Share

BAB 33

QISTINA

Aku membuka kelopak mata. Kereta tiba-tiba berhenti. Dah sampai ke? Aku memandang luar tingkap. Aku hanya dapat melihat hutan mengelilingi kami. Keadaan gelap agak menyeramkan aku.

“Kita dekat mana ni?” Soal aku pada anggota polis yang memandu. Dia hanya diam. Aku menggerakkan badan dia. Tubuhnya tiba-tiba longlai dan menghantuk ke stereng kereta. Aku mula cuak. Aku keluar dari kereta. Aku membuka pintu tempat duduk pemandu. Aku melihat badannya berlumuran dengan darah. Aku menjerit meminta pertolongan.

 “Ironinya. Kau akan mati di tempat yang sama kakak kau mati hehehehe.” Cahaya yang sedikit itu membantu aku mengecam wajah lelaki yang menghampiri aku. Yusuf?

 “Awak yang bunuh kak Fatin?” Aku mengundur ke belakang. Aku yakin identiti lain yang sedang mengawal tubuh Yusuf. Dia tersengih. Pisau di tangan digenggam kemas. Aku memandang sekitar. Aku tak nampak jalan untuk ak

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status