Iqbal hanya mampu melihat pihak hospital menguruskan mayat Dato Borhan. Malek yang berada di sebelah Iqbal menenangkan dia.
"Ini semua salah aku." Iqbal bersandar pada kerusi. Malek melihat riak muka Iqbal seperti kesal.
"Kau dah buat yang terbaik. Nak buat macam mana musuh Dato Borhan, ramai. Aku risau kau juga akan jadi sasaran mereka." Malek risau melihat Iqbal. Pasti dia akan rasa bersalah.
Kisah kematian Dato Borhan telah tersebar begitu pantas. Menteri yang lain mula bersorak. Presiden tersenyum. Bangga melihat anak buahnya berjaya melunaskan Dato Borhan.
"Bagus. Bagi RM 4juta dekat budak budak tu." Dia ketawa. Dato Borhan terlalu banyak menyimpan rahsia mereka. Dia tidak akan biarkan.
"Datuk. Besok pelacur itu akan sampai. Kami akan terus hantar ke hotel dan kelab malam." Salah seorang konco lagak seperti gangster bersuara. Datuk Firman Nazrul tersenyum kecil. Dia menunjuk ke arah beg yang sudah berisi wang.
"Bagi dekat
Zamarul memandang mereka bertiga. Dia perlu kekal tenang supaya perlawanan ini berpihak pada dirinya. Salah seorang dari mereka mula menyerang Zamarul dulu. Dia mengelak lalu membalas tumbukan ke arah perut sebelum menendang ke hadapan menyebabkan lelaki itu terundur. Konco yang berambut kerinting itu cuba meluru ke arah Zamarul untuk menghentak tapi Zamarul sudah terlatih dengan keadaan begitu menyebabkan dia mudah menepis satu demi satu serangan lalu melakukan kunci pada lengan konco rambut kerinting itu. Konco itu dalam keadaan payah apabila Zamarul yang mengawal pertarungan ini menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Zamarul melepaskan dia. Tangannya berasa sakit kerana menahan serangan Zamarul. Seorang lelaki badan yang lebih besar mungkin ketua mereka teka Zamarul mula mengambil alih. Dia mengeluarkan pistol namun Zamarul lebih tangkas menepis lalu menendang pistol itu jauh dari mereka."Laju." Puji lelaki sasa itu. Dia melangkah ke hadapan. Mereka mula bertempur tangan k
Wartawan sudah memenuhi ruang apabila mengetahui anak kepada Presiden, Mizi menjadi tertuduh dalam kes Rumah Anjang. Mereka tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menjadi media pertama melaporkan berita itu. Zamarul turun dari kereta sambil menutup mukanya. Semua orang tidak mengenali Zamarul kerana dia yang menguruskan kes ini. Hari ini merupakan hari pertama Mizi dihadapkan ke mahkamah. Mizi masuk ke dalam mahkamah sambil tersenyum. Zamarul pelik melihat Mizi seperti ada sesuatu yang aneh. Zamarul memandang mencari apa yang mungkin bakal terjadi. Zamarul terkejut sebelum menjerit..."Tunduk semua!!!" Jerit Zamarul apabila bunyi letupan itu menggegarkan sekeliling kawasan. Kereta yang berdekatan di situ kesemuanya hancur dan terpelanting. Pihak media ramai yang cedera parah akibat letupan itu. Zamarul memandang Mizi yang sudah hilang di depan mata."Sial..." Zamarul bangun mencari kelibat Mizi. Dia menerima panggilan."Sarjan. Presiden nak jumpa kau sekarang."
Itulah apa yang berlaku pada Sarjan Zamarul 5 tahun yang lalu. Dia telah kehilangan keluarga, kerjaya dan negara. Mereka semua telah mengkhianati dirinya. Akibat tidak dapat menerima takdir itu, Zamarul berjaya melarikan diri dari penjara. Dia mula merancang untuk membalas dendam. Semua akan menerima balasan atas segala perbuatan mereka."Aku akan tebus semula hak aku." Kata Zamarul sambil memandang perancangan teliti yang telah dia usahakan.Iqbal merenung fail tebal yang diberikan Dato Borhan sebelum dia meninggal dunia. Dia berkata rahsia negara sangat besar dan amat menakutkan. Apakah rahsia yang disembunyikan selama ini sehingga Jack dicipta untuk membanteras jenayah? Dia selak satu halaman ke satu halaman. Laporan audit kewangan yang telah diselewengkan dan duit keluar masuk melalui transaksi luar negara dengan jumlah yang besar beberapa tahun yang lalu. Apa yang sebenarnya mereka rancang?"Papa. Nak main." Alisya menarik lengan baju Iq
