Share

BAB 38

AMIR bertemu dengan ibunya di penjara sebelum berlepas ke Thailand. Apabila meli-hat Salmah yang sudah bersimpul senyum-nya, Amir seakan tidak sabar-sabar lagi ingin men-cari kakaknya.

Ingin sahaja dia menceritakan tentang peranca-ngan mencari kakaknya, namun dia bimbang ibunya akan menaruh harapan yang terlalu tinggi dan mengharap. Sedangkan dia sendiri pun sedang terkapai-kapai mencari jalan.

“Dalam sebulan ni Amir tak dapat datang mela-wat ibu sebab Amir ke Thailand. Ada promosi makanan Asean di sana. Itu projek sulung Amir, Amir minta restu dan doa ibu. Doakan kami ber-jaya.” Amir meletakkan tapak tangannya di kaca yang memisahkan mereka berdua.

Salmah melakukan hal sama sebagai tanda restu. Sambil tersenyum, dia mengangguk perlahan. Ma-tanya sudah diladungi cairan jernih. Salmah bukan sahaja bersyukur malah sangat bangga dengan anaknya yang seorang ini.

“Alhamdulillah, ibu akan sentiasa mendoakan dan merestui Amir. Pergilah dengan semangat, pu-langlah dengan kejayaan. Ibu akan tu
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status