Share

BAB 59

SOFEA mengucapkan setinggi kesyukuran apabila menerima panggilan daripada Amira yang mengatakan Amir, Syahir dan Salina selamat. Walaupun dia telah mengetahuinya menerusi berita di kaca televisyen, tetapi menden-gar terus daripada Amira lebih menggembirakan.

Amira berjanji akan memulangkan semua wang yang telah Sofea berikan untuk membantu Amir setelah siasatan polis selesai kelak.

Sofea begitu gembira bagi pihak Amir kerana pastinya Amir akan mengecapi bahagia selepas ini kerana keluarganya telah bersatu semula. Dan lebih menggembirakan apabila mengetahui Salina telah bebas dari belenggu sengsara.

“Kami akan pulang ke Kuala Lumpur esok. Minggu depan kami akan adakan kenduri kesyu-kuran. Kebetulan ibu Amir juga akan dibebaskan. Jadi, kau jangan lupa datang ya. Nanti aku beritahu tarikhnya.” Amira berceloteh dalam talian.

“Oh, ibu Amir akan dibebaskan? Alhamdulillah, sememangnya satu kesyukuran.” Sofea menjawab dengan begitu gembira seolah-olah dirinya pula diambang kebahagiaan.

Gembir
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status