Share

BAB 57

AMIR memandang dua beg yang telah tersedia di rumahnya. Beg itu berisi wang tunai. Sengaja dia membahagikan kepada dua bahagian kerana dia juga punya perancangan tersendiri. Getarnya masih belum reda, ditambah pula dengan kesakitan akibat dikasari oleh samseng tadi.

Malam itu Amir tidak menghubungi semua orang kerana dia tahu, selepas samseng-samseng itu mengenalinya, dia akan sentiasa diawasi.

Pertemuan terakhirnya bersama semua orang yang membantunya adalah sehari yang lalu. Mereka benar-benar berharap Amir pulang dengan selamat. Jika diberi pilihan, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan Amir begitu sahaja.

Keluarga Mr.Wong dan Amira sekeluarga menangis ketika mendoakan pemergian Amir. Dia benar-benar tidak kuat. Dia berseorangan. Syahir yang sering menyemarakkan semangatnya juga sudah tiada.

“Aku tak sekental kau, Syahir. Betul kata kau, aku tak biasa. Ini bukan ‘dunia’ aku,” Suara hatinya kedengaran. Menggigil tangannya mengenangkan peristiwa yang akan berlaku bila-bila masa da
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status