Gambar yang aku pegang terjatuh ke lantai. Aku tak percaya apa yang berlaku. Jack dah rancang semua ini dari awal.
“ Sekarang kau dah faham kan. Zam dan Jack kami memang dah lama buru. Diorang ada ideologi pelik yang cuba nak disebarkan pada masyarakat. Kau sekarang telah bunuh salah seorang calon pilihan raya yang bertanding jawatan Perdana Menteri. Eh silap. Semua calon dah mati kena bunuh, Kau tahu besok siapa yang akan jadi Perdana Menteri? JACK!!!! Kau dah buat kesilapan besar.”
Kamal menumbuk meja menahan geram. Aku terus jatuh terduduk. Aku dah buat kesilapan yang besar.
“ Sekarang si bedebah tu bakal jadi PM. Dia akan kebal dari segala jenayah. Dari membunuh, merompak, penculikan. Bertahun kami buru dia semua ni jadi sia-sia bila dia dapat kuasa. Semua jenayah dia buat akan hapus.”
Kamal melepaskan amarah. Aku hanya mampu diam. Aku tak tahu apa lagi yang boleh aku buat.
“ Kau nak tahu apa yang dia
Aku makin pelik melihat dia. Lan seolah tidak kisah apa yang bakal berlaku malam ini. Aku hanya duduk memandang dari tirai besi. Polis sudah bersedia dengan apa sahaja kemugkinan bakal berlaku.“ Serang!!!”Suara seseorang dari luar. Aku terkejut apabila terdengar bunyi tembakan.Aku tunduk ke lantai. Badan aku menggigil ketakutan. Polis yang berkawal setiap banduan mula tumbang satu demi satu. Peluru sesat datang dari pelbagai arah. Tiada yang mampu selamat termasuk banduan yang berada dalam penjara. Aku curi-curi tengok hampir separuh penyerang sudah masuk ke dalam penjara. Mereka mengacu senapang dan mula menembak tanpa kasihan.“ Cari Kamal. Ini arahan Jack!!”Arah seseorang. Yang lain mula bergelumun masuk mencari mangsa mereka.Aku dapat dengar suara orang menjerit meminta tolong. Aku tak boleh bayang apa yang sedang berlaku. Aku dengar bunyi orang sedang berlari ke arah
Keadaan mula senyap. Aku masih tak boleh brain bapak kandung kekasih aku merupakan ketua gengster. Aku rasa pasti Aina juga tak dapat terima kenyataan ini. Hipotisis yang aku boleh buat ialah mak Aina tinggalkan Lan kerana tidak mahu lagi hidup dalam dunia gelap. Yes yes!!! Aku pasti dan yakin. Aku memandang Lan. Dia cuba sorok air matanya. Ady dan Salman berbual-bual kosong sambil berjalan.Kamal mengawal dari belakang takut-takut ada musuh menyerang hendap. Aku? Seperti biasa masih lagi keliru dengan apa yang berlaku cuma bezanya kali ini aku memegang pistol. Aku tak tahu yang mana paling merunsingkan aku. Adakah aku bakal dibunuh atau apabila dapat tahu bapa kandung kekasih aku merupakan seorang ketua gengster yang kami berkongsi sel?“ Kau tak perlu risau. Aku takkan bunuh kau sebab bercinta dengan anak aku.”Suara Lan bergema. Aku terus terjaga dari lamunan.“ Errr hehe. Saya pun tak tahu pasal tuan.”
“ Kau pasti kau mahu berpihak pada Jack?”Soal Kamal kepada aku.“ Aku tak kata aku sokong Jack. Cuma aku nak tengok sejauh mana agenda dia.”Aku perlu menyiasat rancangan yang mahu Jack lancarkan.“ Kami turut serta sekali kalau betul kau nak buat.”Ady tidak berfikir lama untuk menyokong aku. Salman juga setuju.“ Okay. Kalau dua ekor ni dah join kau takkan aku nak diam.”Kamal bersetuju. Aku gembira kerana mereka bertiga percaya dengan pilihan aku.Kami berempat telah bertemu Jack secara rahsia. Jack memberitahu bahawa terdapat kumpulan perisik yang mahu menyerang negara. Perisik tersebut merupakan pembunuh upahan yang dianggotai orang luar. Kami mendapat arahan untuk membunuh tanpa bicara. Bayaran sebanyak RM 80 ribu sebagai ganjaran kepada kami. Jumlah yang cukup besar untuk pembunuhan. Kami setuju.Berbulan-bulan kami melakukan kerja ini da
