Share

BAB 44

DATUK ZAKI mengerling sekilas wajah anaknya. Sekali lagi dia berlaku kejam terhadap Sofea. Tidak kelihatan lagi air matanya, tetapi wajah itu seperti kekontangan emosi.

Datuk Zaki mengakui, dia tidak sepatutnya memperlakukan begitu kepada Sofea. Tetapi entah kenapa dia begitu benci dengan Amir.

Baginya, sejak Sofea berkenalan dengan Amir, dia telah ‘kehilangan’ anaknya. Sofea terlalu mem-pertahankan Amir sehingga Sofea tidak lagi mene-rima pendapatnya, tidak mahu menerima arahan-nya dan sejak dipisahkan, Sofea tidak lagi menghor-matinya sebagai seorang ayah.

Entah apa yang istimewa sangat anak lorong itu sehingga Sofea sudah tidak lagi membuka hatinya untuk lelaki lain.

“Aku benci Amir. Kalaulah Amir tak hadir dalam hidup aku dan Sofea, pasti semua ini tak akan berlaku.” Datuk Zaki berfikir sendiri.

~

SEJAK pulang dari Thailand, Sofea mengurung dirinya dalam bilik. Haris yang kini berada di Australia ada menghubungi Sofea, namun tidak diendahkan atas alasan tidak sihat.

a Are you okay
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status