“You lambat.” Qistina membuat muncung. Aku menggaru kepala. Kesesakan jalan raya menyukarkan perjalanan aku.
“I minta maaf.” Ucap aku pendek.
“Yelaa jum kita pergi.” Dia menarik tangan aku. Aku terpinga-pinga.
“Pergi mana?” Soal aku keliru. Dia memandang aku.
“Oh my god. You dah lupa plan kita hari tu?” Aku gelabah. Bila pula aku ada plan dengan dia?
“Tak. Maksud saya kita plan nak pergi mana dulu hari ni. Bukan banyak tempat ke kita nak pergi?” Aku cuba berlagak tenang.
“Owh I see. Hehe sorry sorry. Kita pergi taman jelah hari ni.” Dia berjalan mendahului aku di belakang. Aku menepuk dahi. Taman mana pula?
“You ingat tak bawah pokok ini? Masa tu you suruh I confess perasaan I dekat lelaki yang I suka. Tetapi sebenarnya lelaki tu you hehe.” Dia tersenyum manis menampakkan be
BORHAN“Kau biar betul ni Rashid?” Soal aku yang masih tidak mempercayai kata-kata Rashid tadi.“Macam yang kau tengok sendiri.”Aku menyelak borang-borang atas meja. Segala butir peribadi terkandung di dalam borang ini.“Jadi betul lah yang kau menjaga mereka sejak dari kecil?”Aku memandang Rasyid. Dia mengangguk.“Yaa. Aku membesarkan mereka apabila anggota polis memberitahu aku yang ibu bapa mereka mati di tempat kejadian.”Aku mengeluh. Mungkin itu faktor mereka menjadi seperti ini.“Ada perkara yang perlu kau tau.” Tambah aku. Dia mendongak memandang aku.“Kami temui mayat Haris di dalam hutan. Kami syak pembunuh itu ialah Ikmal berdasarkan petunjuk yang dia tinggalkan.” Rashid menggeleng. Aku keliru.“Kau yakin Ikmal tu yang bunuh? Kau sendiri tau kan siapa pembunu
YUSUFMasa seakan terhenti apabila aku memandang dia. Dia lain daripada lelaki lain. Senyuman dia. Kelakuan dia membuatkan aku terpesona. Aku pun tidak tahu sama ada aku sudah mula jatuh cinta pada dirinya atau ini hanya sekadar perasaan biasa. Jujur aku tidak pernah tahu apa itu erti cinta. Tapi sebaik sahaja aku mengenali dia, aku dapat rasakan rasa cinta itu walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku harap dia juga merasakan perkara yang sama terhadap aku. Aku berhenti membaca helaian surat yang aku ambil daripada pejabat ayah. Rupa-rupanya selama ini Afiza meluahkan segala perasaannya dalam surat tanpa pengetahuan aku. Yang paling aku curiga, bagaimana surat ini berada pada ayah? Dia langsung tidak memberitahu apa-apa tentang perkara ini. Apa yang dia cuba sembunyikan? Telefon aku berdering. Aku melihat nama pada skrin. Tiada nama. Aku menjawab panggilan itu.“Hello Yusuf. E
IKMALAku cuba kawal diri aku supaya bertenang. Naufal akan melepaskan tembakan pada bila-bila masa saja. Jadi aku perlu bertindak segera. Aku mengeluarkan picagari di dalam poket. Dr. Rasyid yang memberikannya kepada aku untuk digunakan pada Naufal ketika aku berjumpa dengannya tempoh hari. Aku berlari ke arah Naufal lalu menendang pistol yang berada di genggamannya. Pistol itu terpelanting jauh. Aku mengunci kedua-dua tangannya. Aku mengambil peluang ini untuk menyutik leher Naufal. Dia mengerang kesakitan. Beberapa saat kemudian Naufal rebah ke tanah. Aku menarik nafas lega.“Kamu tak apa-apa?” Yusuf meluru ke arah aku. Aku terkejut kerana tidak sangka dia akan berada di sini.“Aku oke. Macam mana kau boleh datang ke tempat ini?”Soal aku pelik.“Panjang ceritanya. Yang penting sekarang kau nak buat apa dengan dia ini?”Soalan aku dibalas soala
YUSUFAku membuka mata. Aku menggerakkan jari-jemari aku. Nampaknya aku sudah mengawal badan aku semula. Aku memandang ayah. Dia mengigil ketakutan. Ikmal sudah lama melarikan diri. Hanya tinggal kami berdua. Owh lupa bertiga. Aku membuka beg galas aku. Kertas-kertas itu keluarkan dari beg lalu dicampak ke udara.“Kenapa ayah simpan surat ini? Kenapa saya tak ingat tentang semua yang telah berlaku?”Marah aku. Sudah hilang rasa hormat aku pada ayah bila mengetahui dia terlibat dalam segala kejadian ini.“Maafkan ayah sebab libatkan kamu sekali. Ayah cuma mahu lakukan perubahan pada negara kita saja. Sudah cukup lama kita ditindas oleh golongan atasan. Jadi ayah dan Borhan telah membuat keputusan untuk melakukan misi rahsia.” Ayah bangkit. Dia menyalakan rokok. Kotak rokok diserahkan kepada aku tapi aku menolak dengan baik.“Ayah dan Borhan menemui satu kaedah untuk menukar
