia sengetkan sedikit kepala agar bebas merenungku.

Jelas riaknya ikhlas bertanya. Aku tak pernah dengar suara Fizi selembut ini.

“Aku nak balik malam ni, sebab adik aku kat ICU. Aku nak pergi cari motor sewa lepas tu Suzana hantarkan aku dekat station bas untuk cari kereta sapu.” Aku terangkan senada. Lebih baik aku terus-terang sepenuhnya dari dia banyak tanya kejap lagi.

“innalillahiwainnailaihirojiun…” ucapnya perlahan. Aku hanya pegun di depannya.

Melihat sikap Fizi yang berbeza tiga ratus enam puluh darjah dengan Fizi yang sebelum ini, hatiku mula keliru.

“Woi, adik dia tak mati lagilah. Apahal kau sibuk nak bagi ucapan macam itu kat dia,” jerkahan Suzana membuatkan Fizi tersentak. Terus dia halakan pandangan memandang Suzana.

“Ucapan tu bukannya boleh diucap bila orang meninggal dunia jelah. Ucapan tu boleh diucapkan apabila mendengar sesuatu kecelakaan dan boleh diucapkan kepada orang sakit.”

Aku hanya mengangguk-angguk bila Fizi kata begitu. Suzana hanya beriak kosong mendengar jawapan dari Fizi.

Walaupun perangai Fizi ni kadang-kadang serupa iblis, dia tetap ada background pelajar dari bidang pengajian islam. Sudah tentu dia banyak mendalami ilmu agama.

“Kita orang dah lambat, tolong tepi sikit boleh tak? Tak ada masalah nak layan anak jin macam kau ni lama-lama.” Suzana mendengus.

   Dia tidak mahu Fizi banyak cakap. Jam pun dah melingkar ke angka sembilan tiga puluh lima minit malam. Kalau lambat-lambat nanti Pakguard tak kasi keluar pula.

“Tak payahlah cari motor sewa semata-mata nak hantar kau dekat station bas yang jauh berkilometer dari kolej kita ni. Bahaya,” tutur Fizi meleret-leret. Aku tayang wajah pelik.

Dah kenapa pula dia kata tak payah? Kalau tak boleh sewa motor, aku nak balik naik apa? Naik kereta sorongkah?

“Kalau tak sewa motor dan tak pergi ke station bas, habis tu dia nak balik naik apa? Tak akan nak suruh aku tolak si Aj naik kereta sorong pak cik tukang kebun?”

Suzana buat rolling eyes. Suzana memang anti sangat dengan sikap Fizi ni. Maklumlah, diakan berlagak handsome macam semua perempuan suka dekat dia.

Aku boleh hantarkan kau balik.” Fizi menguntum senyum ketika matanya beralih memandangku. Terletus tawa kecil di bibirku bila Fizi menawarkan diri sendiri untuk membantu.

   Woi, dia buat lawak apa ni?

Dia ada muslihat nak kenakan akukah? Atau sengaja dia lagak prihatin semata-mata mahu membalas dendam lepas apa yang berlaku semalam?

Tiba-tiba pula baik macam tak pernah buat dosa dengan aku.

“Haaa? Kau jangan nak buat lawak boleh tak? Aku dah lambat, jangan nak sembang kencang pula dekat sini.”

   Panas pula hati aku bila dia seolah-olah mahu melambatkan masaku. Orang tengah risau ni, boleh pula dia nak buat lawak antarabangsa depan aku.

“Betul … Aku boleh hantar kau balik. Bahayalah kalau kau balik dengan lelaki yang kau tak kenal. Macam-macam boleh berlaku tau?” katanya lagi.

   Makin terkekek aku mendengar setiap butir ayat yang dia lafazkan.

“Belum tentu lelaki yang dikenali macam kau ni boleh dipercayai.” Suzana menempelak. Dia sempat menyinis Fizi yang masih berwajah polos.

“Tahu tak apa. Kita berdua ni macam musuh tau? Tiba-tiba pula musuh aku nak hantar balik rumah. Macam ada niat lain je?” Aku mengherot senyuman tawar. Tergeleng-geleng kepalaku melihat wajah naif Fizi.

“Walaupun kita ni macam anjing dengan kucing, aku tetap risau kalau kau balik malam-malam macam ini. Jomlah aku hantar kau balik eh?

  Kali ini, nada suara Fizi membuatkan aku terdiam kaku. Kedengaran ikhlas saja ucapan dari bibirnya. Aku merenung matanya sedalam mungkin semata-mata mahu mencari keikhlasan dari dalam matanya.

   Bolehkah aku percayakan dia?

“KAU yakin ke nak tumpang dia? Kalau Almy tahu macam mana? Silap-silap perempuan tu bercakar ayam dengan kau nanti.”

Bella yang masih termengah-mengah turun dari tingkat atas, sudah bertanya.

Sanggup dia datang ke kafe setelah Suzana memberitahunya tentang Fizi,

Mereka berdua ni memang susah nak percayakan Fizi. Satu peratus pun tak ada.

“Aku terpaksa. Kalau dia tak tumpangkan aku, takut aku tak dapat balik.” Aku merengek kecil.

Mereka ni banyak bertanya pula. Hati aku sudah diserang debaran dan kerisauan, boleh pula mereka menyoal gaya polis.

“Balik besok pagi jelah.” Bella memberi cadangan. Laju aku menggeleng.

Kalau dari tadi aku terfikir nak balik besok, lebih baik aku tak payah bersusah payah nak balik malam ini juga.

Alahai, soalan apalah yang terpacul di bibir Bella.

“Aku nak balik malam ni juga! Aku tak akan bertenang selagi aku tak jumpa keluarga aku.” Kata-kata penegasan muncul di bibirku.

Walau apa alasan mereka, aku tetap mahu melangkar keluar dari kolej malam ini juga.

   Ruang mindaku asyik terfikirkan adik. Aku perlu menjejakkan kaki ke rumah jika mahu mendapat secebis ketenangan.

“Kau jangan termakan sangat dengan kata-kata Fizi tu. entah-entah dia nak balas dendam? Sebab tulah dia pura-pura baik.”

Bella masih dengan perasaan curiga. Aku tidak ada masa mahu berfikir hal yang bukan-bukan.

   Hati aku tidak fikirkan hal lain melainkan nyawa seorang adik.

“Kan? Itulah yang aku fikir dari tadi.” Suzana membalas.

“Kita tak boleh nak judges Fizi tu seolah-olah dia pendosa. Malam ni, mungkin dia nak buat amal kebajikan. Sebab itulah dia nak bantu aku,” tuturku cuba memberi aura positif. Namun, aura positifku tidak sampai kepada mereka.

   Suzana dan Bella hanya tayang wajah kosong.

“Hurm, dia memang suka buat dosa dengan kita pun. Maklumlah, perangai serupa jin.” Bella terus-terusan mengutuk Fizi.

“Jangan merepek boleh tak? Aku tengah stress, jangan tambahkan stress aku.” Aku suara teriak. Melepas perasaan geram yang tersisa.

‘Kalau kau nak tumpang juga, tumpanglah. Bawa minyak wangi yang aku ambil dalam bilik aku tadi. Kalau dia buat apa-apa, kau sembur je dekat mata dia minyak wangi ni.” Tawaku terletus bila Bella menghulur sebotol minyak wangi kepadaku.

Bella ni sempat lagi berfikir tentang hal itu. Risau sungguh dia dekat aku.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status