Share

BAB 54

KESEMPATAN bertemu dengan Amir digunakan sebaik mungkin oleh Amira. Ini sahaja masanya dia dapat meluangkan masa bersama Amir. Jika tidak kerana Sofea, Amir masih tidak mahu meluangkan masa bersama Amira selagi urusannya belum selesai.

“Aku tak mahu kau rasa aku ni membosankan kalau kita berjumpa sekarang. Fikiran aku tak fokus pada kau. Aku terlalu fikirkan masalah aku, kasihan pula pada kau.” Amir cuba memujuk Amira.

Amira mencebik manja.

“Oo, bila diajak jumpa Sofea kau nak pula ...” Amira mula menayangkan cemburunya.

“Ish! Ish! Kau ni ... Cemburu pula dia,” kata Amir sambil mencubit hidung Amira yang mancung terletak itu.

Jauh di relung hatinya, Amira memang cemburu. Apatah lagi apabila mengenangkan mereka adalah pasangan kekasih dahulu. Pastinya mereka adalah pasangan yang romantik, manja, mesra, eee ... ‘jarum cemburu’ mula menjalar dalam hatinya. Amir yang ‘tercium’ nada cemburu Amira tertawa sejenak.

“Cik Amira sayang ... Kalau cemburu, kenapa kau ajak aku jumpa Sofea hari ni?
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status