YUSUFAku membuka mata. Bahang matahari mengejutkan aku dari tidur. Aku memandang sekeliling. Aku berada di dalam bilik. Aku ingat-ingat lupa tentang apa yang telah berlaku. Aku cuba mengingati kembali kejadian semalam. Tiba-tiba aku bagaikan terkena renjatan elektrik. Ingatan aku kembali pulih. Aku ingat tentang segala perkara yang berlaku. Aku segera membuka televisyen. Siaran berita aku cari. Aku kuatkan suara pemberita. Aku menekup mulut apabila melihat mayat ayah dan Haris. Mereka berdua dibunuh dengan begitu kejam sekali.“Kenapa kau nak sedih?” Muncul satu suara. Aku menoleh ke belakang. Jack sedang memandang aku.“Kau bunuh ayah.”Jerit aku. Dia tersenyum sinis.“Kau lupa kenapa kau di sini? Kau memang ditakdirkan menjadi pembunuh. Kau yang akan membawa perubahan dalam negara ini.” Dia cuba menghasut aku. Aku cuba berfikir dengan rasional.&nb
QISTINAAku memeriksa pintu dan tingkap. Setelah yakin semuanya sudah dikunci, aku berjalan memasuki ke dalam bilik. Aku melabuhkan badan aku di atas katil. Penat aku masih belum hilang. Hari ini aku terpaksa berulang alik untuk menguruskan urusan kak Fatin. Aku memejamkan kedua-dua mata aku. Belum sempat aku terbuai dengan mimpi tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang di luar bilik. Aku terus bangun. Aku berjalan ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas perlahan-lahan. Aku mengintai sedikit dari celah pintu.Tiada orang di luar bilik. Mungkin perasaan aku agaknya kerana terlalu letih. Aku tutup semula pintu bilik. Aku melangkah ke arah katil. Lampu bilik aku terpadam secara tiba-tiba. Aku mula ketakutan. Aku takut berada dalam gelap. Aku menjerit sekuat hati sambil meraba suis lampu. Tangan aku disentak kuat oleh seseorang. Lampu bilik kembali menyala.Aku terkejut apabila Yusuf berada di depan aku. Matany
QISTINAAku membuka kelopak mata. Kereta tiba-tiba berhenti. Dah sampai ke? Aku memandang luar tingkap. Aku hanya dapat melihat hutan mengelilingi kami. Keadaan gelap agak menyeramkan aku.“Kita dekat mana ni?” Soal aku pada anggota polis yang memandu. Dia hanya diam. Aku menggerakkan badan dia. Tubuhnya tiba-tiba longlai dan menghantuk ke stereng kereta. Aku mula cuak. Aku keluar dari kereta. Aku membuka pintu tempat duduk pemandu. Aku melihat badannya berlumuran dengan darah. Aku menjerit meminta pertolongan.“Ironinya. Kau akan mati di tempat yang sama kakak kau mati hehehehe.” Cahaya yang sedikit itu membantu aku mengecam wajah lelaki yang menghampiri aku. Yusuf?“Awak yang bunuh kak Fatin?” Aku mengundur ke belakang. Aku yakin identiti lain yang sedang mengawal tubuh Yusuf. Dia tersengih. Pisau di tangan digenggam kemas. Aku memandang sekitar. Aku tak nampak jalan untuk ak
Iqbal duduk bersandar di atas kerusi. Sesekali dia memandang pemandangan di luar rumah. Dia pun tidak sangka sudah mendirikan rumah tangga bersama Qistina. Terasa bagaikan semua ini seperti mimpi. Dia melihat dari jauh Qistina sedang memegang tangan Alisya, puteri tunggal mereka. Qistina dan Alisya mula melintasi jalan ke seberang. Iqbal tersenyum menanti penuh sabar. Mereka sudah pulang dari membeli barang. Alisya melambai tangan ke arah Iqbal dengan gembira. Iqbal melambai kembali. Namun lambaian Iqbal terhenti apabila van hitam dari arah berlawanan arus merempuh mereka berdua. Iqbal terbangun. Dia terus bergegas berlari ke arah mereka. Orang ramai sudah mula mengerumuni. Ada yang sibuk menangkap gambar untuk memuat naik dalam laman media sosial. Ada pula yang seperti buntu mahu menelefon polis atau ambulan terlebih dahulu? Iqbal mendakap erat tubuh badan Qistina dan Alisya. Dia meraung."Kalau kau ikut cakap aku mesti tak jadi macam ni." Suara seseorang dari arah orang ram