Share

BAB 55

SETELAH berada di wad selama dua hari, Sofea akhirnya dibenarkan untuk keluar. Haris menawarkan diri untuk menjemput Sofea dan membawanya pulang ke rumah. Dia hanya menurut. Keuzuran dirinya menyebabkan dia hanya mampu mengikuti. Malas untuknya bertekak. Tiada guna pun.

Haris melayaninya seperti seorang puteri. Segala perkara dia yang uruskan. Daripada urusan keluar wad hinggalah mengemas barang-barang Sofea. Kalau boleh, ingin sahaja dia mendukung Sofea ke keretanya, tetapi itu sudah melampau bagi Sofea. Dia bukannya tidak boleh berjalan sendiri, Cuma tenaganya sahaja yang belum pulih sepenuhnya.

Ketika Haris memimpin Sofea masuk ke kereta, sebuah kereta Volkswagen melintasi mereka. Pemandunya menjeling tajam ke arah pasangan itu. Penumbuknya dihentakkan di atas stering.

“Kenapa kau tak mati sahaja, Sofea? Aku benci-kan kau!” Suara manja dan diva itu bertukar seperti singa apabila menyebut nama Sofea.

“Siap kau. Kau akan mati juga nanti,” lanjutnya lagi.

Shasha terus menekan pedal mi
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status