Share

BAB 46

SELAMA dua hari ini, Syahir hanya meng-habiskan masa dengan Amir. Dia juga mengendon[1] di rumah Amir supaya mereka benar-benar dapat bercerita, beriadah dan bermain permainan video bersama.

Bagi mereka, ini sahaja peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama kerana selepas ini masing-masing akan punya tugas dan tanggung-jawab sendiri. Terutama sekali Amir yang sibuk dengan syarikatnya, juga Amira yang bakal menjadi isterinya.

Syahir sedar, suatu hari nanti situasi akan benar-benar berubah dan dia tidak boleh lagi serapat ini dengan Amir.

“Aku nampak kau berbual dengan Sofea di kedai kasut semalam. Tapi aku saja biarkan kau orang berdua berborak. Kau rasa, kau masih ada rasa sayang kat Sofea lagi?” Syahir cuba memancing perasaan Amir.

Amir termenung seketika.

“Sebenarnya, aku sendiri pun memang tak percaya yang kita orang boleh berjumpa semula. Sedaya upaya aku lupakan dia. Kenapa takdir cuba menguji kami? Bohonglah kalau aku kata aku tak sayangkan dia lagi. Tapi, kau sendiri nampak
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status