Share

BAB 37

HAMPIR tiga bulan Syahir tidak bertemu dengan sahabatnya selepas Amir pulang dari Sydney tempoh hari. Mereka juga ada berhubung melalui telefon. Amir agak sibuk dengan syarikat barunya dan berjanji akan keluar bersama apabila dia sudah tidak terlalu sibuk nanti.

Sebenarnya Syahir ingin menceritakan kepada Amir tentang pertemuannya dengan Salina tempoh hari, tetapi keadaan masih tidak mengizinkan. Dia perlu menunggu masa yang sesuai. Dia bimbang berita itu akan mengganggu konsentrasi Amir terhadap syarikatnya.

Sementara itu, hampir setiap hari juga Syahir pergi ke kelab malam untuk mencari Salina. Tetapi, sepanjang itu juga kelibat Salina tidak kelihatan. Ke mana pula Salina dibawa pergi. Bimbang juga Syahir jika ada apa-apa berlaku terhadap Salina sepanjang tiga bulan ini.

Ingin sahaja dia bertanya kepada samseng-samseng di kelab itu, tetapi bimbang disyaki pula.

“Kerap sangat kat datang kelab ni. Ada apa-apa ke? Jomlah kita ke kelab lain. Bosanlah asyik ke sini. Kita tukar anginlah p
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status