Share

BAB 20

SYAHIR mula terasa sunyi dan kosong setelah pemergian Amir ke Australia. Belum lagi setahun Amir di sana, dia sudah merasai kehilangan yang amat berbeza. Bagaimana dia harus menunggu untuk tiga tahun lagi?

Walaupun jurang kehidupan mereka berbeza, Syahir tidak pernah terasa akan ‘jurang’ tersebut. Yalah, Amir pelajar cemerlang, baik dan pandai belajar manakala dia pula adalah sebaliknya. Tidak habis sekolah dan hidupnya bergelumang dengan maksiat dan kerja-kerja kotor.

Amir sebenarnya dapat meneka apa pekerjaan yang Syahir lakukan selama ini, tetapi dia tidak cepat melatah dan tidak juga pernah memadamkan nama Syahir dari dalam lembaran hidupnya.

Baginya Syahir akan ‘dipimpin pulang’ olehnya satu hari nanti. Itulah janji Amir. Syahir juga tidak mahu kehilangan sahabatnya kerana Amirlah sahabat yang paling ikhlas berkawan dengannya.

Bukannya Syahir tiada kawan lain, ada. Tetapi mereka semua hanya berpura-pura baik, mempergunakannya

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status