Share

BAB 25

HARI terakhir keluarga Mr.Wong di Sydney dihabiskan di rumah sahaja. Mereka mahu menghabiskan masa dengan Amir sepuas-puasnya seperti sebuah keluarga. Mereka bercerita, berbual-bual tentang kehidupan seharian, memasak sendiri dan makan beramai-ramai.

Amir mengirimkan beberapa bingkisan[1] untuk diberikan kepada Syahir dan ibunya. Gambar-gambarnya beserta sepucuk surat dikirimkan sebagai tatapan sang ibu tercinta. Hanya mereka sahaja tempat Amir bergantung harap untuk menjenguk ibunya.

Datuk Othman menjemput mereka makan malam di restoran miliknya. Sebelum itu Datuk Othman dan Mr.Wong telah bersetuju untuk bekerjasama dalam perniagaan mini marketnya.

Keesokkan harinya, Amir yang ditemani oleh Amira dan Bob Imran menghantar Mr.Wong sekeluarga ke lapangan terbang. Lambaian mereka sekeluarga mendorong Amir kepada kenangan silam yang indah dan dia seperti tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke tanah air.

~

Kuala Lumpur, Malaysia

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status