Aku campak pistol ke tanah. Pisau yang sentiasa di belakang pinggang dikeluarkan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Menanti saat yang sesuai untuk aku menyerang.“ Lan, serang.”Arah Kamal sebagai pemerhati. Aku terus keluar menikam seorang demi seorang.Ady melepaskan tembakan menggila. Salman membantu aku daripada diserang dari belakang. Banyak nyawa yang terkorban. Mereka seolah tidak mahu mengalah. Taat setia kepada Jack, membuatkan mereka rela berkorban nyawa. Bukan kerana negara. Tapi kerana minda mereka telah di tanam ideologi Jack.“ Lan, aku rasa korang takkan mampu bertahan lama.”Kamal sudah rasa tak sedap hati melihat makin ramai pengikut Jack yang datang.“ Kau telefon team kita sekarang.”Kata aku meneruskan rancangan kami. Kamal akur.“ Perhatian. Team Alpha. Sila datang ke lokasi Anggerik segera. Saya ulang. Team Alpha sila datang ke lokasi Angge
Aku tak kenal lelaki yang beruban beruniform askar itu. Melihat pada pangkat yang dipakai, aku rasa ini ketua mereka.“ Jadi sekarang kau berpaling tadah? Kau menyokong agenda Jack sekarang haa Shukri?”Balas Lan sedikit lantang.“ Apa saja agenda dia aku tak ambil kisah. Asalkan perut aku terisi sudah memandai. Sekarang kau tengok siapa yang ganti tempat kau dulu? Ya aku. Hahahaha.”Lelaki bernama Shukri itu mengangkat tangan memberi isyarat pada orang bawahannya. Mereka mula mengacu senapang ke arah kami.“ Kau mahu bertemu Jack, jadi kau perlu lepasi kami dulu.”Kata Shukri dengan nada berlagak.Aku tahu kami sudah tidak dapat larikan diri lagi. Kali ini memang kami bakal mati. Lan juga seperti hilang akal. Sudah tiada jalan lain lagi.“ Kau pasti kau mahu menentang aku?”Lan masih lagi berunding.“ Hahahaha. Kau tengok. Ajal depan mata pun mas
“ Mari kita pergi memburu.”Lan mengangkat senapang Kamal. Rantai leher yang digenggam Lan dipakai. Aku mula memeriksa pistol aku. Hanya aku dan Lan bakal bertarung.Kami berdua akhirnya sampai ke kawasan pemerintahan Jack. Pengawal yang sangat ramai berkawal di hadapan bangunan. Lan tanpa gentar terus meluru ke arah mereka.“ Ke tepi. Aku nak jumpa Jack.”Arah Lan bengis.“ Eh mana boleh nak masuk macam tu jaa. Kamu kena buat temu janji dulu.”Pengawal itu menghalang Lan.“ Takpe bagi diorang masuk. Jack suruh mereka berdua masuk.”Seseorang keluar dari bangunan tersebut. Lan masuk ke dalam tanpa menunggu aku.Aku kejar Lan dari belakang. Risau jika ada perangkap yang Jack cuba lakukan pada kami. Dalam bangunan itu mempunyai perabot yang mewah beserta patung koleksi sama di tempat persembunyian Jack. Cuma di sini lebih banyak dan menyeramkan. La
“ Jack pernah suntik aku. Kalau kau nak bunuh mereka, aku rasa baik kau teruskan. Lagipun mereka ni memang dah jadi mesin pembunuh.”Aku mengeluarkan pistol. Peluru di isi. Aku akan mempunyai masalah untuk menentang mereka kerana kekurangan peluru.“ Sokalau macam tu. Baik kita bunuh diorang dulu sebelum kita pula dibunuh.”Lan sudah tidak peduli tentang mereka lagi. Matlamat dia mahu menyelamatkan Aina. Aku pula mahu menyelamatkan adik aku, Laila.“ Ayuh!!”Lan mengacu senapang ke arah mereka. Tembakan demi tembakan berganti-ganti. Keadaan semakin kecoh apabila mereka seperti mayat hidup menghampiri kami.“ Jangan gentar wahai rakyat ku. Sesiapa yang dapat membunuh mereka, aku akan berikan hadiah ini sebagai ganjaran.”Jack menayang ubat V-4 ke udara. Pengikut Jack makin rancak menyerang kami.“ Owh sial. Penat aku nak bunuh seorang seorang macam ni.”
“ Abang..Tengok ni.”Panggil adik aku. Terus aku tersedar sebelum berlari ke arahnya.Ya. Kami dah jumpa mayatnya. Aku akan pastikan mayatnya dikebumikan secara sempurna. Aku berasa angin semacam dari belakang. Aku menoleh. Muncul Kamal, Ady dan Salman yang berdiri di belakang aku. Mereka menunding ke bawah tanah. Aku terus menggorek. Aina dan Laila turut sama membantu. Jari-jemari aku mula sakit kerana tidak berhenti mengorek tanah. Aku mula terjumpa sesuatu. Ada satu kotak yang ditanam. Aku keluarkan kotak itu. Saki baki tenaga yang aku ada aku gunakan untuk membuka kotak yang terkunci.“Prakkkk..”Kotak mula terbuka. Aina terus menjerit manakala Laila menahan diri dari muntah. Sepasang biji mata dijumpai dalam kotak pelik itu.Ada banyak kotak lagi yang tertanam di situ.“ Sempurnakan kami.”Kamal tersenyum memandang aku sebelum menghilangkan diri bersama Ady