Share

BAB 30

KAKI Syahir bergoyang mengikut rentak lagu rancak di pusat disko itu. Dia ingin menari di tengah-tengah dewan tarian, tetapi dia masih duduk melekat di kerusi sambil kornea matanya melara mencari sesuatu.

“Apa yang kau tunggu lagi, jomlah menari!” Chai mengajak namun tubuhnya masih menari-nari, lagu yang dipasang oleh DJ ketika itu rancak betul.

“Kau pergi dulu, aku tengah usha seseorang ni.” Syahir mengarahkan Chai pergi dulu ke tengah dewan. “Ada lagi ke Sally kat sini? Entah-entah sudah dibawa pergi jauh. Tak dapatlah aku jumpa dia lagi.”

Tergerak juga dia hendak bertanya kepada samseng-samseng yang berkawal di situ. Tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu kerana bimbang disyaki oleh mereka.

“Entah-entah dia kena kurung dan diseksa sebab cuba larikan diri tempoh hari.” Syahir berfikir sendiri. “Macam mana ya ... Ini saja peluang untuk aku dekat dengan Sally dan sahkan betul ke dia Salina yang aku cari

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status