Share

BAB 42

PAGI itu seperti biasa, semua team bersarapan bersama. Amir mengumumkan bahawa cuti bergilir-gilir kepada semua staf akan dilaksanakan kerana promosi mereka masih berbaki dua minggu sahaja lagi.

Ada yang terlalu letih dan ada juga yang ingin pulang ke tanah air atas sebab tertentu. Tempat mereka yang pulang ke tanah air perlu digantikan dengan staf lain dari Malaysia.

Amira juga keletihan. Dia turut bercadang untuk mengambil cuti dalam sehari dua untuk bersiar-siar di kota Bangkok tetapi Amir pula mengatakan bahwa dia terpaksa bertahan kerana perlu meman-tau operasi promosi setiap masa.

Amira memahami tugas Amir. Jika Datuk Othman atau Mr.Wong ada untuk menggantikan-nya, barulah Amir boleh berehat.

“Tak sampai hati pula aku nak tinggalkan kau seorang yang memantau operasi. Lagipun, aku nak kau temankan aku jalan-jalan.” Amira merenget. Gayanya tak ubah seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula.

Amir menyimpul senyum.

“Kalau nak aku temankan, kenalah tunggu promosi habis dulu. Lagip
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status