Iqbal membeli sedikit kuih di hadapan sekolah rendah. Keadaan agak sesak dikawasan sekitar itu menyebabkan dia tidak dapat kembali ke kereta. Sambil membawa kuih, Iqbal memandang masyarakat yang sedang sibuk ingin pulang dari tempat kerja. Mungkin kerana angka jam telah menunjukkan pukul 6 petang menyebabkan berlakunya kesesakan. Iqbal berjaya sampai ke kereta. Dia terasa aneh dari tadi kerana seperti diekori seseorang. Iqbal masuk ke dalam kereta dan memandang lelaki di sebalik dinding. Dia sedang bercakap melalui telefon. Iqbal mengambil peluang ini untuk bergerak. Dia berjaya meninggalkan lelaki itu. Sampai sahaja di rumah Iqbal terus masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu."Abang. Kenapa ni gelabah semacam jaa." Soal Qistina memandang Iqbal selepas membasuh pinggan."Takde apa-apa. Nah ini kuih sayang mintak beli tadi." Iqbal menghulur kuih pada Qistina."Papa." Alisya datang ke arah Iqbal sambil ketawa."Anak ayah ini rindu ayah ke?" Iqbal mendukun
Syam merenung lama ke arah Yusuf. Lelaki itu seakan mayat hidup. Mukanya cekung dan badannya kurus kering. Yusuf tidak bergerak. Dia hanya termenung kosong seperti tiada lagi jiwa dalam jasadnya.“Yusuf. Kau perlu sedarkan diri kau. Aku mahu tahu tentang sesuatu. Apa yang sebenarnya kau rancang?” Syam mahukan jawapan ini daripada mulut Yusuf sendiri.Syam cuba mengkaji bagaimana psikologi Yusuf. Adakah dia betul gila atau orang lain yang sukar untuk memahami dirinya? Aah Brecht juga dulu pernah dituduh gila juga kerana pemikirannya yang dibawa mendahului manusia lain. Dan akhirnya selepas kematiannya baru lah orang mengambil pengetahuannya yang ditentang sebelum itu. Yusuf masih tidak mahu bersuara. Dia lebih selesa untuk berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa.“Kau perlu cakap sesuatu. Kau mahu segala usaha kau ini jadi sia-sia saja? Kau perlu bangkit. Jangan men
qbal menghirup teh o ais di gerai mamak berdekatan balai. Malek juga turut sama duduk sambil menjamah nasi lemak. Mereka berdua sedang menyiasat seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan Rumah Anjang.“Dia dah mula bergerak”. Lapor Malek pada beberapa anggota polis yang sedang menyamar.“Bergerak”. Arah Iqbal supaya mula bertindak. Sebaik sahaja lelaki memakai jaket hitam itu bangun, mereka mula bergerak.Lelaki itu masuk ke dalam kereta. Iqbal mengetuk tingkap.“Encik ada tertinggal dompet tadi”. Iqbal mula bertentang mata dengan dia.“Eh bukan saya punya”. Jawab dia. Iqbal tersedar sesuatu. Suaranya macam…Iqbal terus membuka pintu kereta. Mereka semua mengacu pistol ke arah lelaki berjaket itu. Iqbal menarik hoodie jaket. Ternyata benar tekaannya. Dia wanita.“Ikut kami ke balai. Kita perlu berbincang”. Mereka semua menyimpan
Zamarul keluar dari kelab malam itu. Dia menyalakan rokok sambil menikmati angin malam. Keadaan dalam kelab mula kecoh. Bunyi siren kereta polis mula menambahkan lagi keadaan yang semakin kelam kabut itu. Ambulan agak lambat sampai ke lokasi. Zamarul duduk di tepi longkang. Dia memandang beberapa kenderaan mewah mula parkir di belakang kereta peronda polis. Dari jauh jelas kelihatan Presiden sedang bersama konco-konco yang lain. Riak mukanya mengamuk. Zamarul meninjau melihat adakah dia selamat untuk mendekati mereka. Beberapa konco yang lain mula masuk ke dalam kelab malam. Hanya tinggal beberapa orang menteri yang masih cuba menenangkan Presiden. Zamarul mengambil peluang ini untuk mula bergerak. Dia menyelusup dari arah belakang kereta milik mereka. Zamarul melihat Datuk Firman sedang leka menghisap curut kegemarannya. Masih sama seperti dulu lagi. Cuma kali ini perutnya lebih boroi mungkin kerana banyak makan duit haram. Zamarul mahu memberi peringatan kepada mereka. Dua o
Beberapa kereta berwarna hitam masuk ke dalam kawasan perumahan Datuk Firman. Para menteri sudah lama menanti kehadiran mereka. Mereka semua dilanda gelisah apabila ketua Pendakwa Raya, Datuk Kamal dikhabarkan mati pada awal pagi tadi. Keadaan yang sangat mengerikan dan mereka tidak mahu untuk membayangkan bagaimana keadaan mayat Datuk Kamal. Nampaknya sudah tidak syak lagi lelaki ini mahukan sesuatu yang lebih bernilai dari wang. Dia mahukan nyawa mereka semua. Sudah pasti ada sesuatu kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia sanggup melakukan perkara sejauh ini.“Ini Alex bersama kumpulannya. Mereka professional dalam melakukan kerja ini secara senyap”. Pengawal peribadi memperkenalkan lelaki berbadan sasa dan penuh tatu pada muka. Alex tersenyum apabila melihat wang dan jongkong emas sudah tersedia di atas meja.“Berapa hari kau perlukan untuk buat kerja ni? Aku taknak perkara ini melarat sehingga hari pilihan raya”. Datuk Firman meman