Share

BAB 10

HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.

Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.

Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.

Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.

Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera. 

Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.

Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan. 

Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.

Mana

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status