Share

BAB 47

SYAHIR mengerling tepat ke arah jam dinding di hadapannya. Sudah hampir pukul 12 malam. Kedai makan yang didudukinya semakin ramai pelanggan muda-mudi yang gemar keluar malam.

Orang yang ditunggu sedari tadi masih belum muncul. Syahir menghabiskan hirupan air coke terakhirnya dan bersedia untuk beredar. Baru sahaja hendak mengeluarkan dompet dari kantung sarwal untuk membayar harga makanan, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

“Relakslah brother, cepat sangat kau nak chaw. Sorrylah aku lambat, ada hal sikit tadi,” suara itu menegur.

Syahir kembali duduk pabila orang yang ditunggunya telah tiba. Syahir hanya memandang Chai tanpa segarit senyuman di bibir. Geram juga dia kerana terpaksa menunggu lama.

Chai menyedari bahawa Syahir agak berang, cepat-cepat dia menghulurkan sepuntung rokok kepada Syahir lalu memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.

“Sorilah geng, aku lambat pun sebab ada info, mesti kau suka punyalah,” Chai tersengih-sengih cuba memancing mod Syahir.

Senyuman
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status